Sural AlHaj ayat 37 Allah tidak
memandang daging dan darah binatang korban tetapi Allah menilai ketaqwaan
mereka yang menunaikan ibadah korban.
Riwayat Aisyah radiallahu
anha sabda NabiSAW, amalan korban selepas solat pada hari raya haji merupakan
amalan yang paling baginda suka. Binatang korban akan menjadi tunggangan tuannya
dengan cukup sifat di hari akhirat. Allah menerima amalan korban sebelum darah
binatang korban tersebut jatuh ke tanah.
Sahih AtTirmizi dari Abi
Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW di rumah Abu Haisam “Jangan sembelih
kambing betina kerana susunya boleh diminum.” Sunnah menurut riwayat AtTirmizi dari
Anaz bin Malek radiallahu anhu. NabiSAW korban 2 ekor kibas warna hitam
bertompok putih dan bertanduk.
Harus dari segi bilangan bergantung kemampuan. Tidak boleh
mempersembahkan pada Allah dengan cacat yang mengaibkan seperti capek dan
telinga kudung sebelah. Menurut Imam Syafi’e, Abu Hanifa dan jumhur ulama. Tanduk
patah harus kerana tanduk tidak termasuk dalam juzuk yang dimakan.
Paling afdal korban sembelihan sendiri seperti NabiSAW yang memulakan
korban dengan Bizmillahi Wallahu’akbar.
Kaki NabiSAW diapit pada leher kepala kambing dengan menidurkan. Sembelihan
tidak putus urat halkum(saluran pernafasan) dan urat marikh(saluran makanan
minuman) menyebabkan korban menjadi bangkai.
Hadis gharib dari Ali karamullahuwajha, penyembelihan 1 korban
untuk NabiSAW setelah baginda wafat kerana ia disuruh RasulullahSAW. Hadis gharib
dari AbiSaid Al-Qudri NabiSAW memilih kambing korban yang bertanduk hitam
berkilat, gagah, segar, jantan dan tiada cacat.
Riwayat AlBarra’ RA sabda
NabiSAW jangan buat korban kambing berkaki capik atau mata rabun atau nyata
cacatnya.
Riwayat Abi Kibaysh
radiallahu anhu sabda NabiSAW Umur binatang korban hendaklah unta 4-5 thn, kibas
1 tahun lebih, kambing & lembu 2-3 thn.
Hasan gharib Ibnu Abbas
radiallahu anhu. NabiSAW tidak menegah kongsi harga 1 unta 10 orang, 1 lembu 7
orang.
Riwayat AtTirmizi dari
Ayub Al-AnsariRA dan NabiSAW tidak melarang mereka yang berkorban memohon Allah
memberi pahala korban seluruh ahli keluarga.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi
dari Abit bin RabiahRA sabda NabiSAW menyimpan lebih dari 3 hari dibenarkan
apabila daging terlampau mewah dan ramai umat Islam kecuali pada zaman ramai
orang miskin dan sedikit orang kaya menunaikan korban.
Sahih AtTirmizi dari Abi
Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW setiap amalan mesti kerana Allah dan
tidak mengkhususkan amalan pada bulan Rejab atau hari Jumaat atau kenduri
kerana arwah atau mengambil berkat sesuatu selain Allah.
Riwayat Al Hakim, daging akikah
sunnah dimasak
Hasan Sahih AtTirmizi
dari Aisyah radiallahu anha NabiSAW sembelihan 2 ekor kibas atau biri-biri atau
kambing untuk lelaki dan 1 ekor untuk perempuan. Ada juga 1 ekor untuk lelaki
seperti yang dilakukan pada cucu baginda saidina Hasan dan Husin.
Sahih Bukhari Muslim
sabda NabiSAW apabila azan, syaitan lari dalam keadaan terkentut-kentut.
Hasan Sahih AtTirmizi
dari Abi Rafiq radiallahu anhu. NabiSAW azan di telinga kanan dan qamat di
telinga kiri cucunya Saidina Hasan bin Ali sebagaimana azan solat.
Riwayat Anaz bin Malek,
dia telah ditahmid dengan NabiSAW mengunyah kurma dan disapukan pada lelangit
lidah bayi. Hari ke7 dilakukan akikah dan dicukur rambut, dimandikan dan
dibersihkan.
Riwayat Fatimah Az Zahra
radiallahu anha. NabiSAW telah membeli emas perak mengikut berat timbangan
rambut anak cucu baginda yang dicukur untuk disedekahkan kepada orang miskin.
Riwayat Samurah radiallahu anhu
sabda NabiSAW, Akikah ibarat ibubapa yang menebus anaknya dari gadaian.
Sunnah Hasan Sahih AtTirmizi
Ummu Salamah radiallahu anha sabda NabiSAW, sesiapa yang bercadang terlibat
dalam ibadah korban, elakkan memotong kuku, becukur dan menggunting rambut sebelum
1 Zulhijah.
Sahih Muslim dari Aisyah
radiallahu anhu. NabiSAW sekiranya diberi pilihan,
baginda akan memilih yang lebih mudah dilakukan selagi mana ia tidak membawa
dosa dan baginda memarahi sesuatu yang bertentangan suruhan Allah.
No comments:
Post a Comment