Sahih Muslim dari Muhammad b.
Jubair b. Mut’in, sabda Nabi s.a.w. Selepas kewafatanku, tanyalah Abu Bakar As
Siddiq bagi sebarang kemusyhkilan tentang Islam.
Ustaz Shamsuri - TN 2
Tafsir Surah An Nahl Ayat 79-83,Masjid simpang empat 4.5.2015
An Nahl 16:79 Tidakkah
manusia melihat burung yang mereka pandang hina itu mampu terbang dengan
kekuasaan Allah.
80: Allah jadikan rumah, dan
Arab Badwi dengan kemudahan khemah berpindah randah. Dari bulu kambing yang
dijadikan hamparan, hingga dagingnya yang boleh dimakan dan susunya yang boleh
diminum.
81: Allah mencipta nikmat
bayang untuk beteduh. Sabda Nabi s.a.w. 7 golongan manusia yang akan mendapat
teduh pada hari tiada teduh padang mahsyar ketika matahari sejengkal di atas
kepala.
- Pemimpin adil
- Ahli ibadah bermula dari kanak-kanak
- Manusia yang sentiasa ke masjid
- Berkawan dan berpisah kerana Allah
- Pemuda yang menolak pelawaan zina wanita cantik
- Ahli sedekah yang menyembunyikan sedekahnya.
- Pemuda yang menangis mengenangkan dosa.
Allah jadikan rumah dan pakaian untuk kemudahan manusia
seperti kaum samud yang bijak dalam teknologi binaan rumah di dalam gunung. Allah
jadikan baju yang berkulit tebal yang boleh melindungi dari kesejukan serta baju
perisai. Nikmat apakah lagi yang manusia menolak ia bukan pemberian ciptaan
Allah? Mudah-mudahan kamu Islam dan membesarkan Allah.
82 Wahai Muhammad, tugas kamu
hanya sampaikan risalah ini. Sekiranya mereka tetap menolak, hidayah itu milik
Allah.
83 Mereka tahu nikmat
pemberian Allah tetapi mereka tetap kafir.
No comments:
Post a Comment