Nota Cinta

Wednesday, May 13, 2015

Puasa Zaman Nabi s.a.w.

Bahrulmazi bab 21 syarah Ustaz Shamsuri ms Masjid Abdullah Fahim 13.5.2015

Sahih AtTurmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Sekiranya tidak memberatkan umatku, aku akan perintahkan umatku lewatkan solat Isyak sepertiga malam sebelum tengah malam. 
Sahih An Nasa'e Nabi s.a.w. sengaja lewatkan solat Isyak kerana 10-12 malam ialah waktu paling sesuai. 

Sahih At Tirmizi Al-Barraq r anhu. 
Syariat puasa pada zaman awal Islam antara Isyak sehingga Maghrib dan sekiranya tertidur selepas Maghrib maka diwajibkan berpuasa semula. Seorang sahabat pekerja buruh kasar, Qais b Sirmah r anhu berbuka puasa dengan bersetubuh dengan isterinya kemudian terlelap tanpa makan minum selepas mandi dan menunaikan solat Maghrib dan Isya ketika isterinya ke kedai membeli makanan. Keesokannya, beliau bekerja berat sehingga pengsan dan tidak mahu berbuka puasa. Perkara tersebut disampailan pada Rasulullah s.a.w. dan baginda berdiam diri kerana tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri walaupun seorang Rasul Allah kecuali menunggu jawapan dari Allah. Allah menurunkan hukum syariat berpuasa, bermula siang hari hingga bermula malam hari dan dibenarkan bersetubuh mana-mana masa sepanjang malam Ramadhan. Bersetubuh bukan kerana syahwat nafsu semata-mata tetapi hendaklah niat mendapatkan zuriat umat Muhammad s.a.w. dan anak soleh. Bersetubuh di siang hari Ramadhan didenda puasa 2 bulan berturut-turut tanpa henti. 

No comments:

Post a Comment