Nota Cinta

Monday, May 18, 2015

Al-Maidah 5:54-60



Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 54-60,Masjid Taman Brown 18.5.2015

Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra. Nabi s.a.w. telah mengumumkan kesyahidan Zaid b Haritah, Jaafar b Abi Talib dan Ibnu Rawahah dalam secara langsung dalam perang Mut’ah.
Sahih Bukhari dari Ibnu Omar r anhuma yang merupakan salah seorang peserta perang Mut’ah. Kesan tikaman dan tetakan pada badan Jaafar tidak kurang dari 50 kali.
Sahih Muslim dari Abdullah bin Jaafar Abi Talib. Nabi s.a.w. kebiasaanya apabila balik dari musafir akan mengutamakan cucu-cucu baginda tetapi apabila yang sampai dahulu itu adalah anak Jaafar maka Rasulullah s.a.w. mengutamakan Abdullah b Jaafar mendahului cucu-cucunya.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra. Rasulullah s.a.w. memarahi tentera yang merendahkan kepimpinan Usamah b Zaid. Demi Allah, siapa yang berkata buruk pada Usamah b Zaid, dia juga berkata buruk padaku kerana Usamah ini pilihanku.
Sahih Muslim dari Al-Miswar ra. sabda Nabi s.a.w. 3 kali. Sekiranya Ali b Abi Talib berkenan dengan anak bani Hisyam ini, maka ceraikan anak aku kerana Fatimah itu sebahagian dariku. Sakiti Fatimah sama seperti sakitiku. Aku tidak mengharamkan yang halal, lelaki muslim boleh berkahwin 4 tetapi demi Allah, aku tidak benarkan anak aku bermadukan keturunan musuh Allah.


Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 1 ms 230. Surah Al-Ma’idah ayat 54

Sumber CNN, menjelang 2050 nisbah 6/10 muslim

Golongan murtad golongan pertama mengikut Nabi palsu Aswad Al-Ansi seorang bomoh yang hebat bercakap dihadapan orang ramai dalam majlis Bayan/penerangan, kedua ialah banu Hanifah pakar pembuatan senjata diketuai Musailamah Al-Kazzaf dan ketiga ialah puak Nabi palsu Tulaihah Al-Asadi yang berbadan kebal dan tidak lut senjata.


5:54 Sekiranya muslim murtad, Aku bawakan satu kaum baru yang mana mereka berlemah lembut dikalangan muslim, mereka kental dengan kejian, mereka sangat sayang padaKu dan Aku juga sayang pada mereka. Mereka kuat berjihad pada jalan Islam dan mengangkat martabat Islam ke peringkat tertinggi.  
5:55 Ayat ini turun berkisarkan ketua rahib yahudi yang memeluk Islam iaitu Abdullah Ubai bin Salam.
Ketika  Rasulullah s.a.w. bertanya akan ketua rahib mereka, para rahib Yahudi memuji Abdullah Ubai b Salam dengan setinggi-tinggi pujian tiba-tiba setelah Nabi s.a.w. memanggil Abdullah Ubai bin Salam untuk menzahirkan keislamannya dihadapan para rahib Yahudi. Para Rahib ini sekelip mata mengutuk  Abdullah Ubai bin Salam dengan seburuk-buruk cercaan lalu beredar dari rumah Rasulullah s.a.w.
Allah beritahu muslim yang baru memeluk Islam. Sesungguhnya Allah dan Rasul adalah sebaik-baik penolong dan rakan.  Maka jadilah orang yang masuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman, solat, zakat dan istiqamah perintah Allah.
5:56 Janji Allah ialah golongan yang berpegang pada taat segala perintah Allahakan dijanjikan kemenangan.
5:57-58 Wahai mukminin, jangan terima kafir sebagai pemimpin kamu kerana mereka selalu mempermainkan Islam.
5:59 Nabi Muhammad s.a.w. mengiktirafkan semua nabi termasuk Musa dan Isa tetapi Yahudi menghina Islam kerana turut mengiktirafkan Nabi Isa as. Allah memerintahkan Nabi s.a.w. mengatakan Yahudi ini jahat kerana hanya terima sampai Musa as dan menolak selepas Musa. Allah menegaskan, menolak Islam itu adalah kafir.
5:60 Allah pernah murka dan melaknat golongan seperti ini dahulu iaitu bani Israel yang melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu dimana kanak-kanak dijadikan beruk dan yang tua menjadi babi sehingga mereka tidak dapat meninggalkan zuriat sampai mereka mati.

No comments:

Post a Comment