Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, January 15, 2013
Dipandang rendah masyarakat tetapi mulia di sisi Allah dan Rasul
Muqaddimah BM14 Ust Shamsuri 15-1-13 Ziarah. Sahih Imam Ahmad dari Abi Barzah Al-Aslami Radiallahu Anhu. Julaibib merupakan pemuda asal Madinah yang langsung tiada rupa disamping bertubuh pendek tetapi disabdakan Rasulullah SAW dirinya laku di sisi Allah walaupun tidak berkenan oleh mana-mana wanita. Nabi SAW menghantar pinangan ke rumah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan untuk Julaibib. Ibubapa gadis tersebut bercadang menolak pinangan setelah mendengar nama Julaibib tetapi anak gadis mereka memberitahu sekiranya pinangan itu ialah cadangan dari Kekasih Allah maka sudah pasti ianya baik. Akhirnya Julaibib berkahwin dan isterinya didoakan NabiSAW supaya dilimpah kurniakan kebaikan dunia akhirat sehingga mereka menjadi kaya raya. Julaibib syahid di medan perang setelah membunuh 7 musuh dan diiktiraf baginda sebagai manusia istimewa di sisi Allah dan Rasul walaupun masyarakat sekeliling memandang rendah akan dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment