Nota Cinta

Wednesday, January 9, 2013

Kisah Pengarang kitab LAUTAN MADU/BAHRULMAZI ketika Tokoh Maal Hijrah Pertama Malaysia

Lautan Ilmu
Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust Shamsuri
BAHRULMAZI atau dalam bahasa disebut "LAUTAN MADU" merupakan kitab karangan Syeikh Idris Al-Marbawi. Hasil jualan bukunya tidak diambil sesen pun kerana beliau berdakwah semata-mata ganjaran pahala. Syeikh Idris Al-Marbawi berasal dari Lubuk Merbau Perak dan dilahirkan di Mekah. Ketika umurnya 10 tahun dia telah menghafaz 10 juzuk Al-Qur'an. Dia balik ke Malaysia ketika umurnya 20 tahun untuk meluaskan  pengajiannya di pondok-pondok tahfiz di Kedah dan Kelantan. Ketika umur 31 tahun beliau menlanjutkan pengajian di Al-Azhar Mesir pada 1924 selama 3 tahun sambil menghasilkan kamus Al-Marbawi. Kitab Bahrulmazinya berdasarkan Sunan AtTirmizi siap ditulis pada tanggal 1957.    Bahrulmazi bab 13 bakti part 2 Ust Shamsuri 17-2-09. Sebuah syarikat tempatan pergi berjumpa Syeikh Idris Al-Marbawi di Mesir untuk mengubah bahasa moden kamus yang dihasilkannya. Syeikh Idris tidak membenarkan setelah susah payah berfikir menadapatkan makna yang betul. Beliau menyuruh syarikat itu buat sendiri buku yang baru selain dari bukunya. Pihak Kerajaan Malaysia melalui Dr Yusuf Noor kali pertama memujuk beliau di Mesir supaya menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang pertama atas sumbangan ilmu yang begitu hebat tetapi tidak berjaya. Syeikh Idris berkata tujuannya bukan nak penghargaan dan beliau tidak menerima sesen pun dari buku yang terjual. Kerajaan melaysia menghantar pula Dr Hamid Othman pergi ke Mesir kali ke 2 untuk memujuknya bertujuan menunjuk contoh semangat kepada rakyat Malaysia yang lain. Di dataran Pusat Islam, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tetapi beliau tidak mahu bercakap. Selepas puas dipujuk, dia pun bercakap Assalamualaikum Alhamdulillah kemudian beliau duduk kembali di tempatnya.

No comments:

Post a Comment