Nota Cinta

Tuesday, January 20, 2004

Beza Muslim & Kafir buat baik

20-01-04 Syarah Ustaz Shamsuri pengajian Al-Fatihah 

UNTUNG JADI ISLAM, MALANG BAGI KAFIR

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah tidak buat zalim pada orang Islam yang beriman. Allah melapangkan rezeki muslim yang membuat kebaikan di dunia dan diganjarkan di akhirat. Orang kafir akan mendapat kelapangan rezeki dunia apabila membuat kebaikan tetapi di akhirat tetap di neraka kerana tiada ganjaran kebaikan. 

Sahih Bukhari Muslim. Ketika Nabi saw bersama Jibril kedengaran bunyi guruh membuka pintu langit. Serentak dengan itu, turun malaikat membawa berita gembira kepada Nabi saw iaitu Allah telah memberi cahaya kepada Muhammad yang tidak pernah diberikan pada mana-mana Nabi sebelum kamu. Cahaya itu ialah cahaya Al-Fatihah dan kedua ayat-ayat akhir suratul Baqarah. 

AnNahl 39 Apabila baca Quran, minta berlindung dari syaitan yang direjam.
Alhamdulillah Segala Puji bagi Allah

No comments:

Post a Comment