gambar hiasan, anak sulong blogger. Addin Saifullah |
Surah Al-Fatihah Ust Shamsuri 20-01-04
Al-Fatihah
Dengan nama Allah Tuhan yang memberi Rahmat lagi Tuhan
bersifat penyantun. Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentarbiah seluruh alam.
Tuhan yang memberi rahmat lagi maha penyantun. Tuhan yang berkuasa pada hari pembalasan.
Akan Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah
kami jalan lurus. Jalan orang yang telah engkau beri nikmat yang tidak pernah
mereka dimurkai dan tidak pernah mereka sesat.
Mus’hab mula ditulis zaman Saidina Osman radiallahu anhu.
Syukur kepada Allah, berikanlah....
Petunjuk jalan lurus yang tiada bengkang-bengkok dari kemusyhkilan, was-was dan meragukan hasil bisikan syaitan, desakan nafsu, saranan orang lain dan hasutan iblis. Supaya teguh ketetapan Iman dan keyakinan pada hukum ketetapan Allah.
Jalan yang telah Allah berikan nikmat iaitu golongan dikasihi seperti para nabi dan rasul, para syuhada, para solehin, para khulafa ar rashidin dan para sahabat Rasulullah saw.
Bukan jalan yang sesat seperti perbuatan, percaya nasib "luck", adat-adat tradisional dan budaya yang lari dari Al-Quran dan Hadis.
Terjemahan surah rujukan Hadis Nabi saw.
No comments:
Post a Comment