Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, July 6, 2010
Pemegang Amanah Umat Islam
Bahrulmazi15 Ust Shamsuri 6/7/10 dan 13/7/10. Abu Ubaidah al JarrahRA antara 10 sahabat dijamin Syurga dan disebutkan RasulullahSAW sebagai “pemegang amanah umat”. Abu Ubaidah merupakan sahabat kedua membenarkan peristiwa Isra' Mi'raj selepas Abu Bakar As Siddiq. Beliau diutus NabiSAW mengetuai 300 Muhajjirin & Ansar bagi menyekat kafir quraish. Ekspedisi 5 hari perjalanan tersebut melalui ujian kelaparan & panas terik padang pasir oleh AllahSWT sehingga setibanya di tepi laut dikurniakan ikan paus sebagai makanan selama 18 hari. Pernah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah selepas kewafatan RasulullahSAW tetapi lantas menolak tawaran tersebut lalu memberi bai’ah kepada Abu Bakar As-SiddiqRA. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al KhattabRA, Abu Ubaidah al Jarrah berjaya memimpin tentera Islam menakluk Parsi dan Baitul Muqaddis. Di dalam perbincangan mustajab doa, para sahabat kesemuanya meminta harta untuk fisabilillah kecuali Umar yang hanya menginginkan salah seorang seperti Abu Ubaidah bagi membantu perjuangannya. Ketika Saidina Omar menghantar pasukan memanggil Abu Ubaidah Al-Jarah balik dari pasukan pertahanan Islam kerana wabak penyakit berjangkit. Beliau sama sekali tidak akan meninggalkan orang bawahannya dan sekiranya ditakdirkan mati akibat wabak, beliau redha ketentuan Allah. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarah meninggal dunia di usia 58 tahun pada 640 masihi dan dikebumikan di Syam (Jordan). Kisahnya disebut khusus oleh Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 22.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment