Nota Cinta

Tuesday, January 13, 2004

Muqaddimah Jenazah

Muqaddimah sebelum pengajian Bahrulmazi bab 7 Jenazah 2004 ustaz Shamsuri

13-1-04 Allah menyayangi hambaNya
Sahih Muttafakun Alai dari Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, Allah sayang hambaNya lebih dari ibu menyayangi anaknya.
Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, Allah telah menulis takdir ketentuan makhlukNya pada kitabNya. Allah berfirman Kasih SayangKu melebihi MarahKu.
Sahih Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, umat terdahulu banyak buat dosa. 1 orang manusia cukup banyak buat dosa dan mewasiatkan pada anaknya supaya membakar mayatnya dan menghancurkan tulang untuk dicampakkan ke laut.
Di Akhirat Allah bertanya kenapa dia buat begitu. Katanya dia amat takut dibakar Allah di neraka. Oleh kerana teramat takutnya pada Allah diampunkan dosanya.

10-2-04 Buruk Sangka
Sahih Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW ketika turun perintah memungut zakat. Buruk sangka itu menzalimi orang yang diburuk sangka.

09-03-04 Kelonggaran dari Allah apabila semulajadi
Sahih Muslim sabda NabiSAW. Allah menurunkan surah Al-Hujarat supaya manusia menjaga adab jangan meninggikan suara kecuali melibatkan pekerjaan dan suara kuat semulajadi.

13-04-04 Tidak amal Islam tidak dibantu di akhirat
Sahih Muslim dari Al-Abbas Abd Muttalib sabda NabiSAW. Abdul Muttalib yang tidak dapat mengucap kalimah syahadah ketika akhir hayat hanya mendapat keringanan neraka dan api membakar hanya setakat buku lalinya. Sekiranya dia tidak berbakti kepadaku maka dia di dasar neraka.
Sahih Muslim dari Aisyah radiallahu anhu ketika turun firman Allah . “Wahai Muhammad beri peringatan kepada keluarga terdekat kamu.” Sabda NabiSAW “aku tidak dapat membantu mereka di akhirat walaupun ahli keluargaku yang tidak mengikuti Islam.”

11-05-04 Perintah Allah berdamai dari bertengkar
Sahih Muslim dari Anaz bin Malek radiallahu anhu ketika turun AlHujarat ayat 9. Sabda NabiSAW sambil mendamaikan kumpulan yang bergaduh ketika ziarah rumah Abdullah Ubai b. Salul. “Sekiranya kedatangan kami mengakibatkan pertengkaran kami balik dahulu.”



16-06-04  Pintu Taubat
Hadis Hasan AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab, NabiSAW mengulangi sabdanya sehingga berpuluh kali menunjukkan ia terlalu amat penting peringatan bagi umatnya. Riwayat Al-hakim dan Riwayat Al-Baihaqi, NabiSAW menyebut hadis baginda ini melebihi 20 kali. Suatu hari ketika Al-Kiflu dari bani Israel yang sangat kuat berbuat maksiat hendak berzina dengan seorang gadis yang dibayarnya. Gadis itu menggeletar menangis ketakutan kepada Allah kerana sekiranya tidak kerana bapanya sakit, dia tidak akan mencari upah bersetubuh. Al-Kiflu membatalkan niatnya di sebelah siang dan bertaubat nasuha berjanji tidak mengulangi segala kesilapan dosanya pada sebelah malam. Allah takdirkan Al-Kiflu mati dan mengampunkan dosanya. 

13-07-04 Orang terakhir masuk syurga
Sahih Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. Penghuni neraka terakhir masuk syurga terdiri dari muslim yang banyak berdosa. Malaikat kenal penghuni neraka yang rentung untuk dimasukkan ke syurga ini melalui kesan sujud solat ketika di dunia.  

10-08-04 Jangan lewatkan kebumikan jenazah
Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW segerakan kebumikan jenazah kerana sekiranya simati soleh atau solehah, simati tidak sabar untuk dikebumikan untuk menikmati nikmat Allah dan sekiranya simati sebaliknya, segerakan tanam simati bagi lepaskan tanggungan pengurusan jenazah

14-09-04 Berdikari
Sahih Muslim dari Auf bin Malek Al-Ashja’e sabda NabiSAW kepada para sahabat janji denganku jangan syirik Allah, jangan tinggal solat, dengar taat Quran dan Hadis dan jangan sesekali suka minta tolong dengan orang lain atau bersikap meminta-minta.
Sahih Muslim dari Muawiyah Abu Suffian sabda NabiSAW, Allah tidak berkati orang yang suka meminta-minta tolong dan Allah berkati orang yang tidak minta tolong.
Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW. Di akhirat, orang yang suka meminta-minta ini tiada daging di mukanya.   

13-10-04 Lailatul Qadar
Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW Lailatul Qadar akan berlaku 7 hari akhir dalam bulan Ramadhan. Sahih Muslim dari Aisyah radiallahu anha. NabiSAW dan keluarganya melipat gandakan ibadah sunat 10 malam terakhir bulan Ramadhan.  

No comments:

Post a Comment