SYARAT MASUK SYURGA IALAH TAAT SETIAP RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN
05/01/04 Sahih AtTirmizi dari Muaz bin Jabbal radiallahu
anhu sabda NabiSAW syarat masuk Syurga ialah taat setiap dalam rukun Islam sehingga
sampai ajal tanpa menafikan mana-mana satupun ayat Al-Quran. Jaga lidah kerana
lidah memandu ke neraka.
SEDEKAH DAN ZAKAT DUIT TIDAK AKAN KURANG DUIT MALAH DIGANDAKAN SAMADA DI DUNIA SEKEJAP ATAU DI AKHIRAT KEKAL
01/03/04 NabiSAW bersumpah 3 perkara iaitu sedekah tidak
akan kurang duitnya, Allah angkat darjat orang yang sabar dizalimi dan Allah
memfakirkan seseorang yang suka meminta-minta termasuk meminta tolong. Terdapat
4 darjat dunia iaitu yang paling tinggi darjatnya ialah menggunakan kekayaannya
pada jalan kebajikan adik-beradiknya, ibu-bapanya dan mendekatkan mereka kepada
Allah. Kedua baik ialah mengamal dan menyebarkan ilmunya. Ketiga ialah golongan
hina yang dijanjikan neraka iaitu menggunakan kekayaannya untuk keseronokan
sehingga lalai akhirat. Golongan keempat dan paling hina di sisi Allah ialah
miskin lagi jahil agama kerana disebabkan itu akan berlaku maksiat, pembunuhan,
rompakan, kecurian dan kejahatan.
HARAM SYURGA UNTUK SUMPAH BOHONG
05/04/04 Sahih Muslim sabda NabiSAW, sesiapa yang kekal
sehingga mati dengan bersumpah bohong mengatakan sesuatu hak orang lain itu
kepunyaannya walaupun ia bernilai atau tidak, Allah akan haramkan syurga ke
atasnya.
SELALU CERITA KESUSAHANNYA, ALLAH AKAN JADIKANNYA SEMAKIN MISKIN
Sahih AtTirmizi dari Ibnu Mas’Ud radiallahu anhu sabda
NabiSAW, Allah kekalkan miskin apabila asyik bercerita kesusahannya kepada
orang lain dan asyik meminta supaya orang lain membantunya. Tetapi sekiranya
berhajat menghapuskan miskinnya dengan berusaha sekadar yang termampu disamping
taat menurut kehendak Allah maka Allah menunjukkan jalan keluar dari masalah
kemiskinannya.
WASIAT NABI UNTUK UMATNYA MEMADAI HARTA KENDERAAN DAN PEKERJA
Hadis AtTirmizi dari AbiWail radiallahu anhu ketika Muawiyah
Abu Sufian ziarah Abi Hasyim yang sedang sakit. Wasiat NabiSAW memadai 2 harta
dunia iaitu kenderaan dan pembantu kerja.
Teks penerangan Hadis
Disebabkan hadis mengatakan 9/10 rezeki jalan meniaga. Ramai
sanggup terjun ke bidang niaga dan berapa ramai dukacita dan berapa ramai
semakin miskin jatuh papa kedana. Mana-mana manusia tidak dianugerahkan harta,
kejayaan, pangkat, dihormati bahkan di uji dengan kesusahan dan kepapaan maka
hendaklah sabar dan redha tentang takdir Allah. Jangan sampai berlaku susah
hati, mempersoalkan ujian Allah, menyumpah diri sendiri, meminta pula pada
orang lain, berdukacita dan binasa diri sehingga lalai perintah Allah.
Undang-undang syariah Islam Ihya ulmawat, kerajaan
pemerintah boleh merampas mana-mana tanah terbiar bertujuan menghidupkan
kembali tanah tersebut. Amat malang sekiranya yang dikorbankan masa demi mencari
keduniaan itu ialah zikrullah seperti agama, majlis ilmu dan ceramah. Harta umpama membinasakan diri kecuali
memahami 5 perkara iaitu harta adalah amanah Allah, punca sumbernya halal, tidak
tamak, tidak boros serta kedekut dan niat guna harta bertujuan untuk ibadah.
Saidina Ali Karamullahu wajha, zuhud di sisi Allah ialah
harta kekayaannya tidak menjejaskannya.
JANGAN GELAK TAWA BERTEPUK TAMPAR SEPERTI SAMSENG ABU JAHAL
03-05-04 Riwayat Ibni Mas’Ud radiallahu anhu. Abu Jahal dan
konco-konconya gelak tawa bertepuk tampar di kalangan mereka selepas
melonggokkan najis dan sisa perut bangkai unta pada belakang badan
RasulullahSAW ketika baginda sedang sujud solat di sisi Ka’bah. Fatimah ketika itu masih kecil membersihkan
belakang bapanya sambil memarahi sekumpulan samseng tersebut. Selepas solat,
NabiSAW berdoa di sisi ka’bah “Binasakan orang quraisyh 3x”. Allah makbulkan
permintaan NabiSAW dan bangkai kafir Abu Jahal dan pengikutnya mampus dalam
kehinaan dalam Perang Badar.
NABI SAW TIADA ILMU KEBAL SEPERTI SYIRIK MINTA BANTUAN JIN
Sahih Muslim Sahal bin Saad radiallahu anhu. Dalam perang
Uhud, muka RasulullahSAW luka parah, gigi taring NabiSAW patah dan topi yang
dipakai baginda terbelah dua. Selepas perang, Fatimah yang turut serta
peperangan Uhud membasuh muka bapanya sambil dijurus air oleh Ali Abi Talib.
Darah tidak berhenti keluar sehingga akhirnya diberhentikan dengan tampalan
daun kurma yang telah dilumat dan dibakar.
Kesimpulan Hadis.
Tiada jalan pintas dalam mencari kejayaan. NabiSAW contoh terbaik kepada
manusia dan tidak diberi ilmu kebal serta jalan pintas menempa kejayaan Islam oleh
Allah.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Baqrah radiallahu anhu
sabda NabiSAW, paling beruntung di akhirat ialah seseorang yang memenuhi umur
panjangnya dengan ibadah tanpa melakukan sebarang maksiat. Yang paling jahat
dan paling celaka di akhirat ialah menghabiskan umur panjangnya dengan
perbuatan yang ditegah Allah.
RINGKASKAN SOLAT BILA JADI IMAM
05-07-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu
sabda NabiSAW ringkaskan solat kepada rukun wajib ketika menjadi imam supaya
tidak mendera makmum.
MAKAN DULU DENGAN TENANG BARU SOLAT
02-08-04 Sahih Muslim dari Abi Atib radiallahu anhu sabda
NabiSAW jangan solat sekiranya tidak makan apabila tersedia hidangan dan dalam
keadaan menahan diri dari buang air kecil mahupun air besar.
JANGAN BANYAK WARNA CORAK KERANA IA TIDAK TENANG
Sahih Muslim dari Saidatina Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW "kusyuk merupakan roh solat jadi
bawakan baju yang tidak berserabut dengan corak dan warnanya kosong"
WARNA SUNNAH IAITU HITAM/PUTIH/HIJAU/MERAH
23-06-03 Sahih Muttafakun Alai. Sunnah Nabi saw biasa memakai baju warna putih, hitam dan hijau. Kadang-kadang memakai warna merah.
Sahih Muslim dari Abu Said ra. Nabi saw pakai serban berlilit dan berikat bewarna hitam dengan membiarkan ekor serban di tengah tulang belikatnya.
No comments:
Post a Comment