Survival taat Allah tidak kira di mana anak soleh berada |
Bahrulmazi jilid 13 syarah Ust Shamsuri 20-7-2010. Dari Ihya’ Imam Al-Ghazali Hadis Gharib (kedua sahih untuk panduan boleh diamal sekiranya mahu beramal) dari Jabir bin Samurah sabda NabiSAW. Mengasuh dan mengajar anak dengan perangai yang baik-baik itu lebih besar pahalanya daripada pahala sedekah. Sunat yang dituntut oleh Islam hari ke-7 kelahiran dibuat akikah dan diletakkan nama yang baik. Dibuang dari kotor dengan memandikan dan bercukur. Timbang rambut anak yang dicukur dengan sukatan timbangan emas untuk disedekahkan kepada fakir. Mengajar adab cara bercakap, cara hormat, adab makan kepada kanak-kanak umur 6 tahun. Disuruh jangan meninggalkan solat dan baca Al-Quran ketika umurnya 7 tahun. Dunia hari ini, aib didedahkan dan dicanang dalam facebook, gambar anak-anak yang meningkat remaja berpeluk bertstatus “married” dengan bangganya di khalayak ramai. Hadis Gharib Imam AtTirmizi dari Ayub bin Musa sabda NabiSAW, limpahan harta tiada gunanya berbanding akhlak anak yang baik dengan mengajar hal agama dan akidah Islam. Benteng agama yang ibubapa bekalkan itu dapat memberi kuasa menilai dan membezakan siapa betul siapa tidak betul.
No comments:
Post a Comment