BM14 Ust Shamsuri 15/1/13 Hasan gharib dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Sabda NabiSAW, setiap langkah ziarah silaturahim bertanya khabar kerana Allah akan ada kebaikan dan disediakan satu tempat di syurga. Ihya Imam Al-Ghazali, syarat ziarah untuk orang sakit ialah jangan mengambil masa lama sehingga menjemukan pesakit. Syarak menyuruh mengusap kepala dan memegang tangan pesakit sambil mengatakan ujian sabar dan berdoa akan kesejahteraannya disamping mengelakkan soalan berfikir akan kesakitannya. Dari Abu Hurairah sabda NabiSAW, setiap ziarah kerana Allah diiringi malaikat. Riwayat Abu Daud dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW ziarah kerana Allah dengan adanya wuduk akan dijauhi Neraka selama 70 tahun akhirat atau 70'000 tahun dunia. Dari Jabir bin Abdillah sabda NabiSAW dinaungi rahmat Allah sepanjang tempoh ziarah-menziarahi sesama saudara-mara, rakan taulan dan sahabat handai.
No comments:
Post a Comment