Kuliah pengajian tafsir Quran surah ArRa’d ayat 25-43 Nurul Ihsan 5-7-2010 Ust Shamsuri. Firman Allah surah ArRa’d 29. Syurga tiada tandingan kemewahan di dunia walaupun dibandingkan dengan Istana Sultan Brunai seperti kemewahan Istana Sultan Brunai itu seperti setitik air dengan bandingan Istana penghuni syurga yang seluas lautan. Kemewahan yang tidak terjangkau akal fikiran makhluk manusia.
Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam. Kesenangan nikmat dunia berbanding Akhirat ibarat setitik air dengan seluas lautan. Maka bersabarlah. Firman Allah surah ArRa’d 35 Syurga ibarat mahligai indah diperbuat dari bata emas dan perak dihiasi kebun mewah di mana mengalir sungai di bawahnya. Makanan di dalam syurga itu tidak akan habis disamping dilayani bidadari serta khadam yang sedia berkhidmat.
No comments:
Post a Comment