Nota Cinta

Wednesday, January 2, 2013

Dunia ini Syurga Orang Kafir

kuliah kitab Nurul Ihsan ms 296 jilid 2 tafsir surah AlHijr ayat 88 ust Shamsuri

Jangan terpengaruh dengan kejayaan, kekayaan dan kesenangan yang telah Kami berikan pada orang kafir kerana mereka tidak mempunyai Al-Quran dan Hadis sebagai panduan. Islam tidak melarang menjadi kaya cuma tidak dibenarkan mencari kekayaan sehingga melanggar hukum Allah.

Sahih AtTirmizi dari AbiHurairahRA sabda NabiSAW, dunia ibarat penjara nafsu bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir yang tiada halal haram.

Allah meletakkan dunia ini syurga bagi orang kafir dan meletakkan pengakhiran mereka sebaliknya. Liberal ialah bebas dari kongkongan nas Al-Quran dan Hadis kerana ingin duduk sama tinggi dengan orang bukan Islam sedangkan dalam Islam ada pantang larangannya. Hidup keredhaan Allah adalah ketenangan yang sempurna. Jangan dukacita sekiranya mereka tidak mahu ke jalan Allah kerana hidayah itu milik Allah.


No comments:

Post a Comment