1-2-2011 Musnad Imam Ahmad, Abu Bakar As Siddieq ra
menyarankan seperti sabda Nabi saw, jenazah para nabi dikebumikan dimana tempat
mereka wafat.
Tawakkal Rasulullah saw. Sabda Nabi saw pada Abu
Bakar yang sedih cemas apabila Suraqah hampir bunuh mereka, “sesungguhnya Allah
bersama kita.” jawab Abu Bakar, “saya mati tidak apa, tapi tuan..?”, Nabi saw
berdoa, “ya Allah, kami serahkan padaMu,” Tiba-tiba tanah menelan kaki kuda
musuh sehingga musuh merayu minta dilepaskan. Ringkasan hadis Tafsiran AtTaubah ayat 40
Bahrulmazi jilid 15
ms 192, syarah Ustaz Shamsuri.
Sahih AtTirmizi,
Dajal merantau setiap pelusuk daerah negeri dengan berkelajuan angin sambil
menyeru manusia mengakui dirinya Tuhan. Segala harta benda, tanaman, ternakan dan
wang ringgit turut dibawa pergi dajal sehingga masyarakat yang menolaknya menderita
kemiskinan serta kelaparan. Yang mengikut dajal akan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Dajal tidak dapat masuk ke Madinah kerana dikawal rapi oleh mala'ikat. Seorang pemuda soleh menampilkan diri menidakkan dajal sebagai Tuhan akhirnya dibunuh dengan tubuhnya dibelah dua. Setelah dibunuh, dajal menghidupkan kembali pemuda tersebut. Pemuda yang dihidupkan kembali itu ketawa sambil memperingati mereka yang melihat, siapa yang terpedaya dengan dajal ini maka tempatnya neraka.
No comments:
Post a Comment