Nota Cinta

Tuesday, January 1, 2013

"Tak Kenal Maka Tak Cinta" KENALI RASULULLAH SAW MELALUI HADIS-HADIS PENULISAN PARA SAHABAT

Kuliah Nurul Ehsan Ust Shamsuri Ahmad tafsir surah AlHijr88 Riwayat Imam Muslim. Dari Abdullah bin Amru RA. Ketika bapanya nazak iaitu Amru bin AlAz. Bapanya ada menyebut "Dalam hidupku ini ada 3 peringkat. Peringkat Pertama ialah Tiada manusia yang paling aku benci kecuali Muhammad dan ketika itu sekiranya aku terserempak Muhammad pasti aku bunuhnya. Peringkat Kedua hidupku. Setelah aku mengenali Muhammad, hati budi Muhammad. Tiada manusia paling aku sayang di dunia kecuali manusia mulia ini, Alangkah indahnya kalau aku mati ketika Muhammad masih hidup dan akulah manusia paling bahagia. Peringkat 3 hidupku ketika selaku Gavenor pemerintah ini, sekiranya aku mati, aku takut ada HAK RAKYAT dibawah pemerintahanku ini TIDAK DIPENUHI.

No comments:

Post a Comment