Nota Cinta

Tuesday, November 2, 2010

Ilmu dan Hidayah ibarat bumi terima hujan

Muqaddimah Nurul Ihsan surah Yusof ayat 77-93 ust Shamsuri 02-11-09.
Sahih Muslim dari Abi Musa radiallahu anhu sabda NabiSAW Ilmu dan Hidayah ibarat bumi menerima hujan.
  1. Ada hujan yang airnya turun meresap bumi sehingga subur ditumbuhi tanaman iaitu mereka yang yakin sepenuhnya hari akhirat menimba ilmu dan beramal untuk mencari hidayah Allah.
  2. Ada manusia yang airnya turun bertakung tidak diserap bumi dan air takungan boleh digunakan oleh orang lain. Iaitu mereka yang tidak menggunakan ilmunya untuk beramal tetapi dia pakar memberitahu ilmunya pada orang lain.
  3. Yang tidak bermanfaat ialah bumi yang gersang umpama mereka yang tidak mahu mencari ilmu agama tetapi tidak beramal dan dijauhi hidayah Allah.
Beruntung dan bersyukur kepada mereka yang Allah telah memilih menjadi Islam dan memahami Islam. Barangsiapa siapa Allah memilihnya untuk memahami Islam maka ia adalah anugerah yang tidak ternilai.   


Wednesday, October 27, 2010

1 sujud dalam solat 1 kesalahan diampun Allah

Bahrulmazi jilid 3 syarah Ustaz Shamsuri 27-10-2010. Sabda Nabi kepada sahabat yang mengambil wuduk tidak kena air pada tumitnya."Sunat mengambil wuduk 3 kali kerana dikhuatiri terdapat bahagian yang tidak kena air wuduk, kerana di akhirat nanti ia menandakan umat aku bercahaya disebabkan wuduknya yang rata." bahagian tumit itu Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari ThaubanRA sabda NabiSAW setiap sujud yang merasa kehambaan pada Allah akan diampunkan satu kesalahannya. Hasan lagi Sahih AtTirmizi Abi Hurairah sabda NabiSAW disuruh membunuh binatang yang boleh membawa mudarat seperti ular dan kala jengking yang muncul ketika sedang dalam solat. 

Sedekah ilmu

Muqaddimah Bahrulmazi 27-10-10 ust Shamsuri 
Sunan Imam At Tirmizi Abi DardakRA sabda NabiSAW, "Jadilah golongan mengajar, diajar dan hanya duduk mendengar walaupun tidak faham. Jangan sesekali jadi golongan yang tidak mahu mengajar, tidak mahu diajar dan tidak mahu mendengar." dari Ali Abi Talib "Istimewa orang berilmu dan lebih istimewa apabila menyampaikan ilmu." Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Mudah-mudahan orang yang rajin mendengar Hadis akan beroleh keuntungan dengan diserikan wajahnya di akhirat nanti. Lebih beruntung bukan setakat mendengar malah menyampaikan kepada anak, isteri, keluarga, rakan dan masyarakat supaya jelas dan lebih faham dari mendengar tanpa menyampai. Sabda NabiSAW kepada Ali "Demi Allah sekiranya disebabkan kerana cakap kamu itu, orang yang mendengar kemudian dihidayahkan Allah akan beroleh kekayaan pahala. Ia lebih baik dari kekayaan harta dunia." Sabda NabiSAW "mereka yang suka mencari ilmu dan ilmunya bertambah tetapi tiada hidayah, mereka ini semakin jauh dari Allah."

Tuesday, October 26, 2010

Meniti Titian Sirat

Muqaddimah pengajian kitab Himpunan Hadis-Hadis Sahih Ulama-Ulama Muktabar oleh Imam Abu Isa At Tirmizi susunan dan huraian Syeikh Idris Al-Marbawi melalui kitab bahrulmazi 26-10-10 syarah ustaz Shamsuri. Sahih Muslim Bukhari dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam. Melihat Allah hari akhirat ibarat melihat matahari tanpa lindungan awan waktu siang dan melihat bulan pada malam bulan terang. Di hari akhirat nanti Allah menghimpunkan semua manusia pada satu tempat di padang Mahsyar dan berfirman kepada semua manusia yang pernah hidup di muka bumi. "Sesiapa yang sembah bulan atau kayu atau patung budha atau tokong atau berhala atau matahari atau bulan atau bintang atau anak tuhan atau dewa-dewi atau lain-lain maka pergilah ikut apa yang disembah itu." Sebahagian manusia mengikut apa yang mereka sembah ketika di dunia dan hanya tinggal muslim yang mukmin dan sebahagian muslim yang munafik. Kemudian Allah datang menyerupai sesuatu yang manusia tidak kenal sambil berfirman "Aku Tuhan kamu." jawab mukmin "kami tidak akan mengikutmu kerana kamu bukan Tuhan kami dan kami hanya tunggu Tuhan kami iaitu Allah dan kami mengenali Allah." Kemudian Allah balik dan datang lagi dengan kali ke 2 dengan rupa yang mukmin kenal "Aku Tuhan kamu". Jawab mukmin yang mengenali Allah "Betul kamulah Tuhan kami". Maka hanya mukmin yang meyakini mengenali Allah mengikut Allah. Manusia mengikut tuhan masing-masing yang mereka yakin dan mereka pasti.
Gambar sekadar hiasan "Pengawas manusia yang tidak solat 5 waktu"
Ketika melintasi titian sirat, mulut manusia dikunci kecuali para Nabi. Nabi Muhammad SAW dan umatnya mendahului segala umat terdahulu melintasi titi. sabda Nabi Muhammad SAW ketika itu "Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkanlah umatku itu, Selamatkanlah umatku itu." Sepanjang kiri dan kanan titi, terdapat cakuk besi tajam yang menanti mencakuk manusia. Maka melintas orang-orang beriman seperti sekelip mata, kelajuan kilat, kelajuan angin, kelajuan kuda yang paling laju dan kelajuan kuda biasa. Ada di antara mereka yang melintas itu berjaya sampai tanpa sebarang kecederaan. Ada yang berjaya tetapi luka-luka berdarah dan ada yang tidak berjaya tercampak jatuh bawah ke neraka. Ada juga yang berjaya melepasi tetapi dalam keadaan merangkak selepas luka parah.

Muslim berdosa yang rentung diazab neraka dijurus air kehidupan sehingga berubah keadaan asalnya untuk dimasukkan ke syurga. Tinggal manusia yang mati kafir ketika di dunia dan mereka itu kekal di neraka. Muslim yang berdosa pun berdoa semahu-mahunya supaya memalingkan mukanya dari mengadap neraka kerana apabila melihat, dia tidak tahan bahang kepanasan neraka. Allah berfirman "jika Aku terima doa kamu, adakah kamu ingin meminta apa-apa lagi?" muslim yang telah diazab itu berjanji tidak meminta apa-apa selain dari tidak melihat lagi neraka yang pernah didiaminya sebelum ini. Tidak dapat melihat neraka itu merupakan anugerah paling tinggi sepanjang hayatnya di akhirat kerana amat sengsara apabila melihat neraka Allah. Allah pun memalingkan pandangannya dari neraka dengan membuka pandangan syurga. Terpegun dengan keindahan syurga, muslim itu pun meminta pada Allah untuk dimasukkan ke syurga. Firman Allah murka, "Celakalah kamu manusia kerana berbuat demikian." Di singkatkan cerita, akhirnya Allah memasukkannya ke dalam syurga. Di dalam syurga Allah berfirman "Mintalah apa saja sekarang kerana permintaan yang baik itu akan Ku kabulkan".

Kubur adalah permulaan kehidupan manusia alam akhirat, Akhirat bukan bermula hari kiamat. Allah memberi Nabi Muhammad SAW mengenali muslim yang melintas titian sirat sekiranya ketika di dunia, mereka menyayangi Muhammad SAW. Malaikat yang mengawasi manusia hari akhirat hanya mengenali umat Muhammad SAW melalui tanda menjaga solat wajibnya ketika di dunia. Yang tidak menjaga solat wajib pasti dilayan seperti manusia kafir. Beramal dengan ikhlas kerana Allah dan taatlah pada Allah sepanjang kehidupan di dunia supaya akhirat kekal abadi nanti dapat diringankan azab dan dilepaskan Allah. 




Monday, October 25, 2010

Mengumpat Dosa Besar mesti ditebus taubat disamping memohon ampun orang yang diumpat

Bahrulmazi jilid 11 Ust Shamsuri 25/10/2010 Sifat Takabur hanya milik Allah dan diharamkan bagi manusia. Riwayat Abu Daud dan AtTirmizi dari Aisyah RA sabda NabiSAW "jangan ceritakan kelemahan orang kerana aku sendiri ada kelemahan." Sahih Abu Daud sabda NabiSAW "ketika rombongan bersama Jibril, orang yang mencakar menyeksa diri sendiri di penjara neraka itu terdiri di kalangan manusia yang mengumpat". Dosa mengumpat dan dosa-dosa besar lain hanya boleh diampuni Allah setelah memohon keampunan dari orang yang dibuat dosa besar. Janji Allah seperti jenis balasan azab dan seksaan ke atas dosa yang dibuat itu pasti seperti disebut dalam Al-Quran.

Segalanya Hak Allah dan Allah lebih berhak

Bahrulmazi jilid 11 Ust Shamsuri 25/10/2010 Sahih Al-Muwattaq Imam Malek bin Anaz Rahimahullah dari Al-Kasim bin Muhammad bin Abu Bakar As Siddiq Radiallahu Anhu. Allah lebih berhak mengambil balik hakNya iaitu ahli keluarga yang dipinjamkan ketika kehidupan sementara di dunia. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Setiap nasihat perlu kaedah yang bijaksana. Sabda NabiSAW "Apabila manusia mengingati keadaannya dalam kubur yang berkain kafan tentang persediaan dan nasib yang bakal dilalui, maka kiamat boleh berlaku."


Monday, October 18, 2010

AnNisa 127-130 Anak yatim, suami isteri, Imam Abu Bakar

TN1 18-10-10 us Shamsuri
Abu Bakar As Siddiq ra Sahih AnNasa’e Sahal b Saad ra. Abu Bakar As Siddiq ra dilantik Rasulullah saw menjadi imam sekiranya ketiadaan baginda.
Sahih AnNasa’e Abdillah ra. Para Sahabat Ansar menarik balik cadangan pemilihan khalifah apabila disergah Omar Al-Khattab ra kerana mereka tidak berniat untuk cabar Saidina Abu Bakar As Siddiq ra.
                                                                                
AnNisa 127 Jangan berniat mahukan harta anak yatim. (AnNisa 4: 2&3) Berbaiklah pada anak yatim terutama yang perempuan. QS 4:10 Makan harta anak yatim wajib makan ketulan api neraka di neraka sa’ir sekiranya ada dikalangan mereka yang belum cukup umur walaupun mendapat keizinan. Sabda Nabi saw. Siapa memelihara menyayangi anak yatim seperti anaknya, dia ahli syurga.
4:128 Suami isteri mesti bertolak ansur.
4:129 Jangan berat sebelah dikalangan isteri.

4:130 Jika tiada jalan perdamaian maka bercerai cara baik. 

Wednesday, September 1, 2010

Keluhan Ustaz Shamsuri pada jemaah

Dari petikan kuliah 2010 oleh Ust Shamsuri BahrulMazi bab surah Yasin
Kata ust “Ada seorang Syeikh datang ke rumah saya.
Saya pun tanya, Masalah dengan ugama ka kesihatan ka duit ringgit ka. Kalau masalah sakit. pi klinik la cek. Dia kata sakit dalam. Owh kalau sakit dalam ni. Saya kata. Kalau nak cantik kena jumpa Haron Din. Saya tak pandai saya cakap betul.Jgn bawak botol datang rumah saya. Saya tak tahu buat apa. Dia letak botol air mineral biasa atas meja, dia terus balik. Saya pun biar saja tak buat apa pun. Esok balik kerja keluarga saya kata dia dah ambik botol air tu.Seminggu lepas tu dia datang sambil bagi botol air mineral lain pulak. Dia kata. Alhamdulillah ust.Nampak makbul. Saya pun pening saya tak tau apa langsung. Nak bagitau sini jangan bawak botol air datang rumah saya, sebab saya tak tahu apa langsung. Saya tak tahu makhluk halus ka sederhana besar ka.saya tak tahu. Pasal yang ni Kena pi tanya orang yang tahu. 

Keikhlasan solat jenazah dan akhir kalimah sakaratul maut

Dari petikan kuliah 2010 oleh Ust Shamsuri BahrulMazi bab surah Yasin

Ahli keluarga solat jenazah sudah tentu berbeza dengan orang yang bukan ahli keluarga menunaikan solat jenazah sekadar fardu kifayah. Bayangkan bagaimana kesungguhan seorang anak yang solat jenazah walaupun ada sedikit sayangnya pada jenazah ibubapanya. Ia tetap lebih baik dari sekumpulan ramai yang solat jenazah yang bukan ahli keluarganya. Pastikan dalam ramai-ramai anak kita ada seorang yang boleh mengimamkan solat jenazah kita. 

Begitulah bacaan yasin berbeza dengan mereka yang membaca dengan memahami makna dan yang tidak memahami makna. Berbeza juga dengan betul kesemua tajwid dengan yang tak betul tajwid. Begitulah bezanya Hadis yang ada mengatakan pahala seperti 2 kali ganda khatam Al-Quran dengan 10 kali ganda khatam. Bukan hadis yang tak betul tetapi kita yang tidak faham yang asyik sibuk melagakan hadis.
Orang nazak amat memerlukan ketenangan sebelum mati. Dia tidak mahu ada kekacauan sebelum meninggal dunia. Sabda NabiSAW, sibukkan org yang nazak dgn 1 benda sahaja iaitu kalimah La ila ha illAllah kerana barang siapa yang menyebut kalimah tiada tuhan selain Allah itu, dia ada harapan masuk syurga.

Tuesday, July 20, 2010

Munafik yang guna ayat Al-Quran memperlihatkan kelihatan seolah-olah betul hakikatnya ia memusnahkan Islam

Bahrulmazi jilid 13 syarah Ust Shamsuri 20-7-2010. Sahih Muslim Bukhari dari Ibnu Mas’Ud RA sesiapa mengetahui sesuatu ilmu maka sebarkan. Sesiapa yang tidak tahu katalah Allahu a’lam atau Wallahualam. Orang yang sengaja buat-buat pandai sedangkan dia tidak tahu itu dia sebenarnya tidak berilmu. Sahih Addarimi dari Diad bin HubaiRA kata Omar Al-Khattab. Islam melarang taksub kepada alim ulama yang bercakap pandai sedangkan dia tidak cukup maklumat kerana dikhuatiri silapnya itu akan meruntuhkan Islam. Rosaknya Islam apabila munafik yang pandai berhujah menggunakan ayat Al-Quran seolah-olah kelihatan betul walhal sebenarnya salah. Hadis AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab, diam RasulullahSAW daripada menjawab soalan mempersoalkan abdi diri kepada Allah atau Ubuidiyah Al-Quran Hadis Samiqna Wa’atoqna kerana soalan itu jawapannya pada Allah. 

DIDIKAN ANAK Nak Seribu Daya tak nak Seribu Dalih

Survival taat Allah tidak kira di mana anak soleh berada

Bahrulmazi jilid 13 syarah Ust Shamsuri 20-7-2010. Dari Ihya’ Imam Al-Ghazali Hadis Gharib (kedua sahih untuk panduan boleh diamal sekiranya mahu beramal) dari Jabir bin Samurah sabda NabiSAW. Mengasuh dan mengajar anak dengan perangai yang baik-baik itu lebih besar pahalanya daripada pahala sedekah. Sunat yang dituntut oleh Islam hari ke-7 kelahiran dibuat akikah dan diletakkan nama yang baik. Dibuang dari kotor dengan memandikan dan bercukur. Timbang rambut anak yang dicukur dengan sukatan timbangan emas untuk disedekahkan kepada fakir. Mengajar adab cara bercakap, cara hormat, adab makan kepada kanak-kanak umur 6 tahun. Disuruh jangan meninggalkan solat dan baca Al-Quran ketika umurnya 7 tahun. Dunia hari ini, aib didedahkan dan dicanang dalam facebook, gambar anak-anak yang meningkat remaja berpeluk bertstatus “married” dengan bangganya di khalayak ramai.  Hadis Gharib Imam AtTirmizi dari Ayub bin Musa sabda NabiSAW, limpahan harta tiada gunanya berbanding akhlak anak yang baik dengan mengajar hal agama dan akidah Islam. Benteng agama yang ibubapa bekalkan itu dapat memberi kuasa menilai dan membezakan siapa betul siapa tidak betul.

Extreme ibadah bukan umat Muhammad SAW

Gambar hiasan
Muqaddimah kuliah 7 bahrulmazi jilid 13 syarah Ust Shamsuri 20-7-2010. Sahih AtTirmizi dari Jabir AbdillahRA sabda NabiSAW setelah Allah turun ayat keringanan berbuka puasa dan menggantikan hari lain kepada rombongan muslim  musafir dan uzur dari Madinah ke Mekah.  Derhaka Allah dan Rasul apabila memandang rendah pada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam yang berbuka puasa awal. Padahal tujuan Nabi SAW berbuka puasa awal itu untuk meraikan setengah sahabat yang tidak tahan puasa bukan Ramadhan ketika rombongan musafir tersebut.  Sesiapa extreme beribadah sehingga melebihi aku sampai tidak mahu kahwin dan melalaikan tanggungjawab fardhunya, dia menyalahi sunnahku dan bukan pengikutku. Sahih Muslim dari Abi HurairahRA dan sabda NabiSAW Jangan khususkan Jumaat atau malam Jumaat sebagai hari ibadah sunat atau qiamullail dan sekiranya berpuasa sunat hari Jumaat mestilah disertai Khamis atau Sabtu.”

Wednesday, July 14, 2010

ZIKIR RASULULLAH SAW


Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 syarah ustaz Shamsuri 14-7-10. Sahih Muslim dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW kepada makmum yang tidak mengaku bacaan selepas takbir. "Aku dapat melihat 12 malaikat berebut membawa pahala bacaan satu kalimah  (Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi) kepada Allah." Sahih Muslim dari Ibnu Omar sabda NabiSAW kepada makmum yang mengaku baca selepas takbir Allahu Akbar Kabira, Walhamdulillahi kasira, Wa Subhanallahi bukratan wa asila, Allah buka pintu langit kerana bacaan pendek tidak panjang itu tadi. Sahih Muslim dari Tauban radiallahu anhu sabda Nabi SAW istigfar 3 kali selepas salam solat. Sahih Muslim dari Warrad hamba kepada Mughirah sabda NabiSAW "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir" 
Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW selepas solat bacalah setiap kali selepas solat Subhanallah (Tasbih 33x) Alhamdulillah (Tahmid 33x) Allahuakbar (Takbir 33x) dan penutup "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir" kerana Allah akan mengampunkan dosa walaupun seluas lautan. Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW apabila mati mukmin, dua malaikat menyambut roh yang wangi seharum kasturi dari bumi dan dibawa roh tersebut mengiringi ke langit mengadap Allah untuk ditempatkan di kawasan istimewa. Sekiranya yang mati itu orang degil, kafir dan bermasalah. Roh yang keji dan dihina oleh para malaikat akan dipenjarakan sehingga kiamat.  

Monday, July 12, 2010

Muslim yang bersubahat dengan musuh akan kekal di Neraka

Tafsir Nurul Ihsan 12-07-2010 surah Al Mujadalah 7 Ustaz Shamsuri. Turun ayat kepada Abdullah bin Naufal dan para rakannya yang berpakat menentang Islam. Muslim munafik bersumpah mengaku Islam dihadapan NabiSAW untuk menyelamatkan diri mereka sedangkan mereka berbohong dan memberi maklumat kepada pihak musuh iaitu Yahudi. Bagi mereka seperti ini kekal azab neraka di akhirat. Mereka percaya sepertimana mereka berbohong NabiSAW ketika di dunia, mereka berbohong pula dengan Allah ketika hari akhirat. Padahal syaitan telah melupakan mereka dengan materialistik dunia sehingga lalai dari mengingati Allah. Mereka inilah pengikut syaitan yang rugi dunia akhirat. (Al-Mujadalah 22) Abu Ubaidah Al-Jarrah (10 sahabat dijamin syurga) ditakdirkan Allah terpaksa membunuh bapa kesayangannya sendiri yang berpihak pada musuh Islam ketika di medan perang. Mereka yang taat Allah seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah ini sesungguhnya dikalangan orang-orang yang berjaya dan dijanjikan syurga kekal di dalamnya. Mereka itulah yang berjaya dunia akhirat.

Sehari berpuasa dijauhkan neraka selama 70 tahun

Muqaddimah Ustaz Shamsuri pengajian Nurul Ihsan 12-7-2010. Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW, Sesungguhnya ahli syurga itu kekal muda selamanya, sentiasa berkasih sayang dan sebaya sesama mereka. Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi dari Ibnu Mas'Ud Radiallahu Anhu sabda NabiSAW sambil tertawa. Muslim terakhir masuk syurga selepas diazab dosa munafiknya diberi peluang oleh Allah untuk meminta apa saja kehendaknya. Kata pemuda tersebut Ya Allah, adakah Engkau perli daku setelah aku diazab teruk tidak tertahan di neraka.  Sahih Muslim dari Sahal bin SaadRA, sabda NabiSAW. Terdapat satu pintu syurga bernama ArRayyan hanya bagi mereka yang berpuasa sahaja yang boleh masuk. Sahih Muslim dari Abu Said AlKhudriRA sabda NabiSAW. Mereka yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah jauhkan dari neraka selama 70 tahun. Sahih Muslim, setiap amal baik 10 hingga 700 gandaan pahala dan satu dosa setiap kesalahan.