Nota Cinta

Tuesday, May 5, 2015

Masak di tempat selamat & Hati Omar terpaut pada Islam

Hadis riwayat dari Omar Al-Khattab ra, ketika aku hendak menghalang Muhammad s.a.w. Hati aku cuba menolak apa yang dibacakan Muhammad seperti yang diberitahu orang ramai yang Muhammad ini adalah penyair. Aku terlewat sedikit tiba dan aku mendengar Muhammad membaca surah Al-Haqqah.  

“Sesungguhnya Quran diturunkan kepada Rasul yang mulia, apa yang dibacakan itu adalah qalam Allah dan Quran itu bukan kata-kata penyair.Tetapi hanya sikit yang beriman”
Quran turun oleh Allah, Tuhan semesta alam. Sekiranya Muhammad sengaja membuat rekaan ayat-ayat Quran, Kami akan pegang dia dengan tangan kanan dan Kami akan potong urat jantungnya.!”
“Tiada siapa dapat halang Kami dari berbuat begitu”

Ayat tersebut membuatkan hatiku gentar dan aku kembali membuat kajian tentang Al-Quran yang akhirnya kegentaran tersebut membuat aku memeluk Islam..

Hadis Riwayat Al-Baihaqi dari Ikrimah ra. Bapa kepada Khalid Al-Walid iaitu Al-Walid bin Al-Mughirah merupakan penyair sasterawan Arab yang disegani masyarakat Arab. Masyarakat kafir Quraisyh menghantar wakil mereka, seorang penyair besar bagi mencabar Nabi Muhammad s.a.w.  Setelah bertemu Nabi Muhammad s.a.w., Al-Walid  kembali dan memberitahu kaumnya. Demi Allah, dalam kalangan kita, tiada manusia yang faham qasidah dan syair daripada aku. Tiada satu pun kata-kata dalam Quran itu dapat kita tandingi kerana demi Allah, apa yang Muhammad sebut itu sangat cantik didengar oleh sesiapa saja dana pa yang Muhammad sebut tadi sangat tinggi nilai bahasanya. Kafir Qurasiyh membalas, “Wahai Al-Walid Al-Mughirah, kamu kena sihir Muhammad.” Mereka tetap juga tidak beriman oleh sikap kedegilan mereka, mereka kekal berada di neraka.
Sahih Bukhari, sabda Nabi s.a.w. Seorang hafiz quran setaraf mala’ikat manakala yang sukar membaca Quran akan diganjarkan dua gandaan pahala kerana susah membaca tersebut.
Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi s.a.w. Seorang yang men jadikan dirinya ahli Quran akan dikurniakan pakaian kemuliaan di padang mahsyar.
Ustaz Shamsuri - BM 12 ms182 Bab Hukum Mengunakan Bekas Makan dan Minuman Orang Bukan Islam,Masjid Sultanah Bahiyah 5.5.2015
Makruh. Menggunakan bekas pernah memasak babi dan bekas minuman arak walaupun telah disamak.  
ANJING BURUAN TERLATIH
Sahih At Tirmizi
dari Abu Sa’labah ra Sabda Nabi s.a.w. sunat mengucap bizmillah dan suruh anjing buruan terlatih itu berburu. Binatang yang mati digigit itu halal dimakan kecuali sebahagian binatang buruan itu dimakan.  Sekiranya binatang buruan masih hidup walaupun sebahagian dimakan, maka sembelihan dilakukan untuk menghalalkan daging tersebut. Anak panah yang dilepaskan dengan ucapan bizmillah umpama pisau sembelihan.


HR AtTirmizi Ibnu Abbas dari Maimunah r anha,
Sabda Nabi s.a.w. sekiranya tikus jatuh dan mati pada makanan beku, buang sebahagian tetapi sekiranya jatuh dalam makanan cair maka buang kesemuanya.

No comments:

Post a Comment