Nota Cinta

Monday, July 5, 2010

Manusia lupa janjinya semasa di Luh Mahfuz dengan Allah

Sahih AtTirmizi dari AbiHurairahRA "Dunia sementara syurga manusia kafir dan kufur"
Tafsir ArRa’d 25-43 Nurul Ihsan 5-7-2010 Ust Shamsuri. surah ArRa’d 25 Neraka Jahanam untuk manusia yang mungkir janji dengan Allah, memutuskan silaturahim dan membuat jahanam di muka bumi. ArRa’d 26 Sabda NabiSAW Dunia ibarat penjara mukmin dan syurga bagi kafir. Kesenangan nikmat dunia berbanding Akhirat ibarat setitik air dengan seluas lautan. Maka bersabarlah sementara dengan godaan dunia. ArRa’d 27 Allah menyesatkan mereka yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada mereka yang mencari hidayahNya. ArRa’d 28 Ketengangan itu melalui zikrullah. ArRa’d 29 Sabda NabiSAW gandaan 3x bahagia kepada umatku yang beriman denganku. ArRa’d 29 Syurga tiada tandingan walaupun Istana Sultan Brunai. ArRa’d 30 Katakanlah wahai Muhammad kepada kafir yang mempersendakan nama Ar-Rahman itu, bahawa Ar-Rahman itulah tempat kembalimu dan kembali mereka. ArRa’d 31 Katakanlah wahai Muhammad kepada sebahagian para sahabat kamu yang dicabar oleh kafir ke atas mukjizat kamu itu. Sekiranya Allah berkehendak, hidayah dan azab Allah pasti terjadi. ArRa’d 32 Sengaja Allah lengahkan tindakan ke atas kafir itu kerana sekiranya Allah mengambil tindakan maka musnah segalanya. ArRa’d 33 Tanya mereka wahai Muhammad, adakah berhala yang mereka sembah itu berkuasa sedangkan Aku Maha Mengetahui tiada lain yang berkuasa selain Aku. ArRa’d 34 Tiada siapa dapat menolong kafir dan kufur di akhirat ArRa’d 35 Syurga ibarat mahligai indah diperbuat dari bata emas dan perak dihiasi kebun mewah di mana mengalir sungai di bawahnya. Makanan di dalam syurga itu tidak akan habis disamping dilayani bidadari serta khadam yang sedia berkhidmat. ArRa’d 36 Sabda NabiSAW kepada kafir, Allah Tuhanku dan kita pasti mengadap Allah selepas mati. ArRa’d 37 Sekiranya mereka yang dapat hidayah membuang Islam maka mereka terdedah azab Allah. ArRa’d 38 Sememangnya Kami jadikan para rasul itu ramai isteri, Nabi Sulaiman 300 isteri 700 gundik, Nabi Daud 100 isteri. Mukjizat itu atas kehendak Allah dan tidak digunakan sesuka hati. ArRa’d 39 Segalanya tertulis di Luh Mahfuz. Sekiranya dia memilih kufur maka Allah takdirkannya kufur. ArRa’d 40 Kerja Rasul itu menyampaikan dakwah dan terpulang kepada mereka untuk mengikut atau tidak ArRa’d 41 Tiada siapa dapat menghalang hukuman Allah. Segala amal baik buruk umat terdahulu hingga akhir zaman dicatat. ArRa’d 42 Azab Allah tersedia bagi setiap kejahatan manusia. ArRa’d 43 Memadailah wahai Muhammad hanya Aku dan kamu sebagai saksi.    

No comments:

Post a Comment