Nota Cinta

Wednesday, January 28, 2004

Surah Yunus


NAK MASUK SYURGA, SOLAT 5 WAKTU & JANGAN SYIRIK. 
TAK MAHU NERAKA, ZAKAT DAN JAGA SILATURAHIM

28-01-04 Sahih Muslim dari Abi Ayub ra sabda Nabi saw. Untuk masuk syurga ialah jangan syirik Allah dan jangan tinggal solat fardu. Elak masuk neraka ialah dengan zakat dan jaga silaturahim.   

ABU BAKAR MEMERANGI MUSLIM YANG TIDAK BAYAR ZAKAT

Sahih Muslim dari Abu Hurairah. Setelah Rasulullah saw wafat, terdapat golongan yang enggan bayar zakat. Kata Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw, diharamkan menumpahkan darah muslim. Kata Saidina Abu Bakar ra “Demi Allah, aku akan berperang dengan mereka yang tidak bayar zakat serta membezakan hukum Allah iaitu wajib zakat dengan wajib solat fardu.” Akhirnya beberapa lama kemudian Omar faham, Abu Bakar itulah orang yang benar dan Allah telah melapangkan dadanya serta telah redha akan kepimpinannya.

Tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Yunus Maqiah 109 ayat ms 179 ayat 1-10 syarah ustaz Shamsuri

EGO MANUSIA BERAKHIR DI NERAKA

Firman Allah sabda Nabi saw,

Pelikkah Kami utuskan seorang Rasul? Berilah amaran azab pada kafir dan sampaikan berita gembira pada orang beriman. Kafir itu membenarkan ayat yang dibacakan Rasulullah saw tetapi hati ego mereka melawan akan kebenaran tersebut. Allah menciptakan 7 lapis langit dan bumi dalam masa 6 hari mengajar manusia agar jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan. Gopoh itu kerja syaitan. Allah bersemayam di atas Arasy dengan mentadbir segala urusan termasuk helaian daun yang bakal jatuh ke bumi. Pemberi syafaat dengan izin Allah bermula dengan syafaat besar Muhammad saw diikuti syafaat kecil para Nabi dan Rasul, para alim ulama solehin, para hafiz quran dan pejuang syahid. Manusia tidak dapat lari dan kepada Allah jua kembali semuanya. Amalan baik dibalas baik dan jahat  sikitpun tidak dilepaskan. Tujuan hari pembalasan ini menunjukkan Allah Maha Adil.

BURUJ ATAU 12 LALUAN BINTANG 

Diciptakan semua bintang melalui laluan 12 buruj iaitu 1)Hamlun biri-biri 2)Saurun lembu 3)Jauzaq kembar, 4)faratan ketam 5)Asadun singa 6)Sumbulah perempuan 7)Mizan neraca 8)Al-Aqra kala jengking, 9)Kaus kuda dan pemanah 10)Jadiun kambing 11)Dalwun timba 12)Hawud ikan. Siang malam silih berganti ini mempunyai satu kuasa yang mengawal iaitu Allah. Golongan yang menumpukan kesenangan dunia ini segalanya bagi mereka dan tempat kembali mereka neraka. Jalan syurga bagi orang mukmin dan mereka bangkit dengan cerah lalu bertanya siapa engkau “aku amalan kamu”.  Kafir bangkit dari kubur dalam keadaan meraba-raba kegelapan. Ahli syurga berkata “Maha Suci Engkau ya Allah” dengan segala nikmat yang tidak terjangkau akal manusia.


MUSLIM MATI KAFIR BUNUH DIRI

25-02-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw tentang keadaan muslim yang mati kafir di neraka akibat bunuh diri ketika hidup di dunia. Bunuh diri dengan benda tajam akan kekal selamanya di neraka dengan sentiasa menikam diri guna benda tajam. Bunuh diri dengan makan racun akan sentiasa kekal selamanya muntah darah di neraka. Bunuh diri dengan terjun dari atas akan sentiasa berulang naik dan terjun menahan sakit kekal selamanya di neraka.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Dia yang disangka mati syahid dalam perang Hunain ini sebenarnya mati kekal neraka kerana membunuh diri akibat tidak tahan sakit kecederaannya. 

PENGKALAN IBLIS

Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Ibu markas iblis di tengah laut, dari sana para tentera diutus ke seluruh pelusuk dunia untuk merosakkan kerohanian manusia. Semakin tinggi kejayaan memperdayakan manusia maka semakin mulia di kalangan mereka.

KERJA IBLIS MELAGAKAN SESAMA MUSLIM

Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Syaitan sentiasa berusaha melagakan sesama manusia terutama di kalangan muslim kerana baginya sukar menyesatkan muslim supaya menyembah selain Allah.

  
Tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Yunus Maqiah ms 182 ayat 11-20 syarah ustaz Shamsuri

10:11) Ayat 11 turun apabila kafir mencabar Nabi saw dengan menyuruh Allah segerakan azab sekarang juga. Firman Allah, sekiranya Kami menurunkan azab dengan segera kesemuanya mati kafir maka Kami beri peluang kepada mereka untuk bertaubat dan menyesal terlebih dahulu. Sabda Nabi saw, jangan berdoa meminta sesuatu tidak elok ke atas diri atau anak isteri atau harta benda.10:12)Kafir bila susah baru ingat Allah dan bila senang lupa Tuhannya. Sabda Nabi saw, aku kagum dengan mukmin kerana sentiasa menyebut syukur walaupun ditimpa kesusahan. 10:13)(Al-Ankabut 38:40) telah jelas kesan kehancuran penempatan mereka. Syaitan berjaya memperdayakan mereka sehingga mereka merasakan betul tetapi tetap melakukan perkara salah. (10:14)Kami binasakan mereka yang ingkar dan jadikan umat baru dengan mengutus Rasul yang baru. (10-15)Sabda Nabi saw ketika berdakwah, aku hanya mengikut Quran dan tidak boleh mengubah mengikut kemahuan kerana aku takut diazab di akhirat. Firman Allah mustahil Muhammad itu yang mencipta Quran sedangkan baginda sendiri tidak tahu menulis (10-16)Sabda Nabi saw, kamu semua sedia maklum, mustahil seorang yang amanah dan tidak pernah berbohong seperti aku ini menipu kamu tentang Quran. (10:17)Orang paling zalim ialah memahami isi kandung Quran tetapi menafikannya. (10:18)Kafir mengatakan tokong mereka merupakan sebagai perantara meminta sesuatu pada Tuhan. Firman Allah menyindir kafir. Mustahil kamu tidak tahu apa yang berlaku pada langit dan bumi sedangkan Allah Maha Mengetahui lintasan hati manusia tanpa memerlukan perantaraan. (10:19)Islam satu-satunya agama bermula Adam as kemudian berpecah akibat perselisihan Habil & Qabil hasil hasutan syaitan. Perpecahan lebih meluas pada zaman Nuh as sehingga turun Isa as memerangi Dajal menggunakan syariat Muhammad saw. Setelah seluruh penduduk dunia beragama Islam, kiamat besar muncul apabila sebahagian muslim kembali kafir.(10:20)Sampaikan kepada mereka wahai Muhammad, mukjizat itu atas keizinan kehendak Allah dan tidak dapat digunakan mengikut kemahuan manusia. Allah saja Maha Mengetahui, sama-sama kita tunggu apa yang bakal berlaku.


24-03-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 golongan yang Allah tidak mahu tengok muka mereka, Allah tidak bersihkan dosa mereka dan seksa yang dasyat pasti ke atas mereka.  Golongan pertama ialah kedekut dan pentingkan diri sendiri.  Golongan kedua ialah penipu. Golongan ketiga ialah taat kerana mengharapkan janji dunia. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Penipu bukan dari golonganku.

Yunus 21-34 Ustaz Shamsuri
21)Sesungguhnya utusan Kami, Malaikat Hafazah mencatit apa yang dilakukan dan Kami juga kawal segala perjalanan kehidupan. 22)Manusia bila tersepit baru mengingati Kami. 23)Kehidupan dunia ini sangatlah sementara. 24)Allah takdirkan yang miskin tiba-tiba menjadi kaya berjaya dengan usahanya dan kemudian tiba-tiba jatuh fakir sebagai pengajaran bagi yang melihat. 25)Bagi yang mendapat hidayah tetaplah di jalan lurus 26)Muka penghuni syurga putih berseri dan 27)muka penghuni neraka rentung kehitaman. 28)Kafir di tempat penyembahan masing-masing dan golongan beriman diasingkan. Berhala tokong mempersoalkan penghuni neraka, “Siapa suruh kamu sembah aku? Kenapa kamu ikut nafsu kamu?” 29)Jawab tokong dan berhala,”Memadai Allah sebagai Tuhan kami menjadi saksi.” 30)Selepas itu lenyap segala bentuk objek yang disembah penghuni neraka. 



WUDUK YANG TIDAK SEMPURNA

28-04-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Apabila muslim yang mukmin mengambil wuduk dengan sempurna. Dosa gugur melalui air terakhir yang jatuh menitis dari basuhan wuduk. Banyakkan wuduk bagi meringankan saratan dosa yang ditanggung di akhirat.
Sahih Muslim dari Salim ra sabda Nabi saw. Bahagian tumit yang tidak kena air wuduk itu bakal dimakan api neraka. Solat tidak sah apabila wuduk tidak sempurna. Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Ambil wuduk sekali lagi kerana air wuduk tidak kena pada celahan kuku. 

NABI SAW DISURUH BERHUJAH DENGAN KAFIR

Nurul Ihsan jilid 2 ms 187 surah Yunus 31-44 syarah ustaz Shamsuri

(10:31) Wahai Muhammad, berhujah dengan mereka tentang siapa kurniakan nikmat rezeki penglihatan pendengaran pada mereka. Siapa pengurus langit dan bumi? (10:32)Kenapa tidak masih beriman denganKu (10:33)Neraka akan dipenuhi kafir dan iblis syaitan (10:34)Wahai Muhammad, tanya mereka bolehkah tokong berhala mereka menghidupkan kembali manusia mati. (10:35)Tanya mereka bolehkah tokong mereka berikan hidayah petunjuk jalan kebenaran. Binatang juga lebih bijak berbanding manusia yang bodoh menyembah tokong itu(10:36)Tidak apa, sembahlah ketika masih hidup di dunia ini di akhirat Aku tahu apa balasan yang Aku sediakan untuk kamu (10:37)Al-Quran ini bukan ciptaan akal manusia tetapi Quran membetulkan kembali kitab-kitab terdahulu sebagai petunjuk jalan syariat dari Kami (10:38)Sekiranya mereka menuduh Quran ciptaan Muhammad yang tidak pandai menulis, minta mereka sediakan kitab seperti Quran ini. (10:39)Sebenarnya, mereka sendiri tidak memberi peluang kepada diri mereka sendiri untuk cuba memahami isi kandung Quran. (10:40)Apabila Parsi yang menyembah berhala meraikan kemenangan ke atas Rom, Allah menurunkan ayat ini memberitahu Rom bakal memenangi kembali. Mereka tidak mempercayai amaran ayat Allah tersebut. Ternyata selepas 7 tahun kemudian Rom menang kembali ke atas Parsi tepat seperti apa yang Quran ceritakan. (10:41)Wahai Muhammad, sekiranya mereka tetap berkeras berdegil, katakanlah akhirat sana, kita lihat siapa betul siapa salah (10:42)Ada yang sekadar mendengar Quran tetapi tidak mengambil manfaat dan ada yang hanya datang semata-mata ingin melihat tanda kenabian kamu (10:43)Kamu tidak mampu memberi hidayah pada mereka wahai Muhammad (10:44)Demikian manusia menzalimi diri mereka sendiri.

HARAM SEBARANG BINAAN TEMBOK DAN DUDUK BACA KITAB QURAN DI KUBUR

28-07-04 Sahih Muslim dari Jundub ra sabda Nabi saw. Khalilullah atau Kekasih Allah hanya dipilih Allah kepada 2 dari 5 Nabi dikalangan Ulul Azmi iaitu Ibrahim as dan Muhammad saw. Jangan sesiapa jadikan kubur sebagai tempat ibadah.

Sahih Muslim dari A'isyah ra sabda Nabi saw apabila diberitahu Umu Salamah dan Umu Habibah tentang binaan patung gereja dan kubur Kristian. Sebarang binaan pada kubur diharamkan. Mendirikan sebarang binaan adalah sejahat-jahat makhluk di muka bumi.

Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Haram sebarang apa saja binaan, haram sebarang penulisan nama dan cat batu nisan serta duduk bersila di kubur.

28-07-04 Nurul Ihsan jilid 2 ms 192 tafsir surah Yunus 54-61 ustaz Shamsuri 
54)Penyesalan yang amat sangat akibat tidak nampak jalan kebenaran menyebabkan manusia sanggup menyerahkan hartanya yang sebanyak seluruh dunia demi melepaskan diri dari seksa neraka. 55)Janji Allah pada seluruh manusia itu BENAR 56)Hakikat utama yang manusia mesti terima ialah dimatikan dan dihidupkan Allah di akhirat. Hakikat kedua yang manusia mesti terima ialah pembalasan mesti dilaksanakan sesuai dengan kesalahan yang dilakukan. Yunus 57) Quran penawar hati dan penyakit dalam dada manusia. Dalam ayat lain Al-Isra' 82 Quran penawar dan rahmat bagi orang yang beriman. Syarah ustaz Shamsuri kredit guru Ustaz Syarhan Syafi'e. 58)Anugerah terpilih memeluk Islam dan kefahaman isi kandungan Quran itu untuk kebahagian manusia. 59-60) Berhati-hati, terlalu fokus harta dunia itu penyebab pergaduhan adik-beradik termasuk masyarakat dan rosak silaturahim. Anugerah rezeki itu kurniaan Allah tetapi sayangnya kebanyakan manusia tidak bersyukur. Allah bertanya "jangan memandai-mandai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal." Baca Yasin tidak salah tetapi jangan kata Nabi saw suruh. Niat menggalakkan terawih itu bagus tetapi membohongi dengan rekaan hadis fadhilat malam pertama ramadhan kedua seterusnya yang palsu itu adalah salah dan haram. Membohongi tanpa nas Quran dan hadis yang sahih sekiranya tidak bertaubat tetap diseksa dasyat di neraka. 61)Amalan baik yang disembunyikan itu dipuji Allah walaupun dicemuh ditohmah masyarakat. Buatlah amalan baik walaupun kecil yakni sekadar senyum.


22-09-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Seorang pemuda yang sedang berjalan kaki tiba-tiba terdengar satu suara dari langit menyeru awan supaya menurunkan hujan lalu tanah mengalirkan air ke kebun seorang lelaki. Pemuda tersebut mengikut jejak awan lalu bertanya kepada lelaki bertuah itu setelah dikenalpasti. Apakah keistimewaan kamu sehingga nama kamu disebut suara langit supaya menyeru awan mengalirkan air ke kebun kamu? Jawabnya, aku berniat 1/3 hasil kebunku disedekah ke jalan Allah. 1/3 untuk makanan keluargaku dan bakinya aku benihkan untuk musim akan datang. Itu saja yang aku lakukan. 

WALI ALLAH

Nurul Ihsan jilid 2 ms 194 surah Yunus 62-70 syarah ustaz Shamsuri

Aulia Allah terpilih dan mereka tidak berdukacita. Mereka tidak takut hari kiamat kerana dianugerah keberanian oleh Allah pada hari tersebut. Sesiapa melihat wali Allah, secara automatik mengingati Allah. Mereka kelihatan susah hina pada pandangan mata kasar tetapi dirinya bahagia disisi Allah. Mereka juga diberi hak syurga oleh Allah di hari pembalasan. Allah campak perasaan baik sangka pada masyarakat terhadap wali Allah. Wali Allah takut perintah Allah secara sir (tersembunyi) atau jahar (terang-terangan). Malaikat maut menyambut baik wali Allah ketika sakaratul maut. Itulah kemenangan besar dikhaskan kepada para wali Allah. Jangan bersedih wahai Muhammad tentang keingkaran mereka. Bumi dan langit 7 lapis ini Kami punya. Firman Allah, mereka berkata Aku ada anak mustahil perkara itu berlaku kerana Aku tidak sama dengan seluruh makhluk ciptaanKu. Kepada yang mengingkariKu, kamu buatlah apa yang kamu suka. Tetapi Ingat!  Suatu hari nanti kamu pasti mati.










No comments:

Post a Comment