Nota Cinta

Saturday, April 25, 2015

Riak itu SYIRIK , Tahiyat menurut sunnah, Memusuhi wali Allah adalah istihar perang dengan ALLAH



Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Tasyahud di Dalam Solat,Masjid Padang Temusu 25.4.2015

Hasan Sahih Ibnu Majah dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi s.a.w.
Riak atau melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian masyarakat dan bukan kerana Allah adalah syirik.
Memusuhi wali Allah adalah sama seperti istihar perang dengan Allah, sesungguhnya Allah menyayangi kepada orang yang bertaqwa. Orang yang dikatakan bertaqwa tetapi tersembunyi ini apabila dia tiada di dalam majlis, dia tidak dihiraukan orang. Dia tiada nilai di mata manusia tetapi dia baik disisi Allah.

Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Allah berfirman hadis Qudsi. Aku Maha kaya dan tidak mengharapkan sebarang sekutu untuk perkongsian.  Aku tidak mahu hambaku solat atau puasa kerana yang lain selain Aku.  Sesiapa yang melakukan selain kerana Aku, pergi minta ibadah yang dibuat kerana benda yang disyirikkan itu. Allah tidak bertangungjawab dengan ibadah yang bukan kerana Allah.

Lebih afdal, menurut mazhab Syafi’e Hadis Hasan Gharib Sahih Riwayat Ibnu Abbas ra, bacaan tahyat awal Rasulullah s.a.w.  Attahiyatul mubarakatuh solawatut tayyiba tulillah, assalamu alaika ai yuhannabiyu warahmatullahi waba rakatuh, assala mu alaina wa ala iba dilla hissolehin..(2 kalimah syahadah)
Sunat Ab’Ad sekiranya ditinggalkan sujud sahwi, sekiranya tertinggal tidak mengapa. Tetapi tahyat akhir wajib. Mazhab Syafi’e : masbuk masuk ketika imam sedang tahyat awal akan menyebabkan tahyat makmum yang terkemudian menjadi 4 tahyat. Baca tahyat dengan tidak teratur susunan ayat  adalah makruh tetapi solat tetap sah menurut mazhab Syafi’e.

No comments:

Post a Comment