Nota Cinta

Monday, February 7, 2011

Surah Ibrahim, Ibubapa Rasulullah saw bukan muslim,

3 Jan 2011 WAJAH NABI IBRAHIM IRAS WAJAH RASULULLAH SAW
Sahih AtTirmizi Jabir ra sabda Nabi saw, Nabi Musa as mirip pemuda Yaman bani Syanu'ah, Nabi Isa as mirip Urwah bin Mas'Ud ra, Nabi Ibrahim as mirip wajahku, Malaikat Jibril dalam bentuk manusia mirip Jihyah Al-Kalbi ra pemuda Sham(sebahagian jordan palestin syria).
Sahih Muslim Sabit Al-Bunani (tabi'en) anak murid Anaz b Malek ra, Bapa kenabian Rasulullah saw ialah Nabi Ibrahim as sehingga baginda menamakan anak lelaki baginda dengan nama Ibrahim. Sabda Nabi saw, AIR MATA KESEDIHAN ITU RAHMAT ALLAH TAPI JANGAN MERINTIH TIDAK REDHA TAKDIR ALLAH.
7 Feb2011 BAPA IBRAHIM DAN BAPA RASULULLAH SAW DI NERAKA
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di hari kiamat, Nabi Ibrahim as merayu pada Allah supaya bapanya Azar dilepaskan dari neraka tetapi firman Allah, “bukankah kamu telah berjanji tidak menghinaKu, Aku telah berjanji setiap mati kafir dihumban ke neraka seperti binatang di sebelah kakimu itu” serentak dengan itu muncul anjing kotor hutan di sebelah kaki baginda Ibrahim as, lalu anjing tersebut dicampak ke neraka.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah hanya benarkan aku ziarah kubur ibuku tetapi Allah tidak mengampunkan ibuku.
Sahih Muslim Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Bapaku juga di neraka.  (pendapat) Ulama-ulama tidak berupaya dan tidak sanggup mengupas isu ini dan menyerahkan pada Allah. 
7 Mac 2011 
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, isteri Nabi Ibrahim as yang bernama Sarah telah berdoa berserah pada Allah apabila ingin dinodai raja zalim. Raja zalim tersebut menjadi lumpuh serta merta sehingga tidak mampu menyentuh Sarah lalu mengembalikan pada Ibrahim as beserta hadiah seorang hamba bernama Hajar.
2 Mei 2011 HASBIALLAH WALNIQMAL WAKIL / cukup Allah bagiku
Sahih Imam Malek Al-Muwattaq Said Al-Musayyap ra sabda Nabi saw. Nabi Ibrahim as manusia pertama memuliakan tetamu, manusia pertama berkhatan, manusia pertama potong misai, manusia pertama rambut beruban sebagai tanda kematangan, kehebatan dan berwibawa.
Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, kalimah akhir Nabi Ibrahim apabila dilemparkan ke dalam api, “hasbiAllah walniqmal waqil, cukup Allah bagiku sebagai pelindung.”
Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, patung tidak dibenarkan di dalam rumah.
4 Julai 2011 REKOD AMALAN
Sahih Imam Ahmad dari A’isyah r ha, antara amalan doa lepas solat Nabi saw ialah hisab amalan dengan mudah ialah Allah mengampunkan setelah rekod amalan diteliti ketika di padang mahsyar. Tetapi apabila rekod diteliti terperinci maka binasa kita.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Titisan darah syahid itu pengampunan Allah seluruh dosa dan mati syahid itu dijauhi azab kubur, disegerakan ke syurga, aman dari ketakutan mahsyar , dipakaikan mahkota syurga, diberikan 72 bidadari dan boleh membebaskan 70 ahli keluarga muslim dari neraka.
Ketika jenazah ditanam di kubur, doa Nabi saw “Bizmillah wafisabilillah wa’ala millati rasulillah.”

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 tafsir surah Ibrahim Ms277, 279, 281, 283 syarah ustaz Shamsuri

Ibrahim 14:1 Quran diturunkan pada Nabi Muhammad saw sebagai cahaya petunjuk umat manusia agar kembali pada jalan Allah.
2 Ingkar Quran bermakna derhaka Allah.
3 Kesesatan ialah mengutamakan dunia melebihi akhirat, menghalang kerja dakwah dan terpesong dari jalan Allah dalam Quran dan Hadis kekasihNya.
4 Diutus Rasul bagi yang mereka yang berusaha mencari hidayah.
5 Musa itu pesuruh Allah@Rasul pembawa 9 mukjizat diutus melepaskan kaumnya Bani Israel dari cengkaman Fir'Aun.
6 Musa mengingatkan kembali nikmat pelepasan dari kezaliman Fir'Aun yang menyembelih anak lelaki mereka.
7 Sekiranya bersyukur maka Allah tambahkan nikmat dan sekiranya kufur, maka azab Allah amat pedih. 
8 Sekiranya manusia satu dunia kufur nikmat denganKu sikitpun tidak jejaskanKu malah yang jejas ialah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
Yang boleh mengungkit kebaikan ini hanya Allah, para Rasul dan ibubapa.
10 Masih ingatkah peristiwa kaum Nabi Nuh as, Ad as dan kaum Samud itu?
11-12 Seruan para Nabi, "Adakah kamu tidak yakin dengan ajal kematian kamu itu ditentukan Allah? Mereka jawab "kamu pun macam kami juga manusia biasa, tiada siapa boleh halang kami buat apa yang kami suka."
13-15. Nabi Muhammad saw diberi kata dua samada dihalau atau kembali sembah tokong.  Firman Allah, “Setiap para nabi sememangnya dihalau tetapi kembali menakluki tempat dimana mereka dihalau kerana tempat minta tolong para nabi ialah Allah.”
16-17) Yang ingkar akan diseksa keras tetapi tidak akan mati dan sekiranya cuba melarikan diri, mereka tidak akan terlepas malah dihumban kembali dengan dasyatnya.  
18) Kafir sekiranya beramal baik sepenuh gunung sekalipun tetap langsung tiada pahala.  
19-20) Setiap diciptakan ada kegunaan. Gunung-ganang memaku bumi, sekiranya ditarah maka runtuh dan berlaku bencana. Sekiranya Allah mahu, dengan mudah semua kehidupan dimusnahkan dan diganti dengan yang baru.
21-22) Bakal penghuni neraka saling menyalahkan antara satu sama lain kerana disebabkan kesesatan sendiri. Syaitan berkata , jangan salahkan aku, aku ajak kenapa kamu ikut. Sekiranya nak marah, marahkan diri sendiri.
23) Penghuni syurga kekal saling mengucapkan sesama mereka dengan sebutan “salam”.
24) Kalimah “La ila ha ill Allah” tetap dalam hati mukmin dengan amalan naik ke langit. Segala amalan mukmin zikir, tasbih, taubat dan kebaikan naik ke langit.
25-27) Kerana kalimah itu, beza muslim dan kafir umpama beza syurga dan neraka. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Malaikat alam kubur mendatangi jenazah dengan pakaian hitam kebiru-biruan yang dipanggil Munkar dan Nakir, kemudian dijelmakan wajah Rasulullah saw. Malaikat akan berkata, “kami telah tahu jawapan kamu bergantung kehidupan kamu di dunia sementara.” Tujuan kedatangan adalah sebagai turutan prosedur. Kubur samada diterangi cahaya dengan dilebarkan 72 hasta atau dihimpit bumi berselisih tulang rusuk sehingga kiamat besar. Akhir seru malaikat pada yang beriman,”tidur sepertimana pengantin tidur, masa untuk memberitahu ahli keluarga saudara mara itu telah tamat.”
28-30) Yang kafir atau kufur nikmat dengan percaya selain Allah disimpangkan dari jalan Allah dengan keseronokan sementara dan tempat kekal mereka di neraka.
31) Yang beriman jangan tinggal solat, sentiasa derma dan berzakat dari rezeki yang Kami beri untuk pelaburan akhirat kerana di akhirat tiada ruang untuk beramal.
32) Allah adalah Tuhan pencipta seluruh makhluk  termasuk 7 lapis langit dan bumi anugerahkan rezeki tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan segala tanaman disamping dibolehkan manusia berfikir membuat kenderaan lalu Allah menundukkan kenderaan supaya mengikut kehendak manusia dan tidak membantah ketika dipandu.
33) Allah adalah Tuhan pencipta matahari dan bulan supaya kedua-dua makhluk tersebut patuh dan tunduk arahan Allah untuk dinikmati manusia.
34) Manusia tidak mampu bilang kuantiti nikmat tidak terbatas yang Allah berikan tersebut.
35-36) Nabi Ibrahim as berdoa meminta keamanan pada Mekah dan dijauhkan keturunannya dari kesesatan penyembahan selain Allah.
37) Allah menjadikkannya tanah haram yang baraqah sebagai negeri yang aman makmur seperti yang diminta Ibrahim as.  
38) Demi menjaga hati isteri pertama, Allah memerintahkan Ibrahim bawa Hajar dan Ismail ke Mekah.
39) Nabi Ibrahim as berulangkali doa supaya dirinya termasuk keturunannya kekal jaga solat 5 waktu sehingga habis umur. Baginda juga berdoa agar sesama muslim saling menyayangi.
40) Nabi Ibrahim bersyukur akhirnya ketika usia baginda 99, dikurniakan anak, “Allah dengar doaku.”
41) Ya Allah, ampunkan dosaku, kedua ibubapaku dan orang-orang beriman terutama di hari pembalasan. 
42) Jangan sesekali mengatakan Allah lalai dari mengambil tindakan pada orang jahat kerana tindakan Allah bermula apabila maut menjemput mereka di hari kematian yang pasti.
43-44) Bukankah dahulu kamu tidak percaya kebangkitan mahsyar dan azab neraka. Bukankah dahulu kamu bersama mereka yang tidak percaya pada agama.
45) Sedangkan kamu tahu apa yang telah berlaku pada yang mati sebelum ini.Demikianlah kami beri perumpamaan, ambil pengajaran dan baiki mana-mana kesilapan.
46) Sekiranya Allah masuk campur, apa saja pakatan jahat tidak akan jejaskan NabiNya, siapa tentang akan makan diri kerana jaminan kemenangan dari Allah itu tiada siapa boleh halang.
47) Jangan sangka Allah lupa janjiNya, sesungguhnya balasan Allah itu pasti.
48) Sahih Bukhari Muslim Mahsyar adalah bumi kosong lapang tiada pokok, gunung dan laut.
Sabda Nabi saw, cariku di titian sirat dan telagaku.   
49-51) Bangkit di mahsyar untuk dikira amalan. Orang kafir bangun dalam keadaan rantaian besi bersama syaitan dengan lumuran penuh minyak di tubuh bersedia untuk dibakar.  
52) Quran ini penjelasan lengkap dan huraiannya perlu kepada hadis kekasihKu agar diambil pengajaran bagi yang berakal -Allah

Tuesday, February 1, 2011

Sesungguhnya Allah bersama kita & Kelajuan dajal

1-2-2011 Musnad Imam Ahmad, Abu Bakar As Siddieq ra menyarankan seperti sabda Nabi saw, jenazah para nabi dikebumikan dimana tempat mereka wafat.

Tawakkal Rasulullah saw. Sabda Nabi saw pada Abu Bakar yang sedih cemas apabila Suraqah hampir bunuh mereka, “sesungguhnya Allah bersama kita.” jawab Abu Bakar, “saya mati tidak apa, tapi tuan..?”, Nabi saw berdoa, “ya Allah, kami serahkan padaMu,” Tiba-tiba tanah menelan kaki kuda musuh sehingga musuh merayu minta dilepaskan. Ringkasan hadis Tafsiran AtTaubah ayat 40

Bahrulmazi jilid 15 ms 192, syarah Ustaz Shamsuri.

Sahih AtTirmizi, Dajal merantau setiap pelusuk daerah negeri dengan berkelajuan angin sambil menyeru manusia mengakui dirinya Tuhan. Segala harta benda, tanaman, ternakan dan wang ringgit turut dibawa pergi dajal sehingga masyarakat yang menolaknya menderita kemiskinan serta kelaparan. Yang mengikut dajal akan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Dajal tidak dapat masuk ke Madinah kerana dikawal rapi oleh mala'ikat. Seorang pemuda soleh menampilkan diri menidakkan dajal sebagai Tuhan akhirnya dibunuh dengan tubuhnya dibelah dua. Setelah dibunuh, dajal menghidupkan kembali pemuda tersebut. Pemuda yang dihidupkan kembali itu ketawa sambil memperingati mereka yang melihat, siapa yang terpedaya dengan dajal ini maka tempatnya neraka.      

Wednesday, January 26, 2011

"Setelah aku wafat nanti maka ikutilah para Khulafa ArRashidin" RasulullahSAW

kuliah Bahrulmazi 3 dalil doa qunut 26/1/2011 Sahih Muslim Abu HurairahRA sabda NabiSAW ketika Allah menunjukkan padaku keindahan syurga, aku terdengar tapak kasut Bilal bin RabbahRA di depanku lalu aku bertanya pada Bilal apa amalannya sehingga begitu besar pahala tersebut. Jawab Bilal tiada apa yang dibuat kecuali solat-solat sunat dan wuduk yang cukup sempurna yang disuruh Allah.  

Qunut bukan sentiasa dibaca zaman NabiSAW. Hadis Hassan Lagi Sahih  AtTarmizi dari AnAbi Malek AlAshja'e' dari bapanya sahabat NabiSAW yang pernah solat yang diimamkan oleh NabiSAW dan para khulafa arRashidin: Sabda NabiSAW ketika setelah aku wafat nanti maka ikutilah para Khulafa ArRashidin yang telah mendapat hidayah Allah. 

Amin Malaikat (Aa 2 harkat meen 2/4/6 harkat)


kuliah Bahrulmazi 3 dalil doa qunut 26/1/2011
Dari Ulamak Mujtahid Suffian AsSauri sesiapa memilih baca qunut itu bagus dan tak baca qunut pun itu juga bagus tapi aku memilih untuk tidak baca. BACA TAK SALAH TAK BACA PUN TAK SALAH YANG BERSALAH IALAH YANG BERTENGKAR MEWUJUDKAN PERBALAHAN.

Dari Sahih Bukhari, Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Sahih Muslim dan sebagainya. Dari Anaz bin MalekRA. Sejarah Qunut dibaca NabiSAW bagi membinasakan kaum bani Sulain, suku Re'il dan puak Zakuan apabila 70 Sahabat Hafiz yang dihantar NabiSAW berdakwah telah dibunuh mereka.

Dari Musnad Imam Ahmad, ketika qunut atau Al-Fatehah yang dibaca NabiSAW, amin makmum yang menepati amin malaikat  aa 2 harkat meen 2/4/6 harkat akan diampunkan dosanya yang terdahulu oleh Allah. 

Monday, January 17, 2011

Bersatu atas nama Al-Quran dan Sunnah bukan atas parti atau ideologi

Muqaddimah kuliah tafsir Nurul Ihsan Ust Shamsuri ayat 131 17/1/2011
Musnad Imam Ahmad bin Hambal dari AutsarRA khutbah Saidina AbuBakarRA AsSiddiq sabda NabiSAW Tidak ada satu pun yang lebih penting di dunia ini pada orang Islam kecuali Keampunan Allah. Siapa yang JUJUR dan BENAR kedua-dua ini SYURGA. Di dunia ini Jangan Bohong dan Dusta kerana itu JAHAT. JANGAN sampai berlaku berdengki, bermusuh dan putus silaturahim sesama Islam. Sepertimana perintah AllahSWT maka turutilah ia. 

Musnad Imam Ahmad dari Muaz bin Rifaah dari bapanya khutbah AbuBakarRA di atas MIMBAR 3 ANAK TANGGA Mimbar RasulullahSAW Sabda NabiSAW Mintalah keampunan, keselamatan, keteguhan dan keyakinan hati pada Allah, Muhammad dan Islam maka selamat kamu dunia akhirat. 

Apabila amaran khutbah AbuBakarRA tidak dihiraukan umat Islam masa kini, orang bukan Islam terang-terang berani kritik Azan berkumandang di masjid kerana sesama orang Islam sekarang bertengkar sesama sendiri. Ini menunjukkan bukti tiada kekuatan, kemuliaan dan kehormatan Islam. Bersatu atas Islam ialah Al-Quran dan Hadis BUKAN bersatu atas parti atau ideologi kerana parti ada betul ada tak betul. Parti apa sekalipun atas jalan Islam tetapi sekarang orang Islam tidak ada sikap itu malah ada satu perangai mencari gaduh sesama Islam. 


Tuesday, January 11, 2011

Imam-Imam Ulung Hadis

Para ulama itu pewaris Nabi
kuliah ust shamsuri Bahrulmazi bab 19 sunat berdoa orang bersin 11-1-11
Kitab Bahrulmazi merupakan himpunan hadis At-Tirmizi.
4 Imam Ulung terdiri dari Imam Mazhab seperti Hanafi, Malek, Syafie, Ahmad bin Hambal. 6 Imam Hadis Sahih seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, AnNasa’e’ , AtTirmizi dan IbnuMajah timbul pada zaman Imam Ahmad bin Hambal
Dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW menguap itu dibenci Allah maka hendaklah menutup mulut kerana ia tawa dan mainan syaitan  
Selera masing-masing terpulang kepada ustaz yang diikuti yang penting jangan taksub dengan guru.
Islam mewajibkan menjaga maruah orang lain dan melarang menjatuhkan maruah orang lain. Sabda NabiSAW "Tanya diri sendiri apa yang orang suka buat pada kamu buatlah begitu pada orang lain."

Tuesday, January 4, 2011

RasulullahSAW "Yang aku takut bukan dajjal tetapi nasib kepimpinan umatku kelak"

WAJAH NABI MUSA, NABI ISA, NABI IBRAHIM dan JIBRAIL AS

Kuliah bahrulmazi 15, Ust Shamsuri bab Harta Ikut Dajjal 4/1/11 Dari Sahih Muslim Sabda NabiSAW Sekiranya dajjal datang, Allah akan menjaga kamu dengan syarat jaga imanmu. Aku tidak takut masalah kedatangan dajjal itu yang aku takut ialah aku takut umatku mengikuti pemimpin-pemimpin yang sesat dan rosak akhlaknya seperti kaki perempuan, kaki rasuah, mencabar agama kerana mereka ini berkuasa dan boleh merosakkan kamu semua.

Sabda RasulullahSAW, Hadis Sahih dari JabirRA rupa Dajjal itu seperti Abdul Uzha bin Qatar.

diperlihatkan aku para Nabi, Nabi Musa merupakan seorang lelaki yang bersifat kelakian yang tampan dan gagah. Nabi Allah Isa AS merupakan mirip kepada Urwah bin Mas'udRA wakil dari Quraisyh semasa perjanjian Hudaibiyah ketika sehingga masuk Islam. wajah Nabi Ibrahim AS adalah mirip wajahku. Malaikat Jibrail setiap kali rupanya ketika manusia apabila berjumpaku ialah seperti JihyahRA


Ketinggian disiplin Nilai Hadis, jangan sesekali pertikai Hadis Sahih, kerana Allah sentiasa memelihara Hadis kekasihNya RasulullahSAW

Kuliah Ust Shamsuri Muqaddimah Kitab BahrulMazi 15 Harta Ikut Dajal 4-1-2011





Hadis Sahih Abu Daud, Dari Madinah ke Damsyik, Kasir bin KaisRA menaiki unta semata-mata merujuk AbuDardakRA untuk kesahihan hadis.
Menurut Abu Dardak memang benar hadis itu, dari telinga aku sendiri sabda NabiSAW Barang siapa cari jalan mencari ilmu, Allah memudahkan Jalan Ke Syurga. Sesiapa berikan masa untuk ilmu, segala makhluk langit dan bumi sentiasa memohon keampunan Allah pada penuntut ilmu agama.
Sabda NabiSAW Orang yang berilmu lebih baik dari ilmu sedikit ibadat banyak. Para sahabatku itu alim ulama mengambil ilmu terus dariku, kemudian pembawa risalah seterusnya dan seterusnya  ini adalah pewarisku.
Hadis sahih Abu Daud dari AbuSaid Al-QudriRA, Sabda NabiSAW orang miskin yang beramal soleh akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari orang kaya yang soleh. 

Tuesday, November 2, 2010

Ilmu dan Hidayah ibarat bumi terima hujan

Muqaddimah Nurul Ihsan surah Yusof ayat 77-93 ust Shamsuri 02-11-09.
Sahih Muslim dari Abi Musa radiallahu anhu sabda NabiSAW Ilmu dan Hidayah ibarat bumi menerima hujan.
  1. Ada hujan yang airnya turun meresap bumi sehingga subur ditumbuhi tanaman iaitu mereka yang yakin sepenuhnya hari akhirat menimba ilmu dan beramal untuk mencari hidayah Allah.
  2. Ada manusia yang airnya turun bertakung tidak diserap bumi dan air takungan boleh digunakan oleh orang lain. Iaitu mereka yang tidak menggunakan ilmunya untuk beramal tetapi dia pakar memberitahu ilmunya pada orang lain.
  3. Yang tidak bermanfaat ialah bumi yang gersang umpama mereka yang tidak mahu mencari ilmu agama tetapi tidak beramal dan dijauhi hidayah Allah.
Beruntung dan bersyukur kepada mereka yang Allah telah memilih menjadi Islam dan memahami Islam. Barangsiapa siapa Allah memilihnya untuk memahami Islam maka ia adalah anugerah yang tidak ternilai.   


Wednesday, October 27, 2010

1 sujud dalam solat 1 kesalahan diampun Allah

Bahrulmazi jilid 3 syarah Ustaz Shamsuri 27-10-2010. Sabda Nabi kepada sahabat yang mengambil wuduk tidak kena air pada tumitnya."Sunat mengambil wuduk 3 kali kerana dikhuatiri terdapat bahagian yang tidak kena air wuduk, kerana di akhirat nanti ia menandakan umat aku bercahaya disebabkan wuduknya yang rata." bahagian tumit itu Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari ThaubanRA sabda NabiSAW setiap sujud yang merasa kehambaan pada Allah akan diampunkan satu kesalahannya. Hasan lagi Sahih AtTirmizi Abi Hurairah sabda NabiSAW disuruh membunuh binatang yang boleh membawa mudarat seperti ular dan kala jengking yang muncul ketika sedang dalam solat. 

Sedekah ilmu

Muqaddimah Bahrulmazi 27-10-10 ust Shamsuri 
Sunan Imam At Tirmizi Abi DardakRA sabda NabiSAW, "Jadilah golongan mengajar, diajar dan hanya duduk mendengar walaupun tidak faham. Jangan sesekali jadi golongan yang tidak mahu mengajar, tidak mahu diajar dan tidak mahu mendengar." dari Ali Abi Talib "Istimewa orang berilmu dan lebih istimewa apabila menyampaikan ilmu." Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Mudah-mudahan orang yang rajin mendengar Hadis akan beroleh keuntungan dengan diserikan wajahnya di akhirat nanti. Lebih beruntung bukan setakat mendengar malah menyampaikan kepada anak, isteri, keluarga, rakan dan masyarakat supaya jelas dan lebih faham dari mendengar tanpa menyampai. Sabda NabiSAW kepada Ali "Demi Allah sekiranya disebabkan kerana cakap kamu itu, orang yang mendengar kemudian dihidayahkan Allah akan beroleh kekayaan pahala. Ia lebih baik dari kekayaan harta dunia." Sabda NabiSAW "mereka yang suka mencari ilmu dan ilmunya bertambah tetapi tiada hidayah, mereka ini semakin jauh dari Allah."

Tuesday, October 26, 2010

Meniti Titian Sirat

Muqaddimah pengajian kitab Himpunan Hadis-Hadis Sahih Ulama-Ulama Muktabar oleh Imam Abu Isa At Tirmizi susunan dan huraian Syeikh Idris Al-Marbawi melalui kitab bahrulmazi 26-10-10 syarah ustaz Shamsuri. Sahih Muslim Bukhari dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam. Melihat Allah hari akhirat ibarat melihat matahari tanpa lindungan awan waktu siang dan melihat bulan pada malam bulan terang. Di hari akhirat nanti Allah menghimpunkan semua manusia pada satu tempat di padang Mahsyar dan berfirman kepada semua manusia yang pernah hidup di muka bumi. "Sesiapa yang sembah bulan atau kayu atau patung budha atau tokong atau berhala atau matahari atau bulan atau bintang atau anak tuhan atau dewa-dewi atau lain-lain maka pergilah ikut apa yang disembah itu." Sebahagian manusia mengikut apa yang mereka sembah ketika di dunia dan hanya tinggal muslim yang mukmin dan sebahagian muslim yang munafik. Kemudian Allah datang menyerupai sesuatu yang manusia tidak kenal sambil berfirman "Aku Tuhan kamu." jawab mukmin "kami tidak akan mengikutmu kerana kamu bukan Tuhan kami dan kami hanya tunggu Tuhan kami iaitu Allah dan kami mengenali Allah." Kemudian Allah balik dan datang lagi dengan kali ke 2 dengan rupa yang mukmin kenal "Aku Tuhan kamu". Jawab mukmin yang mengenali Allah "Betul kamulah Tuhan kami". Maka hanya mukmin yang meyakini mengenali Allah mengikut Allah. Manusia mengikut tuhan masing-masing yang mereka yakin dan mereka pasti.
Gambar sekadar hiasan "Pengawas manusia yang tidak solat 5 waktu"
Ketika melintasi titian sirat, mulut manusia dikunci kecuali para Nabi. Nabi Muhammad SAW dan umatnya mendahului segala umat terdahulu melintasi titi. sabda Nabi Muhammad SAW ketika itu "Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkanlah umatku itu, Selamatkanlah umatku itu." Sepanjang kiri dan kanan titi, terdapat cakuk besi tajam yang menanti mencakuk manusia. Maka melintas orang-orang beriman seperti sekelip mata, kelajuan kilat, kelajuan angin, kelajuan kuda yang paling laju dan kelajuan kuda biasa. Ada di antara mereka yang melintas itu berjaya sampai tanpa sebarang kecederaan. Ada yang berjaya tetapi luka-luka berdarah dan ada yang tidak berjaya tercampak jatuh bawah ke neraka. Ada juga yang berjaya melepasi tetapi dalam keadaan merangkak selepas luka parah.

Muslim berdosa yang rentung diazab neraka dijurus air kehidupan sehingga berubah keadaan asalnya untuk dimasukkan ke syurga. Tinggal manusia yang mati kafir ketika di dunia dan mereka itu kekal di neraka. Muslim yang berdosa pun berdoa semahu-mahunya supaya memalingkan mukanya dari mengadap neraka kerana apabila melihat, dia tidak tahan bahang kepanasan neraka. Allah berfirman "jika Aku terima doa kamu, adakah kamu ingin meminta apa-apa lagi?" muslim yang telah diazab itu berjanji tidak meminta apa-apa selain dari tidak melihat lagi neraka yang pernah didiaminya sebelum ini. Tidak dapat melihat neraka itu merupakan anugerah paling tinggi sepanjang hayatnya di akhirat kerana amat sengsara apabila melihat neraka Allah. Allah pun memalingkan pandangannya dari neraka dengan membuka pandangan syurga. Terpegun dengan keindahan syurga, muslim itu pun meminta pada Allah untuk dimasukkan ke syurga. Firman Allah murka, "Celakalah kamu manusia kerana berbuat demikian." Di singkatkan cerita, akhirnya Allah memasukkannya ke dalam syurga. Di dalam syurga Allah berfirman "Mintalah apa saja sekarang kerana permintaan yang baik itu akan Ku kabulkan".

Kubur adalah permulaan kehidupan manusia alam akhirat, Akhirat bukan bermula hari kiamat. Allah memberi Nabi Muhammad SAW mengenali muslim yang melintas titian sirat sekiranya ketika di dunia, mereka menyayangi Muhammad SAW. Malaikat yang mengawasi manusia hari akhirat hanya mengenali umat Muhammad SAW melalui tanda menjaga solat wajibnya ketika di dunia. Yang tidak menjaga solat wajib pasti dilayan seperti manusia kafir. Beramal dengan ikhlas kerana Allah dan taatlah pada Allah sepanjang kehidupan di dunia supaya akhirat kekal abadi nanti dapat diringankan azab dan dilepaskan Allah. 




Monday, October 25, 2010

Mengumpat Dosa Besar mesti ditebus taubat disamping memohon ampun orang yang diumpat

Bahrulmazi jilid 11 Ust Shamsuri 25/10/2010 Sifat Takabur hanya milik Allah dan diharamkan bagi manusia. Riwayat Abu Daud dan AtTirmizi dari Aisyah RA sabda NabiSAW "jangan ceritakan kelemahan orang kerana aku sendiri ada kelemahan." Sahih Abu Daud sabda NabiSAW "ketika rombongan bersama Jibril, orang yang mencakar menyeksa diri sendiri di penjara neraka itu terdiri di kalangan manusia yang mengumpat". Dosa mengumpat dan dosa-dosa besar lain hanya boleh diampuni Allah setelah memohon keampunan dari orang yang dibuat dosa besar. Janji Allah seperti jenis balasan azab dan seksaan ke atas dosa yang dibuat itu pasti seperti disebut dalam Al-Quran.

Segalanya Hak Allah dan Allah lebih berhak

Bahrulmazi jilid 11 Ust Shamsuri 25/10/2010 Sahih Al-Muwattaq Imam Malek bin Anaz Rahimahullah dari Al-Kasim bin Muhammad bin Abu Bakar As Siddiq Radiallahu Anhu. Allah lebih berhak mengambil balik hakNya iaitu ahli keluarga yang dipinjamkan ketika kehidupan sementara di dunia. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Setiap nasihat perlu kaedah yang bijaksana. Sabda NabiSAW "Apabila manusia mengingati keadaannya dalam kubur yang berkain kafan tentang persediaan dan nasib yang bakal dilalui, maka kiamat boleh berlaku."


Monday, October 18, 2010

AnNisa 127-130 Anak yatim, suami isteri, Imam Abu Bakar

TN1 18-10-10 us Shamsuri
Abu Bakar As Siddiq ra Sahih AnNasa’e Sahal b Saad ra. Abu Bakar As Siddiq ra dilantik Rasulullah saw menjadi imam sekiranya ketiadaan baginda.
Sahih AnNasa’e Abdillah ra. Para Sahabat Ansar menarik balik cadangan pemilihan khalifah apabila disergah Omar Al-Khattab ra kerana mereka tidak berniat untuk cabar Saidina Abu Bakar As Siddiq ra.
                                                                                
AnNisa 127 Jangan berniat mahukan harta anak yatim. (AnNisa 4: 2&3) Berbaiklah pada anak yatim terutama yang perempuan. QS 4:10 Makan harta anak yatim wajib makan ketulan api neraka di neraka sa’ir sekiranya ada dikalangan mereka yang belum cukup umur walaupun mendapat keizinan. Sabda Nabi saw. Siapa memelihara menyayangi anak yatim seperti anaknya, dia ahli syurga.
4:128 Suami isteri mesti bertolak ansur.
4:129 Jangan berat sebelah dikalangan isteri.

4:130 Jika tiada jalan perdamaian maka bercerai cara baik.