Sahih Muslim dari Abu Hurairah dan Abu Said AlQudri.
Ketika para sahabat hampir kebuluran dalam cuaca panas medan Perang Tabuk, RasulullahSAW meminta mengumpulkan semua baki makanan yang tinggal. Sebahagian besar tiada makanan dan hanya segelintir melonggokkan sisa bekalan yang masih disimpan. Kemudian NabiSAW pun berdoa memohon keberkatan dari Allah dan selepas itu makanan diagihkan semula sehingga kesemuanya kekenyangan dan bekas masing-masing kembali penuh. Sabda NabiSAW "Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi aku pesuruh Allah. Setiap hamba Allah yang mengucapkan syahadah, Allah janjikan syurga."
No comments:
Post a Comment