Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, July 12, 2010
Sehari berpuasa dijauhkan neraka selama 70 tahun
Muqaddimah Ustaz Shamsuri pengajian Nurul Ihsan 12-7-2010. Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW, Sesungguhnya ahli syurga itu kekal muda selamanya, sentiasa berkasih sayang dan sebaya sesama mereka. Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi dari Ibnu Mas'Ud Radiallahu Anhu sabda NabiSAW sambil tertawa. Muslim terakhir masuk syurga selepas diazab dosa munafiknya diberi peluang oleh Allah untuk meminta apa saja kehendaknya. Kata pemuda tersebut Ya Allah, adakah Engkau perli daku setelah aku diazab teruk tidak tertahan di neraka. Sahih Muslim dari Sahal bin SaadRA, sabda NabiSAW. Terdapat satu pintu syurga bernama ArRayyan hanya bagi mereka yang berpuasa sahaja yang boleh masuk. Sahih Muslim dari Abu Said AlKhudriRA sabda NabiSAW. Mereka yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah jauhkan dari neraka selama 70 tahun. Sahih Muslim, setiap amal baik 10 hingga 700 gandaan pahala dan satu dosa setiap kesalahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment