Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, July 20, 2010
Munafik yang guna ayat Al-Quran memperlihatkan kelihatan seolah-olah betul hakikatnya ia memusnahkan Islam
DIDIKAN ANAK Nak Seribu Daya tak nak Seribu Dalih
Survival taat Allah tidak kira di mana anak soleh berada |
Bahrulmazi jilid 13 syarah Ust Shamsuri 20-7-2010. Dari Ihya’ Imam Al-Ghazali Hadis Gharib (kedua sahih untuk panduan boleh diamal sekiranya mahu beramal) dari Jabir bin Samurah sabda NabiSAW. Mengasuh dan mengajar anak dengan perangai yang baik-baik itu lebih besar pahalanya daripada pahala sedekah. Sunat yang dituntut oleh Islam hari ke-7 kelahiran dibuat akikah dan diletakkan nama yang baik. Dibuang dari kotor dengan memandikan dan bercukur. Timbang rambut anak yang dicukur dengan sukatan timbangan emas untuk disedekahkan kepada fakir. Mengajar adab cara bercakap, cara hormat, adab makan kepada kanak-kanak umur 6 tahun. Disuruh jangan meninggalkan solat dan baca Al-Quran ketika umurnya 7 tahun. Dunia hari ini, aib didedahkan dan dicanang dalam facebook, gambar anak-anak yang meningkat remaja berpeluk bertstatus “married” dengan bangganya di khalayak ramai. Hadis Gharib Imam AtTirmizi dari Ayub bin Musa sabda NabiSAW, limpahan harta tiada gunanya berbanding akhlak anak yang baik dengan mengajar hal agama dan akidah Islam. Benteng agama yang ibubapa bekalkan itu dapat memberi kuasa menilai dan membezakan siapa betul siapa tidak betul.
Extreme ibadah bukan umat Muhammad SAW
Gambar hiasan |
Wednesday, July 14, 2010
ZIKIR RASULULLAH SAW
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 syarah ustaz Shamsuri 14-7-10. Sahih Muslim dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW kepada makmum yang tidak mengaku bacaan selepas takbir. "Aku dapat melihat 12 malaikat berebut membawa pahala bacaan satu kalimah (Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi) kepada Allah." Sahih Muslim dari Ibnu Omar sabda NabiSAW kepada makmum yang mengaku baca selepas takbir Allahu Akbar Kabira, Walhamdulillahi kasira, Wa Subhanallahi bukratan wa asila, Allah buka pintu langit kerana bacaan pendek tidak panjang itu tadi. Sahih Muslim dari Tauban radiallahu anhu sabda Nabi SAW istigfar 3 kali selepas salam solat. Sahih Muslim dari Warrad hamba kepada Mughirah sabda NabiSAW "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir"
Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW selepas solat bacalah setiap kali selepas solat Subhanallah (Tasbih 33x) Alhamdulillah (Tahmid 33x) Allahuakbar (Takbir 33x) dan penutup "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir" kerana Allah akan mengampunkan dosa walaupun seluas lautan. Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW apabila mati mukmin, dua malaikat menyambut roh yang wangi seharum kasturi dari bumi dan dibawa roh tersebut mengiringi ke langit mengadap Allah untuk ditempatkan di kawasan istimewa. Sekiranya yang mati itu orang degil, kafir dan bermasalah. Roh yang keji dan dihina oleh para malaikat akan dipenjarakan sehingga kiamat.
Monday, July 12, 2010
Muslim yang bersubahat dengan musuh akan kekal di Neraka
Tafsir Nurul Ihsan 12-07-2010 surah Al Mujadalah 7 Ustaz Shamsuri. Turun ayat kepada Abdullah bin Naufal dan para rakannya yang berpakat menentang Islam. Muslim munafik bersumpah mengaku Islam dihadapan NabiSAW untuk menyelamatkan diri mereka sedangkan mereka berbohong dan memberi maklumat kepada pihak musuh iaitu Yahudi. Bagi mereka seperti ini kekal azab neraka di akhirat. Mereka percaya sepertimana mereka berbohong NabiSAW ketika di dunia, mereka berbohong pula dengan Allah ketika hari akhirat. Padahal syaitan telah melupakan mereka dengan materialistik dunia sehingga lalai dari mengingati Allah. Mereka inilah pengikut syaitan yang rugi dunia akhirat. (Al-Mujadalah 22) Abu Ubaidah Al-Jarrah (10 sahabat dijamin syurga) ditakdirkan Allah terpaksa membunuh bapa kesayangannya sendiri yang berpihak pada musuh Islam ketika di medan perang. Mereka yang taat Allah seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah ini sesungguhnya dikalangan orang-orang yang berjaya dan dijanjikan syurga kekal di dalamnya. Mereka itulah yang berjaya dunia akhirat.
Sehari berpuasa dijauhkan neraka selama 70 tahun
Muqaddimah Ustaz Shamsuri pengajian Nurul Ihsan 12-7-2010. Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW, Sesungguhnya ahli syurga itu kekal muda selamanya, sentiasa berkasih sayang dan sebaya sesama mereka. Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi dari Ibnu Mas'Ud Radiallahu Anhu sabda NabiSAW sambil tertawa. Muslim terakhir masuk syurga selepas diazab dosa munafiknya diberi peluang oleh Allah untuk meminta apa saja kehendaknya. Kata pemuda tersebut Ya Allah, adakah Engkau perli daku setelah aku diazab teruk tidak tertahan di neraka. Sahih Muslim dari Sahal bin SaadRA, sabda NabiSAW. Terdapat satu pintu syurga bernama ArRayyan hanya bagi mereka yang berpuasa sahaja yang boleh masuk. Sahih Muslim dari Abu Said AlKhudriRA sabda NabiSAW. Mereka yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah jauhkan dari neraka selama 70 tahun. Sahih Muslim, setiap amal baik 10 hingga 700 gandaan pahala dan satu dosa setiap kesalahan.
Tuesday, July 6, 2010
Pemegang Amanah Umat Islam
Bahrulmazi15 Ust Shamsuri 6/7/10 dan 13/7/10. Abu Ubaidah al JarrahRA antara 10 sahabat dijamin Syurga dan disebutkan RasulullahSAW sebagai “pemegang amanah umat”. Abu Ubaidah merupakan sahabat kedua membenarkan peristiwa Isra' Mi'raj selepas Abu Bakar As Siddiq. Beliau diutus NabiSAW mengetuai 300 Muhajjirin & Ansar bagi menyekat kafir quraish. Ekspedisi 5 hari perjalanan tersebut melalui ujian kelaparan & panas terik padang pasir oleh AllahSWT sehingga setibanya di tepi laut dikurniakan ikan paus sebagai makanan selama 18 hari. Pernah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah selepas kewafatan RasulullahSAW tetapi lantas menolak tawaran tersebut lalu memberi bai’ah kepada Abu Bakar As-SiddiqRA. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al KhattabRA, Abu Ubaidah al Jarrah berjaya memimpin tentera Islam menakluk Parsi dan Baitul Muqaddis. Di dalam perbincangan mustajab doa, para sahabat kesemuanya meminta harta untuk fisabilillah kecuali Umar yang hanya menginginkan salah seorang seperti Abu Ubaidah bagi membantu perjuangannya. Ketika Saidina Omar menghantar pasukan memanggil Abu Ubaidah Al-Jarah balik dari pasukan pertahanan Islam kerana wabak penyakit berjangkit. Beliau sama sekali tidak akan meninggalkan orang bawahannya dan sekiranya ditakdirkan mati akibat wabak, beliau redha ketentuan Allah. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarah meninggal dunia di usia 58 tahun pada 640 masihi dan dikebumikan di Syam (Jordan). Kisahnya disebut khusus oleh Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 22.
Melihat Allah
Bahrulmazi jilid 18 syarah ust Shamsuri kuliah tarikh 03-08-04
Perbahasan panjang berkenaan melihat Allah. Allah hu a’lam.
Kitab Ruqyatul Bari tulisan Addarul Qutni merupakan seorang ulamak
muda yang mengemukakan nas-nas melihat Allah. Ulama Hadis muda ini dipandang
rendah oleh ulama tua sebagai fitrah masyarakat. Kitab Al-Ilal menceritakan
kupasan hadis Sahih, hadis Hasan dan hadis Daif membuka mata para ulama
sehingga ulama terkenal Az Zahali pada
zaman itu mengumumkan Addarul Qutni adalah ulama yang sebenar. Kesimpulannya, Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra dan Atoq bin Yazid
ra sabda Nabi saw. Hari akhirat kamu akan melihat Allah sepertimana ibarat semua manusia dapat melihat bulan dan matahari di dunia ini.
Manusia lupa kisahnya di dunia ketika di akhirat
Muqaddimah bahrulmazi jilid 15 syarah Ust Shamsuri bertarikh 6-7-10. Sahih Muslim dari AnazRA sabda NabiSAW. "Seorang bakal ahli neraka dahulunya hidup mewah dan tidak bersyukur ketika di atas dunia dicelup ke dalam neraka lalu berkata kepada Allah yang dia tidak pernah rasa senang ketika di dunia. Seorang bakal ahli syurga iaitu fakir miskin yang dihina ketika di dunia tetapi sentiasa bersyukur dan mengingati Allah dicelup ke dalam syurga. Oleh kerana nikmatnya syurga, dia berkata kepada Allah yang dia tidak pernah merasa susah ketika di dunia.
Monday, July 5, 2010
Rekabentuk dalaman kediaman Sultan Brunei
Kuliah pengajian tafsir Quran surah ArRa’d ayat 25-43 Nurul Ihsan 5-7-2010 Ust Shamsuri. Firman Allah surah ArRa’d 29. Syurga tiada tandingan kemewahan di dunia walaupun dibandingkan dengan Istana Sultan Brunai seperti kemewahan Istana Sultan Brunai itu seperti setitik air dengan bandingan Istana penghuni syurga yang seluas lautan. Kemewahan yang tidak terjangkau akal fikiran makhluk manusia.
Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam. Kesenangan nikmat dunia berbanding Akhirat ibarat setitik air dengan seluas lautan. Maka bersabarlah. Firman Allah surah ArRa’d 35 Syurga ibarat mahligai indah diperbuat dari bata emas dan perak dihiasi kebun mewah di mana mengalir sungai di bawahnya. Makanan di dalam syurga itu tidak akan habis disamping dilayani bidadari serta khadam yang sedia berkhidmat.
Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam. Kesenangan nikmat dunia berbanding Akhirat ibarat setitik air dengan seluas lautan. Maka bersabarlah. Firman Allah surah ArRa’d 35 Syurga ibarat mahligai indah diperbuat dari bata emas dan perak dihiasi kebun mewah di mana mengalir sungai di bawahnya. Makanan di dalam syurga itu tidak akan habis disamping dilayani bidadari serta khadam yang sedia berkhidmat.
Sebaran gandaan pahala sehingga kiamat
Menyediakan perahu untuk kegunaan kebaikan |
Manusia lupa janjinya semasa di Luh Mahfuz dengan Allah
Sahih AtTirmizi dari AbiHurairahRA "Dunia sementara syurga manusia kafir dan kufur" |
Subscribe to:
Posts (Atom)