Surah Al-Maarij (Tempat-tempat naik@menjadi laluan mala'ikat naik turun Jibril)
MUQADDIMAH sebelum pengajian
Sahih Bukhari dari Abu Dardak r.anhu. Saidina Abu Bakar As Siddiq mengejar Omar Al-Khattab kerana ingin meminta maaf akibat memarahi Omar setelah berlaku salah faham antara mereka tetapi Omar tidak mahu lagi berjumpa Abu Bakar. Setelah Saidina Abu Bakar gagal mendapatkan kemaafan Omar, beliau mengadu pada Rasulullah s.a.w. Tidak berapa lama kemudian timbul penyesalan di hati Omar, beliau kemudian mencari Abu Bakar. Sampai di rumah Rasulullah.s.a.w. Nabi s.a.w. memarahi Omar. Abu Bakar yang melihat keadaan demikian, lantas berlutut memujuk Rasulullah.s.a.w bagi meredakan kemarahan baginda. Sabda Nabi s.a.w. " Adakah kamu semua tidak merasa bersalah dengan Abu Bakar As Siddiq? Abu Bakar merupakan manusia yang mula-mula membenarkan aku sebagai Rasulullah s.a.w."
Sahih Muslim dari A'isyah ra. Sabda Nabi s.a.w. yang sedang nazak sebelum wafat di rumah A'isyah r.anha. "Aku takut ada di kalangan manusia yang bercita-cita merebut jawatan pemerintah sedangkan Allah dan orang-orang beriman tidak menerimanya melainkan yang layak menggantiku ialah Abu Bakar As Siddiq r.anhu.
Abu Dardak ra, sabda Nabi s.a.w. Doa seorang sabahat terhadap sahabatnya yang diluar pengetahuan sahabatnya itu mustajab dan mala'ikat yang dihantar mewakili Allah akan berkata perkenankan doa ini. Dan mala'ikat tersebut akan mendoakan sama seperti yang didoakannya kepada si pendoa.
Pengertian pengajian Tafsir
1) AnNadaru b Al-Haris mencabar Nabi s.a.w. agar Allah segerakan azab sepertimana cabaran kafir terhadap Rasul Allah Nuh a.s.
2) Allah menurunkan azab sehingga kafir mampus tidak sempat bertaubat.
3-4) Tempat para mala'ikat dan Jibril naik turun menyempurnakan urusan itu adalah rahsia Allah.
5) Sabarlah dalam berdakwah
6-7) Kami melihat kiamat/hari kematian itu dekat sedangkan manusia melihat ia jauh.
8-9) Di hari kiamat, Kami hancurkan langit dan gunung-ganang.
10) Ketika itu, manusia tidak hiraukan lagi sahabat karib kaum keluarga.
11-12) Di neraka, individu kafir meminta menebus diri dengan anak isterinya sendiri.
13-14) Kemudian meminta saudara-mara sehingga mengharapkan seluruh apa saja yang boleh menebus dirinya agar dia dilepaskan.
15) Sayangnya, seksaan azab sengsara neraka itu kekal buat selama-lamanya.
16-17) Neraka merupakan tempat pembalasan dosa yang tiada manusia dapat terlepas kecuali manusia itu menganut agama Islam disamping taat melaksanakan hukum perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
No comments:
Post a Comment