|
Al-Quran ditafsir melalui Hadis |
Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust
Shamsuri. Hadis Hasan lagi Sahih Riwayat AtTirmizi dari Ibni Abbas Sabda
NabiSAW siapa tafsir AL-Quran dengan tidak ada ilmu yang dinaqal daripada
NabiSAW atau dari ijmak asahabah dan dengan mustanik yang berunsul asal sebagai
kaedah dan syarat tafsir bahkan ditafsir dengan makna dan maksud terlintas di
hati sahaja atau ditafsir bukan dengan tafsir sebenarnya atau dengan agak-agak sahaja
dan dibuat-buat daripada dirinya dengan tujuan menyukakan atau menarik orang
mendengarnya atau tujuan mengelokkan mazhab yang dibuatnya maka semua perbuatan
tersebut itu akan disiapkan tempat duduknya di neraka.
Contoh orang sebegini yang menghina ayat Al-Quran iaitu dia baca Al-Quran tengok makna kemudian tafsiran
ikut fikirannya dengan berkata. Sekiranya potong tangan dilakukan, habislah orang
Islam. Macamana nak maju semua dah hilang tangan.
Segala Hadis Daif & Palsu telah dihimpunkan oleh Imam
Al-Bukhari. Buku Imam AlBukhari Himpunan RATUSAN HADIS LEMAH & PALSU
SERTA SENARAI PENDUSTA HADIS diterjemahkan oleh Profesor Madya Dr Farid Hj
Ahmad, bekas pensyarah UiA iaitu anak Bekas Mufti Negeri Sembilan Haji Ahmad yang
diperkatakan oleh penduduk Negeri Sembilan sebagai wali Allah kerana karamah
Allah.
No comments:
Post a Comment