Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, July 14, 2010
ZIKIR RASULULLAH SAW
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 syarah ustaz Shamsuri 14-7-10. Sahih Muslim dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW kepada makmum yang tidak mengaku bacaan selepas takbir. "Aku dapat melihat 12 malaikat berebut membawa pahala bacaan satu kalimah (Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi) kepada Allah." Sahih Muslim dari Ibnu Omar sabda NabiSAW kepada makmum yang mengaku baca selepas takbir Allahu Akbar Kabira, Walhamdulillahi kasira, Wa Subhanallahi bukratan wa asila, Allah buka pintu langit kerana bacaan pendek tidak panjang itu tadi. Sahih Muslim dari Tauban radiallahu anhu sabda Nabi SAW istigfar 3 kali selepas salam solat. Sahih Muslim dari Warrad hamba kepada Mughirah sabda NabiSAW "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir"
Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW selepas solat bacalah setiap kali selepas solat Subhanallah (Tasbih 33x) Alhamdulillah (Tahmid 33x) Allahuakbar (Takbir 33x) dan penutup "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir" kerana Allah akan mengampunkan dosa walaupun seluas lautan. Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW apabila mati mukmin, dua malaikat menyambut roh yang wangi seharum kasturi dari bumi dan dibawa roh tersebut mengiringi ke langit mengadap Allah untuk ditempatkan di kawasan istimewa. Sekiranya yang mati itu orang degil, kafir dan bermasalah. Roh yang keji dan dihina oleh para malaikat akan dipenjarakan sehingga kiamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment