Nota Cinta

Monday, January 28, 2013

Orang jenis kasar AKAN DIKASARI ALLAH di akhirat

Kuliah syarah ust Shamsuri kitab bahrulmazi bab 13 hormat part 2. Sahih AtTirmizi dari Jarir ibni AbdillahRA sabda NabiSAW sesiapa yang tidak kasihan dengan orang lain bahkan kasar dengan orang lain akan Tiada belas kasihan Allah ke atasnya bahkan Allah akan Mengkasarinya jauh lebih dasyat dari kasarnya di dunia. Riwayat Abu HurairahRA sabda NabiSAW sekiranya manusia tiada belas maka dia orang jahat. Hassan lagi Sahih dari Abu HurairahRA sabda NabiSAW lagi sehingga 3x iaitu Tiang Agama itu ialah Lurus Hati terhadap Allah dan Al-Quran.

Tuesday, January 22, 2013

Dilarang mempercayai nasib dan nombor kerana boleh membawa kepada syirik


Pengajian bahrulmazi 2013 ust Shamsuri. Islam melarang mempercayai petanda nasib tidak baik  pada nombor tertentu, biawak melintas dan pelbagai tekaan syirik kecuali kajian bidang ilmu kepandaian manusia seperti alat amaran tsunami. 3 petanda tidak bahagia menurut Sabda NabiSAW seperti:-

1) Perempuan huduh perangai  
2) Ruang rumah yang sempit dan tidak selesa
3) Kenderaan yang kurang selesa, tidak baik dan kerap rosak

Muka Bercahaya yang Allah janjikan

cahaya hidayah
Bahrulmazi Ust Shamsuri Sahih AtTirmizi Ibnu Mas'Ud RA. Sabda NabiSAW "Allah berjanji mencahayakan muka sesiapa sahaja yang mengorbankan masa untuk duduk
  1. Dengar 
  2. Faham
  3. Hafaz 
  4. Sampaikan HadisNya."

Monday, January 21, 2013

Hukuman Bunuh dalam ISLAM

Memohon keampunan Allah
Nurul Ihsan jilid 1 ms184 AnNisa 92 & AnNisa 93-96 Sengaja bunuh dihukum bunuh. Denda pembunuh tidak sengaja bergantung kepada nilai si mati sehingga 100 ekor unta kecuali si mati itu kafir yang terikat perundangan pemerintahan Islam. Pembunuh tidak sengaja wajib berpuasa penuh 2 bulan berturut-turut tanpa henti. Keluarga si mati boleh memaafkan pembunuh sekiranya si mati menyusahkan masyarakat. Kezaliman santau dikategorikan bunuh. Kesimpulannya jangan menzalimi orang lain. Sekiranya hari ini kita menyalahgunakan kuasa seperti menzalimi orang lain, di hari kemudian Allah pasti memberi pembalasan pada anak atau cucu kita. Tafsiran AnNisa93 Ibnu Abbas disokong Abu Hurairah, Ibnu Omar Al-Khattab dan penulis sunnah RasulullahSAW lain, Sabda NabiSAW Mati kafir dan sengaja bunuh mukmin kekal neraka jahanam walaupun taubat nasuha. Ditolak jumhur ulama kerana Al-Furqan 68-70 Pembunuh, Penzina yang berkahwin & Syirik akan digandakan azab & kekal neraka Jahanam kecuali pelaksana hukum bunuh melainkan taubat nasuha kerana Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Kesimpulannya, Jangan sesekali menanamkan niat dan membunuh orang.  

wajib didahulukan sunat dikemudiankan

Muqaddmidah Nurul Ihsan jilid 1 ms184 AnNisa 92 & AnNisa 93-96 Ustaz Shamsuri. Sahih Bukhari Abu Hurairah RA Sabda NabiSAW sunat Ramadhan yang diredhai Allah(selepas lengkap ditunaikan yang wajib) akan diampunkan dosanya. Sahih Bukhari UbadahRA sabda NabiSAW LailatulQadar dijangka 25,27 atau 29. Sahih Bukhari Ibnu AbbasRA, NabiSAW tidak suka para sahabat dan umatnya bertengkar dan berselisih pendapat kerana itu dari syaitan.
AnNisa92 UsShamsuri Firman Allah Surah Faatir ayat 37 “Tidak cukupkah umur yang Kami beri pada kamu” kepada Kafir dan Kufur yang menjerit kesakitan dan merayu dilepaskan untuk kembali beramal soleh kerana tidak tahan seksaan neraka. AisyahRA sabda NabiSAW Sunat 2 rakaat kabliah subuh lebih bernilai dari segala benda paling berharga di dunia.     

Rendam Kolam

Mustaqmal & mandi wajib rendam di kolam/sungai Bahrulmazi bab mandi wajib - UsShamsuri. Sahih sunan AtTirmizi Hadis Hassan (boleh dipakai) lagi Sahih(tidak boleh dipersoal) Riwayat isteri-isteri RasulullahSAW, MaimunahRA, AisyahRA, HindonRA dan UmuSalamahRA mandi wajib NabiSAW. Imam Syafi’e–Syarat air melebihi 2 kolah. Imam Hanafi-tidak timbul air mustaqmal walaupun kurang dari 2 kolah sekiranya niat tangan sebagai cebuk. Pahala mudah@Ibadah mandi wajib serentak wuduk boleh di kolam atau sungai dengan hanya niat mandi wajib sekali niat wuduk untuk rendaman air seluruh anggota zahir. Air mengalir dari tangan ketika ambil cebuk tidak mustaqmal kerana niat ambil cebuk. Tidak ikut tertib mandi mula dari atas ke bawah juga sah sekiranya membawa mudarat. Berkumur wuduk itu sunat. Tidak wajib buka dandanan rambut sekiranya rata air seluruh rambut. 3x mandian/wuduk itu kesukaan RasulullahSAW kerana diyakini semuanya kena air

Tuesday, January 15, 2013

Dipandang rendah masyarakat tetapi mulia di sisi Allah dan Rasul

Muqaddimah BM14 Ust Shamsuri 15-1-13 Ziarah. Sahih Imam Ahmad dari Abi Barzah Al-Aslami Radiallahu Anhu. Julaibib merupakan pemuda asal Madinah yang langsung tiada rupa disamping bertubuh pendek tetapi disabdakan Rasulullah SAW dirinya laku di sisi Allah walaupun tidak berkenan oleh mana-mana wanita. Nabi SAW menghantar pinangan ke rumah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan untuk Julaibib. Ibubapa gadis tersebut bercadang menolak pinangan setelah mendengar nama Julaibib tetapi anak gadis mereka memberitahu sekiranya pinangan itu ialah cadangan dari Kekasih Allah maka sudah pasti ianya baik. Akhirnya Julaibib berkahwin dan isterinya didoakan NabiSAW supaya dilimpah kurniakan kebaikan dunia akhirat sehingga mereka menjadi kaya raya. Julaibib syahid di medan perang setelah membunuh 7 musuh dan diiktiraf baginda sebagai manusia istimewa di sisi Allah dan Rasul walaupun masyarakat sekeliling memandang rendah akan dirinya.

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu

sebuah istana di kampung Shugruf dalam Gunung Haraz, Yaman

BM14 Ust Shamsuri 15/1/13 Muaz bin Jabal merupakan pemuda tampan yang memeluk Islam ketika usia kanak-kanak dan salah seorang diiktiraf Rasulullah SAW sebagai alim ulama tafsir Quran dan Hadis. Kehebatan dakwah Muaz bin Jabal memberi kesan sehingga beberapa kampung penduduk Yaman menjadikan hari Jumaat minggu pertama bulan Rejab sebagai hari memperingati jasa Muaz bin Jabal. 

Ziarah-menziarahi sesama saudara

BM14 Ust Shamsuri 15/1/13 Hasan gharib dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Sabda NabiSAW, setiap langkah ziarah silaturahim bertanya khabar kerana Allah akan ada kebaikan dan disediakan satu tempat di syurga. Ihya Imam Al-Ghazali, syarat ziarah untuk orang sakit ialah jangan mengambil masa lama sehingga menjemukan pesakit. Syarak menyuruh mengusap kepala dan memegang tangan pesakit sambil mengatakan ujian sabar dan berdoa akan kesejahteraannya disamping mengelakkan soalan berfikir akan kesakitannya. Dari Abu Hurairah sabda NabiSAW, setiap ziarah kerana Allah diiringi malaikat. Riwayat Abu Daud dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW ziarah kerana Allah dengan adanya wuduk akan dijauhi Neraka selama 70 tahun akhirat atau 70'000 tahun dunia. Dari Jabir bin Abdillah sabda NabiSAW dinaungi rahmat Allah sepanjang tempoh ziarah-menziarahi sesama saudara-mara, rakan taulan dan sahabat handai.

Monday, January 14, 2013

KEHEBATAN Amalan kalimah TAWAKKAL

Muqaddimah Nurul Ihsan 14-1-2013 Tafsir Al-Talaq 2-7 Ust Shamsuri. dari Abu Zar Radiallahu Anhu sabda NabiSAW
  1. Kasihanilah, raikanlah dan tolonglah golongan miskin.  
  2. Sentiasa melihat orang di bawah kita dan jangan melihat orang di atas. 
  3. Hubungilah silaturahim walaupun ada krisis. 
  4. Biasakan bercakap benar walaupun kebenaran itu pahit ditelan. 
  5. Banyakkan sebut Lahaulawalakuwata illabillah (tiada daya upaya melainkan ada pada kita itu kekuatan dari Allah SWT).  
Sahih Ibnu Majah dari Abi Musa Radiallahu Anhu(RA) sabda Nabi SAW Lahaulawalakuwata illabillah itu perbendaharaan syurga.


Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek RA sabda Nabi SAW Bizmillahitawakkaltu Alallah Lahaulawalakuwata illabillah. Malaikat kata kepadanya “cukup bagi kamu, Allah akan menolong kamu dan Allah menjauhi syaitan dari kamu.” Sahih AlBukhari dari Ubadah bin Asamir RA sabda NabiSAW “sesiapa terjaga tengah malam dan menyebut La ilaha illallah wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir subhanalla walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawala kuwata illabillah. Berdoalah apa saja, Allah pasti akan perkenankan.” Sahih AnNasa’i dari Ibnu AufaRA sabda NabiSAW kepada lelaki yang tidak tahu langsung baca, faham, hafal jauh sekali makna Al-Quran dan ibadat wajib dalam Islam. “Tidak tahu tidak apa belajar lah yang termampu terdahulu, buat masa ini untuk mengisi kekosongan hafallah “subhanalla walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawala kuwata illabillah”.

Kalimah Syahadah yang diredhai Allah tidak dapat disentuh api Neraka

Sahih Muttafakun Alai dari Iqbal bin Malek RadiallahuAnhu- Sabda NabiSAW, Jangan menuduh tanpa usul periksa kepada mereka yang mengucap kalimah syahadah semata-mata keredhaan Allah kerana hanya Allah dan Rasul yang mengetahui. Rasulullah SAW menambah lagi barang sesiapa yang mengucap kalimah syahadah semata-mata keredhaan Allah, Allah tidak izinkan api neraka menyentuh akan dia.

Sahih AtTirmizi dari Abi Dardak RA. Barangsiapa yang menolak satu perbuatan atau berita yang menjatuhkan maruah orang lain. Di hari kiamat, Allah akan menolak api neraka dari menyentuh mukanya.

Wednesday, January 9, 2013

Beza hadis palsu dan hadis daif


Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust Shamsuri. Hadis daif ialah lemah dan berlaku kecacatan pada kes perawinya tetapi masih boleh dibuat beramal manakala hadis mauduk atau hadis palsu atau bukan hadis langsung tidak boleh dipakai.
Contoh hadis palsu ialah fadhilat harian solat terawih, pahala serban 70’000 kali ganda, solat pakai cincin pahala 70 kali ganda, dunia ini bangkai dan sebagainya. Tujuan hadis palsu seperti fadhilat harian tarawih itu baik tetapi sudah pasti berat azab seksaan dasyat ke atas mereka yang terlibat menurut hadis sahih. Kebanyakan hadis palsu juga bertujuan menyedapkan cerita, menggalakkan beramal dan merosakkan umat Islam sekiranya musuh tetapi alangkah ruginya apabila hadis palsu ini menyentuh tuduhan ke atas para sahabat, nabi dan Rasul. Sudah pasti dasyatnya seksaan Allah kepada mereka yang mencipta hadis palsu walaupun dengan tujuan kebaikan.   

Guna Akal Tafsir Al-Quran, neraka tempatnya.

Al-Quran ditafsir melalui Hadis
Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust ShamsuriHadis Hasan lagi Sahih Riwayat AtTirmizi dari Ibni Abbas Sabda NabiSAW siapa tafsir AL-Quran dengan tidak ada ilmu yang dinaqal daripada NabiSAW atau dari ijmak asahabah dan dengan mustanik yang berunsul asal sebagai kaedah dan syarat tafsir bahkan ditafsir dengan makna dan maksud terlintas di hati sahaja atau ditafsir bukan dengan tafsir sebenarnya atau dengan agak-agak sahaja dan dibuat-buat daripada dirinya dengan tujuan menyukakan atau menarik orang mendengarnya atau tujuan mengelokkan mazhab yang dibuatnya maka semua perbuatan tersebut itu akan disiapkan tempat duduknya di neraka.

Contoh orang sebegini yang menghina ayat Al-Quran iaitu dia baca Al-Quran tengok makna kemudian tafsiran ikut fikirannya dengan berkata. Sekiranya potong tangan dilakukan, habislah orang Islam. Macamana nak maju semua dah hilang tangan.

Segala Hadis Daif & Palsu telah dihimpunkan oleh Imam Al-Bukhari. Buku Imam AlBukhari Himpunan RATUSAN HADIS LEMAH & PALSU SERTA SENARAI PENDUSTA HADIS diterjemahkan oleh Profesor Madya Dr Farid Hj Ahmad, bekas pensyarah UiA iaitu anak Bekas Mufti Negeri Sembilan Haji Ahmad yang diperkatakan oleh penduduk Negeri Sembilan sebagai wali Allah kerana karamah Allah. 

Kisah Pengarang kitab LAUTAN MADU/BAHRULMAZI ketika Tokoh Maal Hijrah Pertama Malaysia

Lautan Ilmu
Bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust Shamsuri
BAHRULMAZI atau dalam bahasa disebut "LAUTAN MADU" merupakan kitab karangan Syeikh Idris Al-Marbawi. Hasil jualan bukunya tidak diambil sesen pun kerana beliau berdakwah semata-mata ganjaran pahala. Syeikh Idris Al-Marbawi berasal dari Lubuk Merbau Perak dan dilahirkan di Mekah. Ketika umurnya 10 tahun dia telah menghafaz 10 juzuk Al-Qur'an. Dia balik ke Malaysia ketika umurnya 20 tahun untuk meluaskan  pengajiannya di pondok-pondok tahfiz di Kedah dan Kelantan. Ketika umur 31 tahun beliau menlanjutkan pengajian di Al-Azhar Mesir pada 1924 selama 3 tahun sambil menghasilkan kamus Al-Marbawi. Kitab Bahrulmazinya berdasarkan Sunan AtTirmizi siap ditulis pada tanggal 1957.    Bahrulmazi bab 13 bakti part 2 Ust Shamsuri 17-2-09. Sebuah syarikat tempatan pergi berjumpa Syeikh Idris Al-Marbawi di Mesir untuk mengubah bahasa moden kamus yang dihasilkannya. Syeikh Idris tidak membenarkan setelah susah payah berfikir menadapatkan makna yang betul. Beliau menyuruh syarikat itu buat sendiri buku yang baru selain dari bukunya. Pihak Kerajaan Malaysia melalui Dr Yusuf Noor kali pertama memujuk beliau di Mesir supaya menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang pertama atas sumbangan ilmu yang begitu hebat tetapi tidak berjaya. Syeikh Idris berkata tujuannya bukan nak penghargaan dan beliau tidak menerima sesen pun dari buku yang terjual. Kerajaan melaysia menghantar pula Dr Hamid Othman pergi ke Mesir kali ke 2 untuk memujuknya bertujuan menunjuk contoh semangat kepada rakyat Malaysia yang lain. Di dataran Pusat Islam, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tetapi beliau tidak mahu bercakap. Selepas puas dipujuk, dia pun bercakap Assalamualaikum Alhamdulillah kemudian beliau duduk kembali di tempatnya.

Ilmu yang diangkat ke langit

Ilmu diangkat ke langit bermaksud
Al-Quran dan Hadis tidak diamalkan
Muqaddimah kitab bahrulmazi bab 21 Tafsir Quran berdasarkan Hadis 9-1-2013 Ust Shamsuri. Sahih AtTirmizi dari AbiDarDak Riduanulla Alaihim Ajmain(RA), sabda NabiSAW "sudah tiba masa ilmu diangkat ke langit, iaitu isi kandungan Quran dan Hadis tidak diamalkan sepenuhnya dan muslim akhir zaman tidak kusyuk dalam solatnya" Sahih Muslim sabda NabiSAW, Allah Maha Mengetahui tetapi secara rasmi, Allah bertanya pada malaikat ke mana mereka pergi. Malaikat menjawab kami berlegar di setiap lapisan langit sehingga langit dunia di mana terdapat manusia bertasbih, bertahmid memuji Engkau dan mereka meminta syurga Engkau Ya Allah. Firman Allah, sekiranya manusia seluruh dunia diperlihatkan syurga Aku, seluruh dunia pasti beriman denganKu. Inilah Hikmah Aku menyembunyikan syurga.



Tuesday, January 8, 2013

Siapa sesuai dirujuk masalah


BM20 Ust Shamsuri 8-1-2013. Kita tidak boleh bersendirian hidup di muka bumi ini. Setiap perusahaan pekerjaan melibatkan usahasama berkumpulan dan pelbagai pihak. Disuruh Islam supaya jangan sesekali menyembunyikan penyelesaian sekiranya tahu jalan penyelesaian kepada pengadu masalah. Hadis Hasan Riwayat AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu, orang yang dipilih untuk ditanya buah fikiran itu adalah orang yang dipercayai.

Remaja gejala sosial "pintu Taubat terbuka luas"

Muqaddimah Ust Shamsuri BM20 Siapa sesuai dirujuk masalah 8/1/2013 Sahih Imam Ahmad bin Hambal dari Abi Umamah RA, sabda Rasulullah SAW kepada remaja lelaki yang ingin berzina sambil meletakkan tangan remaja tersebut ke dadanya sendiri "Sepertimana kamu tidak suka orang buat tidak baik pada ahli keluarga kamu begitulah juga dengan orang lain, Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah dosa remaja lelaki ini, sucikanlah hatinya dari mengingati melakukan perbuatan buruk, peliharalah kemaluannya." Sabda NabiSAW, "iman itu tiada ketika waktu berzina dan mencuri. Bertaubatlah pada Allah dan berazam tidak membuat lagi." Sabda NabiSAW "zina yang haram tidak boleh menegah nikah yang halal."

Saturday, January 5, 2013

3 golongan mahluk Allah yang mula-mula dihumban Allah ke Neraka.


Muqaddimah syarahan akademik Us Shamsuri bahrulmazi jilid 16 ms 162 Sahih AtTirmizi riwayat Shyufaiya Al-Asbahi dari Abi Hurairah RA sabda NabiSAW.
1) Golongan pertama ialah golongan Qari Al-Quran atau Hafiz Al-Quran yang suka dipuji bukan kerana keredaanku,
2) Golongan kedua ialah golongan yang kaya berharta bersedekah semata-mata mengharapkan persepsi sekeliling bahawa mereka ini pemurah.
3) Golongan ketiga ialah golongan yang mabuk dengan sanjungan dikhabarkan mereka ini kuat dan berani sehingga sanggup mati di medan perang dan bukan kerana Allah.



Wednesday, January 2, 2013

Dunia ini Syurga Orang Kafir

kuliah kitab Nurul Ihsan ms 296 jilid 2 tafsir surah AlHijr ayat 88 ust Shamsuri

Jangan terpengaruh dengan kejayaan, kekayaan dan kesenangan yang telah Kami berikan pada orang kafir kerana mereka tidak mempunyai Al-Quran dan Hadis sebagai panduan. Islam tidak melarang menjadi kaya cuma tidak dibenarkan mencari kekayaan sehingga melanggar hukum Allah.

Sahih AtTirmizi dari AbiHurairahRA sabda NabiSAW, dunia ibarat penjara nafsu bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir yang tiada halal haram.

Allah meletakkan dunia ini syurga bagi orang kafir dan meletakkan pengakhiran mereka sebaliknya. Liberal ialah bebas dari kongkongan nas Al-Quran dan Hadis kerana ingin duduk sama tinggi dengan orang bukan Islam sedangkan dalam Islam ada pantang larangannya. Hidup keredhaan Allah adalah ketenangan yang sempurna. Jangan dukacita sekiranya mereka tidak mahu ke jalan Allah kerana hidayah itu milik Allah.


Tuesday, January 1, 2013

Sabit bin Kais (jurucakap Rasulullah saw)


Pengajian bahrulmazi bab mimpi syarah Ust Shamsuri 
1/1/13 Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Sabit bin Kais ra merupakan jurucakap Nabi saw kerana suaranya lantang, jelas dan pidatonya sentiasa mendapat sambutan di kalangan sahabat.  Beliau merupakan salah seorang saf pertama dalam beberapa siri peperangan termasuk perang Uhud. Sabit seorang yang taqwanya cukup tinggi dan syahid dalam peperangan dengan golongan murtad. 
JIHAD MODEN

kuliah tafsir Nurul Ehsan ustaz Shamsuri tafsir surah AL-HIJR 88 Petikan kata dari Yusuf Al-Qadrawi. "Gunakan apa saja kepandaian pelbagai bidang termasuk ICT demi untuk dakwah Islam"

"Tak Kenal Maka Tak Cinta" KENALI RASULULLAH SAW MELALUI HADIS-HADIS PENULISAN PARA SAHABAT

Kuliah Nurul Ehsan Ust Shamsuri Ahmad tafsir surah AlHijr88 Riwayat Imam Muslim. Dari Abdullah bin Amru RA. Ketika bapanya nazak iaitu Amru bin AlAz. Bapanya ada menyebut "Dalam hidupku ini ada 3 peringkat. Peringkat Pertama ialah Tiada manusia yang paling aku benci kecuali Muhammad dan ketika itu sekiranya aku terserempak Muhammad pasti aku bunuhnya. Peringkat Kedua hidupku. Setelah aku mengenali Muhammad, hati budi Muhammad. Tiada manusia paling aku sayang di dunia kecuali manusia mulia ini, Alangkah indahnya kalau aku mati ketika Muhammad masih hidup dan akulah manusia paling bahagia. Peringkat 3 hidupku ketika selaku Gavenor pemerintah ini, sekiranya aku mati, aku takut ada HAK RAKYAT dibawah pemerintahanku ini TIDAK DIPENUHI.

MESIR BARU

UstShamsuri kuliah tafsir Nurul Ehsan surah AlHijr 88 Selama 40thn Mesir dperintahkan mengecam ahli agama dengan mengatakan ahli agama ini jahat tetapi kini Presiden baru Dr Mursi membela nasib ahli agama dan ucapan sulungnya pada rakyat. "Saya tidak mahu baju perisai atau bodyguard kerana saya tak takut.Saya hanya takut Allah. Kalau Allah takdirkan saya mati. Saya redha."

Kufur setengah Beriman setengah dengan Al-Quran atau memilih ayat untuk taat dan menolak ayat yang dirasakan tidak sesuai baginya

tafsir kitab Nurul Ehsan ust Shamsuri surah AlHijr 88  Tafsir Al-Hijr91 Ada manusia yang mebezakan ayatKu. Orang yang beriman setengah dan menolak setengah Al-Quran ini sesungguhnya seperti Yahudi dan Nasrani.

FIRMAN ALLAH PADA SAMSENG

Kuliah kitab Nurul Ehsan UstShamsuri surah AlHijr ayat 88 Dari AbiHurairahRA. sabda NabiSAW. ketika samseng AbuJahal hendak memijak leher Nabi yang dlm keadaan sujud solat. Tiba-tiba kelihatan AbuJahal terpelanting kebelakang. Sabda NabiSAW kalau samseng itu berjaya menyentuhku. Malaikat akan mengoyakkannya jadi cebisan halus. maka turun Firman ALLAH Al-Alaq atau Iqra' kepada peristiwa samseng seperti AbuJahal seterusnya kepada umat akhir zaman. 

Manusia ini memang melampau apabila mereka berpengaruh, kaya dan berpangkat. Sedangkan mereka lupa kepadaKu juga mereka kembali. Muhammad itu tidak kacau orang, kenapa orang mengacaunya. Aku melihat apa yang kamu tunjuk samseng itu. Panggillah seberapa ramai tunjukkan samseng kamu itu. Kami hantar 1 saja kalangan malaikat Zabaniah sudah cukup menghancurkan samseng seperti kamu.