Muqaddimah pengajian kitab Himpunan Hadis-Hadis Sahih Ulama-Ulama Muktabar oleh Imam Abu Isa At Tirmizi susunan dan huraian Syeikh Idris Al-Marbawi melalui kitab bahrulmazi 26-10-10 syarah ustaz Shamsuri. Sahih Muslim Bukhari dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam. Melihat Allah hari akhirat ibarat melihat matahari tanpa lindungan awan waktu siang dan melihat bulan pada malam bulan terang. Di hari akhirat nanti Allah menghimpunkan semua manusia pada satu tempat di padang Mahsyar dan berfirman kepada semua manusia yang pernah hidup di muka bumi.
"Sesiapa yang sembah bulan atau kayu atau patung budha atau tokong atau berhala atau matahari atau bulan atau bintang atau anak tuhan atau dewa-dewi atau lain-lain maka pergilah ikut apa yang disembah itu." Sebahagian manusia mengikut apa yang mereka sembah ketika di dunia dan hanya tinggal muslim yang mukmin dan sebahagian muslim yang munafik. Kemudian Allah datang menyerupai sesuatu yang manusia tidak kenal sambil berfirman "Aku Tuhan kamu." jawab mukmin "kami tidak akan mengikutmu kerana kamu bukan Tuhan kami dan kami hanya tunggu Tuhan kami iaitu Allah dan kami mengenali Allah." Kemudian Allah balik dan datang lagi dengan kali ke 2 dengan rupa yang mukmin kenal "Aku Tuhan kamu". Jawab mukmin yang mengenali Allah "Betul kamulah Tuhan kami". Maka hanya mukmin yang meyakini mengenali Allah mengikut Allah. Manusia mengikut tuhan masing-masing yang mereka yakin dan mereka pasti.
|
Gambar sekadar hiasan "Pengawas manusia yang tidak solat 5 waktu" |
Ketika melintasi titian sirat, mulut manusia dikunci kecuali para Nabi. Nabi Muhammad SAW dan umatnya mendahului segala umat terdahulu melintasi titi. sabda Nabi Muhammad SAW ketika itu "Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkanlah umatku itu, Selamatkanlah umatku itu." Sepanjang kiri dan kanan titi, terdapat cakuk besi tajam yang menanti mencakuk manusia. Maka melintas orang-orang beriman seperti sekelip mata, kelajuan kilat, kelajuan angin, kelajuan kuda yang paling laju dan kelajuan kuda biasa. Ada di antara mereka yang melintas itu berjaya sampai tanpa sebarang kecederaan. Ada yang berjaya tetapi luka-luka berdarah dan ada yang tidak berjaya tercampak jatuh bawah ke neraka. Ada juga yang berjaya melepasi tetapi dalam keadaan merangkak selepas luka parah.
Muslim berdosa yang rentung diazab neraka dijurus air kehidupan sehingga berubah keadaan asalnya untuk dimasukkan ke syurga. Tinggal manusia yang mati kafir ketika di dunia dan mereka itu kekal di neraka. Muslim yang berdosa pun berdoa semahu-mahunya supaya memalingkan mukanya dari mengadap neraka kerana apabila melihat, dia tidak tahan bahang kepanasan neraka. Allah berfirman "jika Aku terima doa kamu, adakah kamu ingin meminta apa-apa lagi?" muslim yang telah diazab itu berjanji tidak meminta apa-apa selain dari tidak melihat lagi neraka yang pernah didiaminya sebelum ini. Tidak dapat melihat neraka itu merupakan anugerah paling tinggi sepanjang hayatnya di akhirat kerana amat sengsara apabila melihat neraka Allah. Allah pun memalingkan pandangannya dari neraka dengan membuka pandangan syurga. Terpegun dengan keindahan syurga, muslim itu pun meminta pada Allah untuk dimasukkan ke syurga. Firman Allah murka, "Celakalah kamu manusia kerana berbuat demikian." Di singkatkan cerita, akhirnya Allah memasukkannya ke dalam syurga. Di dalam syurga Allah berfirman "Mintalah apa saja sekarang kerana permintaan yang baik itu akan Ku kabulkan".
Kubur adalah permulaan kehidupan manusia alam akhirat, Akhirat bukan bermula hari kiamat. Allah memberi Nabi Muhammad SAW mengenali muslim yang melintas titian sirat sekiranya ketika di dunia, mereka menyayangi Muhammad SAW. Malaikat yang mengawasi manusia hari akhirat hanya mengenali umat Muhammad SAW melalui tanda menjaga solat wajibnya ketika di dunia. Yang tidak menjaga solat wajib pasti dilayan seperti manusia kafir. Beramal dengan ikhlas kerana Allah dan taatlah pada Allah sepanjang kehidupan di dunia supaya akhirat kekal abadi nanti dapat diringankan azab dan dilepaskan Allah.
No comments:
Post a Comment