Ahli keluarga solat jenazah sudah tentu berbeza dengan orang yang bukan ahli
keluarga menunaikan solat jenazah sekadar fardu kifayah. Bayangkan bagaimana
kesungguhan seorang anak yang solat jenazah walaupun ada sedikit sayangnya pada
jenazah ibubapanya. Ia tetap lebih baik dari sekumpulan ramai yang solat
jenazah yang bukan ahli keluarganya. Pastikan dalam ramai-ramai anak kita ada seorang yang boleh mengimamkan solat jenazah kita.
Begitulah bacaan yasin berbeza dengan
mereka yang membaca dengan memahami makna dan yang tidak memahami makna. Berbeza
juga dengan betul kesemua tajwid dengan yang tak betul tajwid. Begitulah
bezanya Hadis yang ada mengatakan pahala seperti 2 kali ganda khatam Al-Quran
dengan 10 kali ganda khatam. Bukan hadis yang tak betul tetapi kita yang tidak
faham yang asyik sibuk melagakan hadis.
Orang nazak amat memerlukan ketenangan sebelum mati. Dia
tidak mahu ada kekacauan sebelum meninggal dunia. Sabda NabiSAW, sibukkan org yang
nazak dgn 1 benda sahaja iaitu kalimah La ila ha illAllah kerana barang siapa yang menyebut kalimah tiada tuhan selain
Allah itu, dia ada harapan masuk syurga.
No comments:
Post a Comment