Nota Cinta

Tuesday, October 21, 2003

Juz-Ama 99-114

17-9-1993-2003 Pengajian tafsir Muqaddam


RUMAH PERTAMA ALAM AKHIRAT

26 Julai 02 Sahih Muslim Zaid b Sabit ra sabda Nabi saw. Sekiranya seksa kubur didengarkan, manusia takut untuk menyimpan jenazah. Mintalah pada Allah supaya berlindung dari seksa kubur ini. Berlindunglah dari fitnah terang atau tersembunyi. 

MUSAFIR DI DUNIA

17 Jan 03 Sahih Bukhari dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Jadikan diri sebagai musafir sementara di dunia ini. Jangan terlalu yakin akan hidup sehingga petang ke subuh. Ambil kesempatan sementara sihat sebelum sakit untuk cari sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.
Ali Imran 3:185 Setiap yang hidup pasti mati. Kejayaan haqiqi ialah dibebaskan dari neraka kemudian masuk ke syurga. Hidup di dunia penuh tipu daya dan kebendaan.
Luqman 31:34 Tiada manusia yang tahu lokasi kematian masing-masing.

TAQWA

21 Feb 03 Sahih AtTirmizi Abi Umamah Al-Bahili ra Nabi saw berkhutbah, sabda Nabi saw. Takutlah pada Allah, solatlah 5 waktu, puasalah bulan Ramadhan, tunaikan zakat harta kamu dan taat pada pemimpin-pemimpin kamu. Kamu akan masuk syurga.
Sahih Muslim Doa Rasulullah saw. "Ya Allah, berilah petunjuk, taqwa, ketahanan diri dari buat dosa dan kaya jiwa padaku." Kaya jiwa ialah tidak cepat marah dan cukup dengan rezeki apa yang ada.
Sahih Muttafakhun Alaigh sabda Nabi saw, paling mulia ialah paling bertaqwa.
Al-Ahzab 33:70 Syarat taqwa jangan langgar hukum Allah.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw, jangan tunjuk suka apabila seseorang kena musibah. Hina orang lain akan dibalas hina oleh Allah.


BUAT BAIK JANGAN BUAT JAHAT

18 Mac 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Ali b Hatim ra sabda Nabi saw. Di hari kiamat, setiap manusia bercakap secara langsung dengan Allah tanpa sebarang perantaraan. Takutlah azab neraka Allah dengan bersedekah walaupun setengah buah kurma. Sekiranya tidak mampu, buatlah kebaikan dengan kudrat yang ada. Sekiranya tidak mampu maka jangan buat jahat.
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Iman ada pelbagai cabang amal baik. Salah satu keimanan ialah "la ila ha illAllah" dan paling rendah ialah malu buat kejahatan.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Salah seorang penghuni syurga semasa dia hidup di dunia adalah seorang muslim yang mematahkan ranting yang boleh mencederakan orang.
Sahih Muslim Jabir ra sabda Nabi saw. Selangkah ke masjid satu pahala.

PAHALA SAMA

15 April 03 Sahih Muslim dari Anaz ra sabda Nabi saw, pahala sedekah kelengkapan perang sama seperti pahala berperang demi Islam. Sahih Muslim sabda Nabi saw, pahala menunggu jaga keluarga muslim dan pahala pergi berperang adalah sama maka cukup sekadar separuh lelaki keluar berperang dan separuh lagi tinggal. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw, jangan mengeluh kerana rezeki susah payah kerja itu adalah berkat dari menyara adik kamu yang tidak bekerja tetapi belajar ilmu agama Islam itu.


SOLAT SUNAT 2 RAKAAT

10 Mei 03 Sahih Muttafakhun Alaigh dari Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bertanya Bilal, apakah amalan yang dilakukan sehingga bunyi tapak kaki Bilal kedengaran di syurga. Amalan tersebut ialah wuduk sempurna kemudian solat sunat 2 rakaat. Sahih Muttafakhun Alaigh dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw, jangan duduk kecuali selepas solat sunat tahyatul masjid 2 rakaat. Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw, simpan solat sunat di rumah selepas solat fardu di masjid.

MESTI REDHA SEGALA UJIAN KERANA SEGALANYA MILIK ALLAH

17 Jun 03 Sahih Muttafakhun Alaigh dari Usamah b Zaid r anhuma sabda Nabi saw, redhalah segala ujian Allah kerana segalanya milik Allah.
HR AtTirmizi Abu Musa ra sabda Nabi saw, ibubapa yang redha dan menyebut Alhamdulillah serta Innalilla hiwa innalillahirojiun setelah kematian anaknya akan disediakan rumah puji-pujian di syurga.
Dari Umi Salamah r anha sabda Nabi saw, hadir ziarah jenazah wajib hanya berkata perkara kebaikan kerana mala'ikat mengaminkan apa yang kita perkatakan.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

15 Julai 03 Sahih Muslim, Sabda Nabi saw. Apabila matahari terbit di sebelah Barat, tiada bermakna lagi sekiranya baru mula hendak beramal dan ingin memeluk Islam.

19 Ogos 03 Sahih Muttafakun Alaigh A'isyah r ha sabda Nabi saw, Khatijah isteri pertamaku yang sememangnya tidak dapat ditandingi mana-mana wanita.

SELALULAH DOA UNTUK INGAT ALLAH

16 Sept 03 Sahih Abu Daud Anaz b Malek sabda Nabi saw, sekiranya suka seseorang kerana Allah maka beritahu pada orang tersebut kerana kita akan disayangi Allah.
Sahih Abu Daud & AnNasa'e Muaz b Jabbal ra, sabda Rasulullah saw. Wahai Muaz, aku sayang kamu kerana Allah maka kerana aku sayang kamu, hafazlah doa ini. "Ya Allah, tolong aku supaya aku mengingatiMu dan dapat beribadat sebaik-baiknya kepadaMu."


ISLAM ITU SOLAT 5 WAKTU, PUASA RAMADHAN & ZAKAT BILA MAMPU

21 Okt 03 Sahih Muttafakhn Alaigh Talhah b Ubaidillah ra sabda Nabi saw kepada pemuda kafir yang bertanyakan mengenai Islam, Islam ialah solat 5 waktu, puasa sebulan ramadhan dan zakat bila cukup syarat. Sekiranya jaga rukun tersebut, maka berjaya dunia akhirat.
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, puasa Ramadhan dan bangun solat sunat malam mengharapkan keredhaan Allah akan dihapuskan dosa terdahulu.
Sabda Nabi saw, kamu dan harta kamu milik ayah kamu, ayah kamu berhak menentukan hidupmu.

TAFSIR JUZ-AMA

Ash-Sharh/ Al-Insyirah/ Alam Nasyrah 94:1-3 Allah LAPANGKAN DADA Rasulullah saw dengan bantuan petunjuk meringankan beban dakwah yang ditanggung baginda. 
94:4 Allah mengagungkan nama Nabi Muhammad saw.  
94:5-6 Susah dahulu senang kemudian. 
94:7-8 Jangan berhenti dalam beramal. 

Al-Zalzalah 99:1-2 Apabila BUMI DIGONCANG, keluar segala isi bumi.
99:3 Manusia terpegun dengan bencana yang tiada bandingan seperti sebelum ini.
99:4-5 Bumi memberitahu "ini perintah dari Tuhan kamu"
99:6 Manusia dihidupkan semula dengan pelbagai keadaan amalannya semasa hidup di dunia.
99:7-8 Amal baik atau buruk walaupun sebesar zarah akan dikira. Kafir yang melakukan kebaikan tidak diberikan pahala tetapi diringankan azab di neraka.

gambaran sekadar hiasan
Al-Aadiyat 100:1-5 Allah bersumpah demi kuda yang pantas berlari dengan nafas kencang sehingga terbit percikan api di kukunya. Lantas ia meluru masuk ke kawasan musuh menjelang Subuh sehingga debu memenuhi kawasan lariannya.
100:6-8 Sesungguhnya kebanyakan manusia berperangai kufur nikmat, mengetepikan halal haram akibat sangat suka pada harta.
100:9-10 Tidak sedarkah suatu hari bila mati, segala rahsia bakal didedahkan.
100:11 Hendaklah dari sekarang, manusia gentar kerana hari itu ialah hari pembalasan!

Al-Qari'ah 101:
1-3
 BAGAIMANA DASYATNYA KIAMAT?
101:4-5 Kiamat ialah hari runtuh alam dunia dimana manusia yang merasa hebat semasa di dunia tiba-tiba terpegun bodoh seperti kelkatu yang beterbangan.
101:6 Selesai keruntuhan alam dunia, manusia dibangkitkan untuk menerima pembalasan.
101:7 Sabda Rasulullah saw, Orang Islam ialah taqwa iaitu lidahnya tidak cakap sesuka hati menyakiti orang lain. Yang bermasalah ialah yang tidak jaga lidahnya semasa di dunia.
101:8-11 Yang bermasalah ini di Neraka Hawiyah dimana menurut Rasulullah saw (Sahih Bukhari Muslim) Api neraka 69 gandaan lebih panas kepanasan dari api dunia.

At-Takathur 102:1-2 Manusia lalai dengan kesibukan MENGEJAR DUNIA sehingga lupa beramal.
102:3-5 Jangan begitu. Jangan sesekali begitu. Sebenarnya yang dikejar itu hanya bayangan.
102:6-7 Sekiranya kamu tahu kewujudan neraka Jahim ini, kamu tidak akan buat dosa.
102:8 Berhati-hati, setiap sen rezeki yang dapat akan dikira.  Apa saja rezeki yang diterima itu gunakan pada jalan agama.

Al-Asr 103:1 Allah BERSUMPAH DEMI MASA atau demi waktu Asar,
103:2 Sesungguhnya kebanyakan manusia dalam kerugian.
103:3 Kecuali yang beriman dan beramal soleh.

Al-Humazah 104:1 Celaka besar bagi yang pandang rendah orang lain, buka aib orang lain dan menjatuhkan orang lain dengan tujuan kepuasan palsu yang memusnahkan dirinya.
104:2 CELAKA BESAR juga bagi yang MENDAHULUKAN KEBENDAAN DARI ISLAM.
104:3 Lebih celaka bila menyangka harta benda dapat memelihara kesihatan, keselamatan dan dipandang mulia oleh masyarakat.
104:4 Binasalah manusia yang dibutakan hati mereka oleh harta dunia.
104:5 Wahai Muhammad, Apakah dia Neraka Hutamah?
104:6-8 Neraka Hutamah mengandungi api yang berlapis rapat antara satu sama lain sehingga membakar hati orang-orang berdosa kerana kejahatan itu berpunca dari hati.
104:9 Penjara Hutamah ini dibina dengan tiang-tiang yang tiada siapa boleh terlepas.

Al-Fil 105:1-2 Ketika SERANGAN ABHRAHAH dan tenteranya ke atas ka'bah, 13 ekor gajah enggan menuju ke ka'bah.
105:3-4 Dalam keadaan kelam-kabut tersebut, Allah menghantar burung-burung kecil dengan setiap ekor membawa 3 batu kecil dari neraka sijil bermula 1 di paruh dan 2 pada kaki kiri dan kanan untuk dilontar kepada tentera Abrahah.
105:5 Jadilah mereka mati bergelimpangan seperti daun dimakan ulat.

Quraisyh 106:1-2 QURAISYH MEKAH BANGSA PILIHAN dalam pemeliharaan Allah.
106:3-4 Kerana kemuliaan ka'bah, bangsa Quraisyh bebas ancaman dan bebas berniaga meraih rezeki. Maka sebab itu, bangsa Quraisyh wajib memeluk Islam menyembah Allah.

Al-Ma'un 107:1-2 Golongan pertama DUSTAKAN AGAMA ialah tidak suka anak yatim.
107:3 Golongan kedua yang dustakan agama dan disumpah kecelakaan ialah kedekut dengan orang miskin. Bukhari Muslim miskin menurut Rasulullah s.a.w ialah tidak cukup keperluan asas kehidupan dan masyarakat tidak mengetahui kemiskinannya.
107:4-5 Golongan ketiga disumpah kecelakaan ialah sengaja lewatkan waktu solat.
107:6-7 Golongan keempat ialah tidak bayar zakat dan tidak menolong orang yang memerlukan bantuan. 

Al-Kautsar 108:1 Allah limpahkan kebaikan dunia akhirat buat umat Islam.
108:2 Syukurilah nikmat Allah dengan solat dan ibadah kurban.
108:3 Menentang para Rasul, kekal neraka.

Al-Kafirun 109:1-3 Katakan pada kafir, aku tidak sembah apa yang kamu sembah dan apa yang aku sembah kamu tidak sembah.
109:4-5 Tidakku beribadah seperti kamu beribadah yang mempunyai unsur syirik dan tidak kamu beribadah seperti aku beribadah iaitu Islam sembah secara terus pada Allah tanpa sebarang perantaraan.
109:6 Kata putus, tidak boleh berkompromi dalam melibatkan agama kerana bagiku agamaku, bagimu agamamu dan Islam langsung tidak sama dengan mana-mana agama lain.
Ciri-ciri kafir: Kebenaran Quran dan Hadis sengaja dipekakkan telinga dan sengaja dipejamkan mata.
Sahih Bukhari Muslim, sabda Nabi s.a.w. Muslim yang memanggil kafir pada muslim lain sebenarnya mengkafirkan dirinya sendiri.

Al-Nasr 110:1 Apabila datang pertolongan Allah maka kemenangan@tafsir: Menurut Rasulullah saw, Apabila tiba satu peringkat umur.
110:2-3 Ramai memeluk Islam, bertasbih bertaubatlah kerana Allah Maha menerima taubat.@Bersungguh-sungguhlah bersyukur dengan beramal soleh dan bertaubat kerana hampirnya kematian.

Al-Lahab/Al-Massad 111:1-2 Binasalah kafir Abu Lahab termasuk binasa segala amal kebaikannya selaku penghasut fitnah pada dakwah Islam.
111:3-5 Nerakalah tempat yang amat dasyat tidak lupa isterinya, juga seorang ahli pemfitnah.

Al-Ikhlas (1/3 Quran) 112:1 Allah itu Maha Esa 
112:2 Hanya Allah tempat kita bergantung kehendak 
112:3 Allah tidak beranak dan diperanakkan 
112:4 Allah tiada satupun menyerupainya.

Al-Falaq 113:1 Aku berlindung dengan Tuhan yang mencipta waktu Subuh. 
113:2 Minta berlindung dari kejahatan makhluk yang Allah cipta.
113:3 Minta berlindung dengan Allah dari kemungkinan tidak baik dalam waktu malam.
113:4 Minta berlindung dengan Allah dari angkara sihir.
113:5 Minta berlindung dari kejahatan orang yang dengki.
(sunnah baca 3Qul pada tapak tangan dan sapu seluruh tubuh yang berjaya dicapai)

An-Nas 114:1 Aku berlindung dengan Allah pencipta manusia
114:2 Rab (Rububiah-Allah pencipta segalanya depan mata manusia) Ilah (Uluhiah-Hanya Allah penentu undang-undang manusia) 
114:3-5 Dari bisikan tanpa henti syaitan Khannaz yang merosakkan pemikiran manusia dan dari
114:6 Iblis dan syaitan bukan sahaja dikalangan jin tetapi dalam bentuk manusia.

ISTIGHFAR & DOA TAWAKAL kunci pertahanan

AnNur 21 Wahai orang beriman, jangan sekali-kali mengikut bisikan syaitan melakukan larangan Allah kerana ia membawa kepada kecelakaan dunia dan akhirat.
Al-Araf 200 Apabila merasa ajakan syaitan untuk derhaka Allah, segera minta berlindung dari Allah.
Al-Fusilat 36 Sekiranya kebaikan yang dilakukan itu menimbulkan keraguan maka beristighfarlah.


















No comments:

Post a Comment