Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust
Shamsuri. Hadis daif ialah lemah dan berlaku kecacatan pada kes
perawinya tetapi masih boleh dibuat beramal manakala hadis mauduk atau hadis
palsu atau bukan hadis langsung tidak boleh dipakai.
Contoh hadis palsu ialah fadhilat harian solat terawih, pahala
serban 70’000 kali ganda, solat pakai cincin pahala 70 kali ganda, dunia ini
bangkai dan sebagainya. Tujuan hadis palsu seperti fadhilat harian tarawih itu baik
tetapi sudah pasti berat azab seksaan dasyat ke atas mereka yang terlibat menurut hadis sahih. Kebanyakan hadis palsu juga bertujuan menyedapkan cerita, menggalakkan beramal dan merosakkan umat Islam sekiranya musuh tetapi alangkah ruginya apabila hadis palsu ini menyentuh tuduhan ke atas para sahabat, nabi dan Rasul. Sudah pasti dasyatnya seksaan Allah kepada mereka yang mencipta hadis palsu walaupun dengan tujuan kebaikan.
No comments:
Post a Comment