Nota Cinta

Tuesday, April 26, 2016

Wirid Nabi s.a.w. & BERBAKTI IBUBAPA MELEBIHI JIHAD

Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Bacaan Zikir Nabi Selepas Solat,Masjid Padang Temusu 26.4.2016

Sahih Muslim, Setelah Abu Hurairah ra, puas memujuk ibunya yang enggan memeluk islam akhirnya Abu Hurairah minta bantuan Nabi s.a.w. untuk mendoakan permintaannya.  Allah telah perkenaankan doa baginda Rasulullah s.a.w. sehingga Abu Hurairah ra menangis kegembiraan. 

Abu Hurairah ra kemudian minta Rasulullah s.a.w. berdoa agar orang-orang beriman saling menyayangi keluarganya dan mereka menyayangi orang-orang beriman. 
Kata Abu Hurairah ra. Alhamdulillah, para mukminin yang mendengar hadisku walaupun tak pernah berjumpaku menyayangiku.  

Sunan AdDarimi dari Abi Addurrahman Ar-hubuli ra. sabda Nabi s.a.w. Siapa di dunia pisahkan kasih sayang antara ibu dan anak, Allah akan pisahkan dia terpisah dari orang-orang yang disayanginya. 


KASIHI IBUBAPA MELEBIHI JIHAD 

Sahih Al-Bukhari dari Abdullah bin Amru b Al-Az ra. Jahimah ra menuntut untuk berjihad perang di hadapan Rasulullah s.a.w. sabda Nabi s.a.w. sekiranya masih ada ibu dan ayah, buatlah kebaikan pada ibubapa kerana itu lebih utama. 

Bahrulmazi jilid 2 ms 206  

Hasan Sahih At Tirmizi dari A'isyah r anha, Nabi s.a.w. selesai salam solat akan berkata wirid,  Allahumma antasalam waminkassalam tabaraqta yazaljala iwal iqram. 
(Wahai Tuhanku, Engkaulah sejahtera dari kekurangan (tiada kekurangan@Maha Sempurna), daripada Engkaulah, sejahtera makhluk manusia, ....)
‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang tunggal, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) 
Paling minima wirid Nabi s.a.w. , "Astagfirullah  hal azim  x 3 kali"
Hadis Hasan AtTurmuzi, Bukhari dan Muslim. Nabi s.a.w. pernah selepas solat beredar begitu saja samada kiri atau kanan bergantung kehendak baginda. 

Tuesday, April 19, 2016

BALA ALLAH TURUN! & DOA UBAT PENYAKIT

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bab Berubat Dan Di Suruh Untuk Berubat Bila Sakit,Masjid Muttaqin Jitra 19.4.2016


BALA ALLAH TURUN!! AMARAN UNTUK ANAK ADAM
1) Apabila maksiat dibiarkan berleluasa maka Allah menurunkan wabak penyakit berjangkit.
2) Apabila menipu dalam berniaga maka Allah berikan penduduk menerima pemerintah zalim, masyarakat akan susah hidup dan musim kemarau melanda.
3) Apabila muslim tidak bayar zakat atau kecoh bayar zakat maka Allah akan menahan air hujan.
4) Apabila penduduk mungkir janji maka musuh luar akan masuk negara menguasai kekayaan milik penduduk tersebut.
5) Pemerintah muslim yang tidak menggunakan syariat Allah akan mengakibatkan jenayah awam berleluasa dan masyarakat hidup dalam ketakutan walaupun ada pasukan keselamatan dan pertahanan.

Sahih Bukhari dari Anas b Malek ra, ketika pertengahan kutbah Jumaat Rasulullah s.a.w,
“ya Rasulullah s.a.w., tolong berdoa kepada Allah kerana musim kemarau di Madinah ini sudah terlalu teruk.” Setelah mendengar keluhan penduduk, Nabi s.a.w. bangun berdoa “Ya Allah, turunkanlah hujan dan air kepada kami.” Tiba-tiba hujan turun dengan lebat tidak berhenti-henti sehinggalah kutbah Jumaat berikutnya. “ya Rasulullah s.a.w. tolonglah berdoa kepada Allah agar hentikan hujan yang tanpa henti ini kerana rumah kami runtuh, jalan juga tenggelam.”  Nabi s.a.w. senyum lalu berdoa agar meminta hujan diberhentikan, tiba-tiba hujan berhenti serta-merta.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. kemarau bukan hujan tidak turun tetapi merupakan tanaman tidak menjadi walaupun hujan turun.  

BAHRULMAZI JILID 14 ms53 Disuruh berubat bila sakit
Hasan Sahih AtTurmuzi dari Usamah b Syarif sabda Nabi s.a.w. Setiap penyakit ada ubat kecuali penyakit tua maka berusahalah berubat dan cari ubat.
Sahih Ibnu Majah sabda Nabi s.a.w. Tangan kanan letak pada tempat atas yang sakit dan baca 7 kali, “Bizmillah, A’u zub’ izzatillahuwaqudrati, minsyarri’ma’a’jidu,wa’u’hazir”, amalan ini memberi kesembuhan apabila sakit walaupun penyakit seolah-olah hampir mati.

Mazhab Syafi’e, imam Al Ghazali tidak bersetuju dengan tawakkal tetapi tidak berubat dengan hujah kenapa tidak bertawakal saja tetapi jangan makan minum. 

Monday, April 18, 2016

Yahudi langgar Kontrak Sosial

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 78-81,Masjid Taman Brown 18.4.2016
Sahih Muslim Ibnu Omar r anhuma.
Ketika pemerintahan Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. mengistiharkan perang Khaibar akibat pengkhianatan Yahudi yang berpakat dengan musuh untuk menghancurkan Islam sedangkan mereka telah berjanji bersama-sama Rasulullah s.a.w. untuk mempertahankan serangan dari pihak luar yang menyerang Madinah. Yahudi yang tewas merayu agar dibenarkan tinggal bersama muslim kerana hasil ekonomi mereka yang sedang berkembang. Rasulullah s.a.w. yang lembut hati membenarkan mereka tinggal tetapi dengan syarat dikenakan cukai jizyah hasil ekonomi Yahudi dan Yahudi hanya tinggal sementara sehingga tempoh dirasakan perlu dihalau keluar. Yahudi tinggal sehingga pemerintahan Abu Bakar As Siddiq tetapi pada zaman pemerintahan bapanya, Saidina Omar Al-Khattab ra. adalah orang pertama menghalau Yahudi keluar dari tanah Arab.
gambar hiasan

Sahih Bukhari, semasa perang Khaibar, kaki Salamah hampir putus ditetak musuh tetapi selepas disembur dengan ludahan 3 kali oleh Rasulullah s.a.w. serta merta kakinya sembuh sseperti asal.
Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra.  Seorang pejuang Khaibar yang sedang cedera parah tidak dapat menahan kesakitan lalu mencapai panah terus membunuh diri. Sabda Nabi s.a.w. yang diberitahu tentang kejadian tersebut "Pejuang yang dirasakan mati yashid tadi sebenarnya di neraka. Cepat beritahu orang ramai, tidak akan masuk syurga melainkan muslim yang benar-benar beriman pada Allah."

NURUL EHSAN Al-Maidah 5:78-81

5:78 Dari Zabur, Taurat, Injil danQuran, di atas lidah Nabi Daud a.s. Sekelompok nelayan Yahudi bani Israil yang menetap di kampung Ailah sempadan Palestin telah disumpah menjadi kera dan babi kerana mereka gagal dalam ujian Allah. Allah sengaja menguji mereka dengan limpahan ikan hanya pada hari Sabtu sedangkan Allah juga telah jadikan hari tersebut merupakan hari larangan menangkap ikan. 
5:79-80 Golongan yang sengaja tidak menegur kesalahan di kalangan Yahudi ini juga sangat dimurkai Allah dan bagi mereka juga kekal neraka.  
5:81 Sekiranya benar beriman kepada Allah dan Nabi, muslim tidak akan berpihak bersama kafir yang menentang Allah dan Nabi. 
5:82 Sebaliknya ambillah sesama muslim sebagai rakan kerana Yahudi dan mushrikin terang-terangan golongan fasik dan suatu hari kamu akan sedar kebenaran kesilapan kamu akibat mengambil kafir sebagai rakan. 


Wednesday, April 13, 2016

KENANG BUDI SIAPA SAJA & UMRAH HAJI (TAMATTUQ)

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Mina Dan Hari Bermalam Orang-Orang Haji Di Situ,Masjid Abdullah Fahim 13.4.2016

Sahih Muslim dari Abi hurairah ra. Seorang tawanan perang bernama Sumamah merupakan ketua kaum Najad. Dia yang diikat di salah satu tiang masjid, setiap hari ditanyakan kabar oleh Nabi s.a.w yang lalu di situ tetapi Sumamah membalasnya dengan sombong. Selepas 3 hari diikat akhirnya Sumamah dilepaskan begitu saja sehingga para sahabat terkejut. Sumamah yang dilepaskan kembali berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk memeluk Islam.

Sahih Bukhari dari Jubair b Mut'in. Ketika Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf di Mekah, Mut'in b Ali walaupun bukan Islam memberi perlindungan kepada Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. ketika berbincang tindakan terhadap tawanan perang Badar. "sekiranya Mut'in b Ali masih hidup sehingga hari ni dan beliau meminta aku bebaskan tawanan perang ini maka aku akan bebaskan mereka"

Bahrulmazi jilid 21 ms68 Bermalam di Muzdalifah dan Wukuf di Padang Arafah

Sahih AtTurmuzi dari Yazid b Al Aswad ra. Selepas solat subuh di masjid kais, Nabi s.a.w. mengalih kepada makmum sabda Nabi s.a.w. Walaupun telah solat dirumah, solat lagi sekali sekiranya jemaah sedang melakukan solat kerana 1 pemarkahan solat sunat dari Allah amat berharga di akhirat.

Wajib Haji,sekurang-kurangnya 2 malam di Mina hari tashriq.

Dari Arafah ke Muzdalifah kemudian sampai sebelum Subuh di Mina. Selepas waktu Dhuha, melontar di Jamratul Aqobah, kemudian cukur, selepas itu tahalul awal, kemudian ke tempat sembelihan kurban untuk bayar dam haji Tamattuq dengan seekor kambing dan korban lagi seekor kambing kemudian balik ke khemah untuk menunggu waktu maghrib untuk bermulanya bermalam di Mina.

Nafar Awal ialah malam kedua balik ke Mekah manakala Nafar Sani ialah malam ketiga balik ke Mekah.
interior ka'baa

HR AtTurmuzi, Sabda Nabi s.a.w. hari Mina itu 3 hari tetapi sekiranya siapa yang hendak balik awal maka dibenarkan balik pada hari kedua. Tidak dibenarkan Nafar Awal sekiranya masuk waktu maghrib, kemudian melontar 3 jamratul selepas waktu Zohor 11,12 dan 13.

Hasan Sahih AtTurmuzi sabda Nabi s.a.w. Wukuf di padang Arafah sebelum terbit fajar hari raya maka dapat haji pada hari itu.

Haji Tamattuq
Dari Madinah di bir Ali, niat umrah dan berihram kerana Allah ketika atas kapal terbang. Masuk mekah sampai dan tawaf & Sa'e umrah. kemudian Tahalul untuk umrah. Ke mesjid menunaikan solat dan tawaf sunat sehingga 8 Zulhijjah. Mandi dan pakai ihram kemudian niat ihram haji di hotel penginapan. Basa bawa ke Arafah. 9hb selepas Zohor maka BERMULALAH ZON IBADAH HAJI.
Bertalbiah zikit baca  Quran dan berdoa menjelang maghrib sengan sentiasa berwuduk.

HAJI
Sampai di Muzdalifah, solat jamak maghrib Isyak, Selepas tengah malam dikira malam di Muzdalifah. lepas waktu Dhuha 10hb hari raya Haji. Sudah mula perjalanan ke Jamratul Aqobah bizmillah hi Allahuakbar, lontar 7 biji batu dan bercukur untuk tahalul awal.
11hb selepas Zohor melontar  7 kali dan berdoa mengadap kiblat untuk setiap Ula & Wusto manakala Aqobah tiada doa dan balik ke kemah.
12hb & 13hb selepas Zohor ulangi perkara yang sama kemudian balik ke Mekah.
Sampai Mekah, tawaf rukun Haji 7 pusingan kemudian Sa'e untuk sempurnakan ibadah Haji.

Tuesday, April 5, 2016

Nabi s.a.w. suka bergurau & Adab makan

Ustaz Shamsuri - BM 12 Bab Makan Sisa-Sisa Makanan Yang Tertinggal, Masjid Sultanah Bahiyah 5.4.2016

Sahih AtTirmizi & Imam Ahmad dari Anaz bin Malek Radiallahu Anhu. Zahir pemuda perkampungan arab badwi pernah menghadiahkan buah tangan kepada Nabi SAW dan baginda amat menghargai pemberian tersebut dengan memakainya sebagai tanda penghargaan. Satu hari Zahir datang lagi ke Madinah, Nabi SAW datang dari belakang memeluk pinggang Zahir. Zahir merasa tidak selesa dan meminta dilepaskan sambil bertanya siapa yang bergurau denganku ini. Apabila di alih belakang, alangkah terkejutnya yang bergurau dengannya itu ialah manusia mulia kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Zahir bersyukur dan membiarkan belakangnya dirapatkan ke dada Rasulullah SAW kerana baginya, ia merupakan penghormatan tertinggi dari Allah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya. Kemudian Nabi SAW bergurau lagi di khalayak ramai para sahabat, “Siapa yang nak beli Zahir ni, Siapa yang nak beli Zahir ni? J” kata Zahir “Ya Rasulullah, demi Allah, saya ni barang tidak laku, tiada rupa dan tentu sekali tiada siapa yang nak berkawan.” Sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah wahai Zahir, kamu mahal di sisi Allah”. 

Sahih AnNasa'e sabda Nabi s.a.w. Lihatlah pengembala kambing ini kerana dia seorang manusia yang berprofil rendah tetapi dia sentiasa azan solat dan menjaga solatnya sehingga Allah berfirman, lihatlah hambaku yang miskin ini, dia takut  akan Aku maka Aku ampunkan dosa-dosanya dan letakkan dia dalam syurga. 

Bahrulmazi jilid 12 ms191 

HABISKAN MAKANAN
gambar hiasan
Hadis Daif dari Ummi Assim r anha dari tabi'en Nubaishah sabda Nabi s.a.w. habiskan makanan dan jangan tinggal sisa makanan sehingga nampak bekas itu seperti baru dibersihkan. @daif tetapi masih boleh dibuat beramal seperti jemaah tabligh
ADAB MAKAN LEBIH SEORANG
Sahih At Turmuzi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. Baraqah diturunkan Allah pada tengah hidangan rezeki makanan. 
Menurut Imam Al-Ghazali, mazhab Syafi'e pula. Capai lauk dihadapan terlebih dahulu kemudian minta dengan sopan lauk di belakang.
Sahih Bukhari Muslim dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Mala'ikat Jibril dan Mikail tidak suka bau busuk seperti contoh busuk hasil mereka yang makan bawang putih. Dilarang maasuk masjid selepas makan bawang putih. 

Monday, April 4, 2016

Kenapa UJIAN, An-Nahl 91-93

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 92-94, Masjid simpang empat 4.4.2016

Hasan Ibnu Majah  sabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya , Allah bila menyayangi seseorang atau satu kaum maka mereka akan diuji. Sesiapa yang redha ujian Allah akan mendapat keredhaan Allah. Siapa yang memarahi ujian Allah maka akan mendapat kemurkaan Allah.

Al-Baqarah 155, Kami pasti menguji semua manusia samada ujian dalam bentuk takut, lapar, tiada wang, ancaman jiwa mahupun nyawa serta tanaman tidak menjadi maka bergembiralah orang yang sabar.
An Nahl 112, Allah pernah mengurniakan limpahan rezeki tanaman menjadi dan rezeki aman tenteram makmur kepada sebuah negeri tetapi penghuni negeri tersebut tidak bersyukur malah kufur kepadaKu. Mereka dihukum dengan pakaian kelaparan dan ketakutan akibat perbuatan mereka sendiri.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Kiamat tidak akan terjadi melainkan apabila seseorang mengatakan kepada ahli kubur alangkah baiknya aku jadi ahli kubur dari hidup dengan penuh tekanan  duniawi.


Sahih Ibnu Majah, Anaz b Malek ra. Ketika perang Uhud, teriak Nabi s.a.w. "bagaimanakah Allah hendak beri pertolongan kepada kaum yang membiarkan Nabi mereka berlumuran darah." Nabi s.a.w. pada yang sama berdoa, "Ya Allah, jangan biarkan pembesar2 kafir Quraish dikalanganku yang mati kerana mereka adalah strategi dakwahku." Turun firman Allah, "wahai Rasul, kamu tiada kuasa dan Aku lebih mengetahui dan mereka ini adalah zalim."

Sahih Ibnu majah, Mala'ikat Jibril menunjukkan tanda kebesaran Allah apabila melihat Nabi.s.a.w. berdukacita akibat diusir dan dipukul penduduk Mekah. Jibril meminta Nabi s.a.w. memanggil sebatang pokok dihadapannya. Sebatang pokok datang berjalan berjumpa dihadapan baginda. Kemudian Jibril meminta Nabi s.a.w. menyuruh pokok tersebut kembali ke tempatnya. Pokok itu kembali berjalan ke tempat asalnya. Barulah baginda Rasulullah s.a.w. faham bahawa Allah sentiasa Maha Melihat keadaan baginda yang sedang dibuli umatnya. 

Sahih Abu Daud, sabda Nabi s.a.w. Orang yang bahagia ialah yang tidak diuji dan apabila diuji dia sabar. 

SURAH AN NAHL 

16:91 Sempurnakan setiap janji dengan Allah. 
16:92 Jangan sia-siakan janji dan jangan gunakan nama Allah sebagai sumpah janji kemudiannya mengkhianati janji. 
16: 93 Sekiranya Allah mahu, seluruh manusia di dunia ini beragama Islam. Hidayah dan Kesesatan itu kehendak Allah menurut hukum peraturan IslamNya. Jangan khianat sumpah dengan nama Allah. Jangan halang atau melarang manusia ke jalan Islam kerana seksaan Allah amatlah keras lagi dasyat