3 Jan 2011 WAJAH NABI IBRAHIM IRAS WAJAH RASULULLAH SAW
Sahih AtTirmizi Jabir ra sabda Nabi saw, Nabi Musa as mirip pemuda Yaman bani Syanu'ah, Nabi Isa as mirip Urwah bin Mas'Ud ra, Nabi Ibrahim as mirip wajahku, Malaikat Jibril dalam bentuk manusia mirip Jihyah Al-Kalbi ra pemuda Sham(sebahagian jordan palestin syria).
Sahih Muslim Sabit Al-Bunani (tabi'en) anak murid Anaz b Malek ra, Bapa kenabian Rasulullah saw ialah Nabi Ibrahim as sehingga baginda menamakan anak lelaki baginda dengan nama Ibrahim. Sabda Nabi saw, AIR MATA KESEDIHAN ITU RAHMAT ALLAH TAPI JANGAN MERINTIH TIDAK REDHA TAKDIR ALLAH.
7 Feb2011 BAPA IBRAHIM DAN BAPA RASULULLAH SAW DI NERAKA

Sahih Bukhari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Di hari kiamat, Nabi Ibrahim as merayu pada Allah
supaya bapanya Azar dilepaskan dari neraka tetapi firman Allah, “bukankah kamu
telah berjanji tidak menghinaKu, Aku telah berjanji setiap mati kafir dihumban
ke neraka seperti binatang di sebelah kakimu itu” serentak dengan itu muncul
anjing kotor hutan di sebelah kaki baginda Ibrahim as, lalu anjing tersebut
dicampak ke neraka.
Sahih Muslim Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah hanya benarkan aku ziarah kubur ibuku tetapi
Allah tidak mengampunkan ibuku.
Sahih Muslim Anaz
b Malek ra sabda Nabi saw. Bapaku juga di neraka. (pendapat) Ulama-ulama tidak berupaya dan tidak
sanggup mengupas isu ini dan menyerahkan pada Allah.
7 Mac 2011
Sahih Bukhari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw, isteri Nabi Ibrahim as yang bernama Sarah telah
berdoa berserah pada Allah apabila ingin dinodai raja zalim. Raja zalim
tersebut menjadi lumpuh serta merta sehingga tidak mampu menyentuh Sarah lalu
mengembalikan pada Ibrahim as beserta hadiah seorang hamba bernama Hajar.
2 Mei 2011 HASBIALLAH WALNIQMAL WAKIL / cukup Allah bagiku
Sahih Imam Malek
Al-Muwattaq Said Al-Musayyap ra sabda Nabi saw. Nabi Ibrahim as manusia
pertama memuliakan tetamu, manusia pertama berkhatan, manusia pertama potong
misai, manusia pertama rambut beruban sebagai tanda kematangan, kehebatan dan
berwibawa.
Sahih Bukhari Ibnu
Abbas ra sabda Nabi saw, kalimah akhir Nabi Ibrahim apabila dilemparkan ke
dalam api, “hasbiAllah walniqmal waqil, cukup Allah bagiku sebagai pelindung.”
Sahih Bukhari Ibnu
Abbas ra sabda Nabi saw, patung tidak dibenarkan di dalam rumah.
4 Julai 2011 REKOD AMALAN
Sahih Imam Ahmad dari
A’isyah r ha, antara amalan doa lepas solat Nabi saw ialah hisab amalan dengan
mudah ialah Allah mengampunkan setelah rekod amalan diteliti ketika di padang
mahsyar. Tetapi apabila rekod diteliti terperinci maka binasa kita.
Sahih AtTirmizi sabda
Nabi saw. Titisan darah syahid itu pengampunan Allah seluruh dosa dan mati
syahid itu dijauhi azab kubur, disegerakan ke syurga, aman dari ketakutan
mahsyar , dipakaikan mahkota syurga, diberikan 72 bidadari dan boleh membebaskan
70 ahli keluarga muslim dari neraka.
Ketika jenazah
ditanam di kubur, doa Nabi saw “Bizmillah
wafisabilillah wa’ala millati rasulillah.”
Pengajian kitab
Nurul Ihsan jilid 2 tafsir surah Ibrahim Ms277, 279, 281, 283 syarah ustaz Shamsuri
Ibrahim 14:1 Quran diturunkan pada Nabi Muhammad saw sebagai cahaya petunjuk umat manusia agar kembali pada jalan Allah.
2 Ingkar Quran bermakna derhaka Allah.
3 Kesesatan ialah mengutamakan dunia melebihi akhirat, menghalang kerja dakwah dan terpesong dari jalan Allah dalam Quran dan Hadis kekasihNya.
4 Diutus Rasul bagi yang mereka yang berusaha mencari hidayah.
5 Musa itu pesuruh Allah@Rasul pembawa 9 mukjizat diutus melepaskan kaumnya Bani Israel dari cengkaman Fir'Aun.
6 Musa mengingatkan kembali nikmat pelepasan dari kezaliman Fir'Aun yang menyembelih anak lelaki mereka.
7 Sekiranya bersyukur maka Allah tambahkan nikmat dan sekiranya kufur, maka azab Allah amat pedih.
8 Sekiranya manusia satu dunia kufur nikmat denganKu sikitpun tidak jejaskanKu malah yang jejas ialah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
9 Yang boleh mengungkit kebaikan ini hanya Allah, para Rasul dan ibubapa.
10 Masih ingatkah peristiwa kaum Nabi Nuh as, Ad as dan kaum Samud itu?
11-12 Seruan para Nabi, "Adakah kamu tidak yakin dengan ajal kematian kamu itu ditentukan Allah? Mereka jawab "kamu pun macam kami juga manusia biasa, tiada siapa boleh halang kami buat apa yang kami suka."
13-15. Nabi Muhammad saw diberi kata dua samada dihalau atau kembali sembah tokong. Firman Allah, “Setiap para nabi sememangnya dihalau tetapi kembali menakluki tempat dimana mereka dihalau kerana tempat minta tolong para nabi ialah Allah.”

16-17) Yang
ingkar akan diseksa keras tetapi tidak akan mati dan sekiranya cuba melarikan
diri, mereka tidak akan terlepas malah dihumban kembali dengan dasyatnya.
18) Kafir
sekiranya beramal baik sepenuh gunung sekalipun tetap langsung tiada pahala.
19-20) Setiap
diciptakan ada kegunaan. Gunung-ganang memaku bumi, sekiranya ditarah maka
runtuh dan berlaku bencana. Sekiranya Allah mahu, dengan mudah semua kehidupan
dimusnahkan dan diganti dengan yang baru.
21-22) Bakal
penghuni neraka saling menyalahkan antara satu sama lain kerana disebabkan
kesesatan sendiri. Syaitan berkata , jangan salahkan aku, aku ajak kenapa kamu
ikut. Sekiranya nak marah, marahkan diri sendiri.
23) Penghuni
syurga kekal saling mengucapkan sesama mereka dengan sebutan “salam”.
24) Kalimah
“La ila ha ill Allah” tetap dalam hati mukmin dengan amalan naik ke langit.
Segala amalan mukmin zikir, tasbih, taubat dan kebaikan naik ke langit.
25-27) Kerana
kalimah itu, beza muslim dan kafir umpama beza syurga dan neraka. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Malaikat alam kubur
mendatangi jenazah dengan pakaian hitam kebiru-biruan yang dipanggil Munkar dan
Nakir, kemudian dijelmakan wajah Rasulullah saw. Malaikat akan berkata, “kami
telah tahu jawapan kamu bergantung kehidupan kamu di dunia sementara.” Tujuan
kedatangan adalah sebagai turutan prosedur. Kubur samada diterangi cahaya
dengan dilebarkan 72 hasta atau dihimpit bumi berselisih tulang rusuk sehingga
kiamat besar. Akhir seru malaikat pada yang beriman,”tidur sepertimana
pengantin tidur, masa untuk memberitahu ahli keluarga saudara mara itu telah
tamat.”
28-30) Yang
kafir atau kufur nikmat dengan percaya selain Allah disimpangkan dari jalan
Allah dengan keseronokan sementara dan tempat kekal mereka di neraka.
31) Yang
beriman jangan tinggal solat, sentiasa derma dan berzakat dari rezeki yang Kami
beri untuk pelaburan akhirat kerana di akhirat tiada ruang untuk beramal.
32) Allah adalah
Tuhan pencipta seluruh makhluk termasuk 7
lapis langit dan bumi anugerahkan rezeki tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan
segala tanaman disamping dibolehkan manusia berfikir membuat kenderaan lalu
Allah menundukkan kenderaan supaya mengikut kehendak manusia dan tidak
membantah ketika dipandu.
33) Allah
adalah Tuhan pencipta matahari dan bulan supaya kedua-dua makhluk tersebut
patuh dan tunduk arahan Allah untuk dinikmati manusia.
34) Manusia
tidak mampu bilang kuantiti nikmat tidak terbatas yang Allah berikan tersebut.
35-36) Nabi
Ibrahim as berdoa meminta keamanan pada Mekah dan dijauhkan keturunannya dari kesesatan penyembahan selain Allah.
37) Allah menjadikkannya tanah haram yang baraqah sebagai negeri yang aman makmur seperti yang diminta Ibrahim as.
37) Allah menjadikkannya tanah haram yang baraqah sebagai negeri yang aman makmur seperti yang diminta Ibrahim as.
38) Demi menjaga
hati isteri pertama, Allah memerintahkan Ibrahim bawa Hajar dan Ismail ke
Mekah.
39) Nabi Ibrahim as berulangkali doa supaya dirinya termasuk keturunannya kekal jaga solat 5 waktu sehingga habis umur. Baginda juga berdoa agar sesama muslim saling menyayangi.
40) Nabi Ibrahim bersyukur akhirnya ketika usia baginda 99, dikurniakan anak, “Allah dengar doaku.”
41) Ya Allah, ampunkan dosaku, kedua ibubapaku dan orang-orang beriman terutama di hari pembalasan.
40) Nabi Ibrahim bersyukur akhirnya ketika usia baginda 99, dikurniakan anak, “Allah dengar doaku.”
41) Ya Allah, ampunkan dosaku, kedua ibubapaku dan orang-orang beriman terutama di hari pembalasan.
42) Jangan
sesekali mengatakan Allah lalai dari mengambil tindakan pada orang jahat kerana
tindakan Allah bermula apabila maut menjemput mereka di hari kematian yang
pasti.
43-44) Bukankah
dahulu kamu tidak percaya kebangkitan mahsyar dan azab neraka. Bukankah dahulu
kamu bersama mereka yang tidak percaya pada agama.
45) Sedangkan
kamu tahu apa yang telah berlaku pada yang mati sebelum ini.Demikianlah kami
beri perumpamaan, ambil pengajaran dan baiki mana-mana kesilapan.
46) Sekiranya
Allah masuk campur, apa saja pakatan jahat tidak akan jejaskan NabiNya, siapa
tentang akan makan diri kerana jaminan kemenangan dari Allah itu tiada siapa
boleh halang.
47) Jangan
sangka Allah lupa janjiNya, sesungguhnya balasan Allah itu pasti.
48) Sahih Bukhari
Muslim Mahsyar adalah bumi kosong lapang tiada pokok, gunung dan laut.
Sabda Nabi saw, cariku
di titian sirat dan telagaku.
49-51) Bangkit
di mahsyar untuk dikira amalan. Orang kafir bangun dalam keadaan rantaian besi
bersama syaitan dengan lumuran penuh minyak di tubuh bersedia untuk dibakar.
52) Quran ini
penjelasan lengkap dan huraiannya perlu kepada hadis kekasihKu agar diambil
pengajaran bagi yang berakal -Allah
No comments:
Post a Comment