Nota Cinta

Tuesday, May 26, 2015

Ramadan berlalu pergi dengan sia-sia, zikir kuat bid'ah



Bisik mala’ikat Jibril as pada Nabi s.a.w. celakalah manusia apabila Ramadhan datang tetapi dosanya tidak diampun, celakalah manusia yang tidak berkhidmat pada ibubapanya dan celakalah manusia yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. apabila mendengar nama tersebut.
Jawab Rasulullah s.a.w. amin, mudah-mudahan umat aku sentiasa berselawat ke atasku. 

HR Abu Hurairah ra. doa solat jenazah Nabi s.a.w. ya Allah, aku hamba Engkau. Jenazah ini bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, dia bersaksi bahawa Muhammad itu hamba engkau dan Rasul engkau. Aku tengok dia kelihatan baik tapi Engkau lebih mengetahui. Sekiranya dia benar-benar baik, tambahkanlah kebaikan dia ya Allah. Sekiranya Engkau nampak, sebaliknya, ampunilah dia. Janganlah halang kami akan pahalanya, janganlah fitnah kami setelah kematiannya. 

Ustaz Shamsuri – BM 2 Bab Membaca Tahiyat Awal Atau Akhir Dengan Bacaan Perlahan,Masjid Padang Temusu 26.5.2015


Al-Ahzab 41 Sebutlah zikrullah siang dan malam
Al-Araf 205 Sebut nama Tuhan engkau dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut pada Allah dengan jangan menyaringkan suara pagi dan petang.
Ahli sufi sejati dan Guru Sufi Ibnu Al-Humam mazhab Hanafi berpegang pendirian Imam Abu Hanifa yang menyatakan nas dalil pada ayat Quran di atas dengan menyatakan zikir dengan nada kuat itu adalah rekaan dan bid’ah.   
Zikir yang ada nas membenarkan suara sedikit kuat ialah Azan, Iqamah, Takbir Raya, Takbir Intiqalat@pemberitahu makmum yang imam pindah rukun dan talbiah haji umrah.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abdullah b Mas’Ud ra, tahiyat dibaca perlahan  
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Wail b Hujir ra.  Tahiyat Nabi s.a.w. duduk melipat kaki kiri dan duduk di atasnya seperti duduk Iftirashi. Tangan kiri atas peha kiri.
Sahih Abu Daud dari Abu Humaid ra. Ketika Nabi s.a.w. duduk atas lipatan kaki kiri baginda, kaki kanan didirikan dan menghadap kiblat. Tangan kanan atas lutut kanan dengan genggaman kecuali jari telunjuk.

Monday, May 18, 2015

Al-Maidah 5:54-60



Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 54-60,Masjid Taman Brown 18.5.2015

Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra. Nabi s.a.w. telah mengumumkan kesyahidan Zaid b Haritah, Jaafar b Abi Talib dan Ibnu Rawahah dalam secara langsung dalam perang Mut’ah.
Sahih Bukhari dari Ibnu Omar r anhuma yang merupakan salah seorang peserta perang Mut’ah. Kesan tikaman dan tetakan pada badan Jaafar tidak kurang dari 50 kali.
Sahih Muslim dari Abdullah bin Jaafar Abi Talib. Nabi s.a.w. kebiasaanya apabila balik dari musafir akan mengutamakan cucu-cucu baginda tetapi apabila yang sampai dahulu itu adalah anak Jaafar maka Rasulullah s.a.w. mengutamakan Abdullah b Jaafar mendahului cucu-cucunya.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra. Rasulullah s.a.w. memarahi tentera yang merendahkan kepimpinan Usamah b Zaid. Demi Allah, siapa yang berkata buruk pada Usamah b Zaid, dia juga berkata buruk padaku kerana Usamah ini pilihanku.
Sahih Muslim dari Al-Miswar ra. sabda Nabi s.a.w. 3 kali. Sekiranya Ali b Abi Talib berkenan dengan anak bani Hisyam ini, maka ceraikan anak aku kerana Fatimah itu sebahagian dariku. Sakiti Fatimah sama seperti sakitiku. Aku tidak mengharamkan yang halal, lelaki muslim boleh berkahwin 4 tetapi demi Allah, aku tidak benarkan anak aku bermadukan keturunan musuh Allah.


Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 1 ms 230. Surah Al-Ma’idah ayat 54

Sumber CNN, menjelang 2050 nisbah 6/10 muslim

Golongan murtad golongan pertama mengikut Nabi palsu Aswad Al-Ansi seorang bomoh yang hebat bercakap dihadapan orang ramai dalam majlis Bayan/penerangan, kedua ialah banu Hanifah pakar pembuatan senjata diketuai Musailamah Al-Kazzaf dan ketiga ialah puak Nabi palsu Tulaihah Al-Asadi yang berbadan kebal dan tidak lut senjata.


5:54 Sekiranya muslim murtad, Aku bawakan satu kaum baru yang mana mereka berlemah lembut dikalangan muslim, mereka kental dengan kejian, mereka sangat sayang padaKu dan Aku juga sayang pada mereka. Mereka kuat berjihad pada jalan Islam dan mengangkat martabat Islam ke peringkat tertinggi.  
5:55 Ayat ini turun berkisarkan ketua rahib yahudi yang memeluk Islam iaitu Abdullah Ubai bin Salam.
Ketika  Rasulullah s.a.w. bertanya akan ketua rahib mereka, para rahib Yahudi memuji Abdullah Ubai b Salam dengan setinggi-tinggi pujian tiba-tiba setelah Nabi s.a.w. memanggil Abdullah Ubai bin Salam untuk menzahirkan keislamannya dihadapan para rahib Yahudi. Para Rahib ini sekelip mata mengutuk  Abdullah Ubai bin Salam dengan seburuk-buruk cercaan lalu beredar dari rumah Rasulullah s.a.w.
Allah beritahu muslim yang baru memeluk Islam. Sesungguhnya Allah dan Rasul adalah sebaik-baik penolong dan rakan.  Maka jadilah orang yang masuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman, solat, zakat dan istiqamah perintah Allah.
5:56 Janji Allah ialah golongan yang berpegang pada taat segala perintah Allahakan dijanjikan kemenangan.
5:57-58 Wahai mukminin, jangan terima kafir sebagai pemimpin kamu kerana mereka selalu mempermainkan Islam.
5:59 Nabi Muhammad s.a.w. mengiktirafkan semua nabi termasuk Musa dan Isa tetapi Yahudi menghina Islam kerana turut mengiktirafkan Nabi Isa as. Allah memerintahkan Nabi s.a.w. mengatakan Yahudi ini jahat kerana hanya terima sampai Musa as dan menolak selepas Musa. Allah menegaskan, menolak Islam itu adalah kafir.
5:60 Allah pernah murka dan melaknat golongan seperti ini dahulu iaitu bani Israel yang melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu dimana kanak-kanak dijadikan beruk dan yang tua menjadi babi sehingga mereka tidak dapat meninggalkan zuriat sampai mereka mati.

Wednesday, May 13, 2015

Puasa Zaman Nabi s.a.w.

Bahrulmazi bab 21 syarah Ustaz Shamsuri ms Masjid Abdullah Fahim 13.5.2015

Sahih AtTurmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Sekiranya tidak memberatkan umatku, aku akan perintahkan umatku lewatkan solat Isyak sepertiga malam sebelum tengah malam. 
Sahih An Nasa'e Nabi s.a.w. sengaja lewatkan solat Isyak kerana 10-12 malam ialah waktu paling sesuai. 

Sahih At Tirmizi Al-Barraq r anhu. 
Syariat puasa pada zaman awal Islam antara Isyak sehingga Maghrib dan sekiranya tertidur selepas Maghrib maka diwajibkan berpuasa semula. Seorang sahabat pekerja buruh kasar, Qais b Sirmah r anhu berbuka puasa dengan bersetubuh dengan isterinya kemudian terlelap tanpa makan minum selepas mandi dan menunaikan solat Maghrib dan Isya ketika isterinya ke kedai membeli makanan. Keesokannya, beliau bekerja berat sehingga pengsan dan tidak mahu berbuka puasa. Perkara tersebut disampailan pada Rasulullah s.a.w. dan baginda berdiam diri kerana tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri walaupun seorang Rasul Allah kecuali menunggu jawapan dari Allah. Allah menurunkan hukum syariat berpuasa, bermula siang hari hingga bermula malam hari dan dibenarkan bersetubuh mana-mana masa sepanjang malam Ramadhan. Bersetubuh bukan kerana syahwat nafsu semata-mata tetapi hendaklah niat mendapatkan zuriat umat Muhammad s.a.w. dan anak soleh. Bersetubuh di siang hari Ramadhan didenda puasa 2 bulan berturut-turut tanpa henti. 

ISLAM tutup ruang pada ULAMA, USTAZ mahupun PEMBESAR ISLAM

Bahrulmazi bab 21 syarah Ustaz Shamsuri ms Masjid Abdullah Fahim 13.5.2015
Islam tidak memberi kuasa mutlak pada mufti besar Islam kerana ia mesti mengikut dalil nas Quran dan Hadis. Sekiranya orang-orang besar agama Islam diberi kebebasan mengeluarkan undang-undang sendiri kesudahannya akan jadi Kristian dan Yahudi. Nasrani ada kemudahan yang mudah iaitu puasa tengah malam sehingga tengah hari dan lelaki boleh pencen puasa pada umur 60 manakala perempuan sehingga 55.

SEMAKIN RAMAI PEMUDA PEMUDI ISLAM MURTAD
Beratnya Islam nak kena solat 5 waktu sehari. Tuhan bukannya yang beratkan hambanya seperti itu, Tuhan sebenarnya pengasih dan penyayang. Ikutlah kami. Kita kena kerja cari rezeki, kita banyak komitment pada zaman moden ini. Tuhan sebenarnya pengampun lagi penyayang. Agama kami hanya solat sehari saja dalam seminggu. Tak perlu solat pon tidak apa. Sekiranya tidak solat pon tidak masuk neraka dan tidak akan jadi kafir kerana telah pun kafir.  :-) 
(Taurat asal yang tulen dari Allah yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. telah dipinda oleh paderi yang diberi kuasa berlebihan oleh penganut Nasrani/Kristian.)

I'tiqaf

Bahrulmazi bab 21 syarah Ustaz Shamsuri ms Masjid Abdullah Fahim 13.5.2015

Muqaddimah sebelum pengajian  Sunnah I'tiqaf (Duduk dalam masjid untuk menumpukan ibadah)
Sahih Bukhari Muslim dari A'isyah r anha. Nabi s.a.w. seisi keluarga i'tiqaf 10 malam terakhir Ramadhan.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. Nabi s.a.w. i'tikaf di belakang tempat imam dan tempat i'tiqaf itu menjadi rebutan para sahabat.
Al-Baqarah 187 Jangan mencampuri isteri ketika ber i'tikaf 
Jumhur Ulama - I'tiqaf afdal di Masjidil Haram, Nabawi dan BaitulMaqdiz. 
Mazhab Syafie Maliki Hanafi -keluar tanpa keperluan terdesak seperti tetamu datang rumah maka terbatal I'TIQAF  (MALAM 21 RAMADHAN SEHINGGA SEBELUM MALAM HARI RAYA AIDILFITRI)

Mazhab Hanafi- Imam Abu Hanifa berpendapat- I'tiqaf boleh dilakukan sekurang-kurangnya sejam.
Sahih Muttafakh alaigh dari Saidina Omar Al-Khattab r anhu. Nabi s.a.w. membenarkan sahabat i'tiqaf selain bulan Ramadhan.
Hadis Daif (dilarang berhujahdari Bishir As Salam sabda Nabi s.a.w. Allah jauhkan muslim yang beri'tiqaf dari neraka.


Monday, May 11, 2015

Pengganti Rasulullah s.a.w. & Surah Al-Maarij

Pengajian Tafsir Quran Nurul Ihsan jilid 4 ms220 syarah Ustaz Shamsuri di Surau Taman Kerian. 
Surah Al-Maarij (Tempat-tempat naik@menjadi laluan mala'ikat naik turun Jibril)

MUQADDIMAH sebelum pengajian
Sahih Bukhari dari Abu Dardak r.anhu. Saidina Abu Bakar As Siddiq mengejar Omar Al-Khattab kerana ingin meminta maaf akibat memarahi Omar setelah berlaku salah faham antara mereka tetapi Omar tidak mahu lagi berjumpa Abu Bakar. Setelah Saidina Abu Bakar gagal mendapatkan kemaafan Omar, beliau mengadu pada Rasulullah s.a.w. Tidak berapa lama kemudian timbul penyesalan di hati Omar, beliau kemudian mencari Abu Bakar. Sampai di rumah Rasulullah.s.a.w. Nabi s.a.w. memarahi Omar. Abu Bakar yang melihat keadaan demikian, lantas berlutut memujuk Rasulullah.s.a.w bagi meredakan kemarahan baginda. Sabda Nabi s.a.w. " Adakah kamu semua tidak merasa bersalah dengan Abu Bakar As Siddiq? Abu Bakar merupakan manusia yang mula-mula membenarkan aku sebagai Rasulullah s.a.w."

Sahih Muslim dari A'isyah ra. Sabda Nabi s.a.w. yang sedang nazak sebelum wafat di rumah A'isyah r.anha. "Aku takut ada di kalangan manusia yang bercita-cita merebut jawatan pemerintah sedangkan Allah dan orang-orang beriman tidak menerimanya melainkan yang layak menggantiku ialah Abu Bakar As Siddiq r.anhu. 

Abu Dardak ra, sabda Nabi s.a.w. Doa seorang sabahat terhadap sahabatnya yang diluar pengetahuan sahabatnya itu mustajab dan mala'ikat yang dihantar mewakili Allah akan berkata perkenankan doa ini. Dan mala'ikat tersebut akan mendoakan sama seperti yang didoakannya kepada si pendoa.

Pengertian pengajian Tafsir

1) AnNadaru b Al-Haris mencabar Nabi s.a.w. agar Allah segerakan azab sepertimana cabaran kafir terhadap Rasul Allah Nuh a.s.
2) Allah menurunkan azab sehingga kafir mampus tidak sempat bertaubat.
3-4) Tempat para mala'ikat dan Jibril naik turun menyempurnakan urusan itu adalah rahsia Allah.
5) Sabarlah dalam berdakwah
6-7) Kami melihat kiamat/hari kematian itu dekat sedangkan manusia melihat ia jauh.
8-9) Di hari kiamat, Kami hancurkan langit dan gunung-ganang.
10) Ketika itu, manusia tidak hiraukan lagi sahabat karib kaum keluarga.
11-12) Di neraka, individu kafir meminta menebus diri dengan anak isterinya sendiri.
13-14) Kemudian meminta saudara-mara sehingga mengharapkan seluruh apa saja yang boleh menebus dirinya agar dia dilepaskan.
15) Sayangnya, seksaan azab sengsara neraka itu kekal buat selama-lamanya.
16-17) Neraka merupakan tempat pembalasan dosa yang tiada manusia dapat terlepas kecuali manusia itu menganut agama Islam disamping taat melaksanakan hukum perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.


Tuesday, May 5, 2015

Masak di tempat selamat & Hati Omar terpaut pada Islam

Hadis riwayat dari Omar Al-Khattab ra, ketika aku hendak menghalang Muhammad s.a.w. Hati aku cuba menolak apa yang dibacakan Muhammad seperti yang diberitahu orang ramai yang Muhammad ini adalah penyair. Aku terlewat sedikit tiba dan aku mendengar Muhammad membaca surah Al-Haqqah.  

“Sesungguhnya Quran diturunkan kepada Rasul yang mulia, apa yang dibacakan itu adalah qalam Allah dan Quran itu bukan kata-kata penyair.Tetapi hanya sikit yang beriman”
Quran turun oleh Allah, Tuhan semesta alam. Sekiranya Muhammad sengaja membuat rekaan ayat-ayat Quran, Kami akan pegang dia dengan tangan kanan dan Kami akan potong urat jantungnya.!”
“Tiada siapa dapat halang Kami dari berbuat begitu”

Ayat tersebut membuatkan hatiku gentar dan aku kembali membuat kajian tentang Al-Quran yang akhirnya kegentaran tersebut membuat aku memeluk Islam..

Hadis Riwayat Al-Baihaqi dari Ikrimah ra. Bapa kepada Khalid Al-Walid iaitu Al-Walid bin Al-Mughirah merupakan penyair sasterawan Arab yang disegani masyarakat Arab. Masyarakat kafir Quraisyh menghantar wakil mereka, seorang penyair besar bagi mencabar Nabi Muhammad s.a.w.  Setelah bertemu Nabi Muhammad s.a.w., Al-Walid  kembali dan memberitahu kaumnya. Demi Allah, dalam kalangan kita, tiada manusia yang faham qasidah dan syair daripada aku. Tiada satu pun kata-kata dalam Quran itu dapat kita tandingi kerana demi Allah, apa yang Muhammad sebut itu sangat cantik didengar oleh sesiapa saja dana pa yang Muhammad sebut tadi sangat tinggi nilai bahasanya. Kafir Qurasiyh membalas, “Wahai Al-Walid Al-Mughirah, kamu kena sihir Muhammad.” Mereka tetap juga tidak beriman oleh sikap kedegilan mereka, mereka kekal berada di neraka.
Sahih Bukhari, sabda Nabi s.a.w. Seorang hafiz quran setaraf mala’ikat manakala yang sukar membaca Quran akan diganjarkan dua gandaan pahala kerana susah membaca tersebut.
Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi s.a.w. Seorang yang men jadikan dirinya ahli Quran akan dikurniakan pakaian kemuliaan di padang mahsyar.
Ustaz Shamsuri - BM 12 ms182 Bab Hukum Mengunakan Bekas Makan dan Minuman Orang Bukan Islam,Masjid Sultanah Bahiyah 5.5.2015
Makruh. Menggunakan bekas pernah memasak babi dan bekas minuman arak walaupun telah disamak.  
ANJING BURUAN TERLATIH
Sahih At Tirmizi
dari Abu Sa’labah ra Sabda Nabi s.a.w. sunat mengucap bizmillah dan suruh anjing buruan terlatih itu berburu. Binatang yang mati digigit itu halal dimakan kecuali sebahagian binatang buruan itu dimakan.  Sekiranya binatang buruan masih hidup walaupun sebahagian dimakan, maka sembelihan dilakukan untuk menghalalkan daging tersebut. Anak panah yang dilepaskan dengan ucapan bizmillah umpama pisau sembelihan.


HR AtTirmizi Ibnu Abbas dari Maimunah r anha,
Sabda Nabi s.a.w. sekiranya tikus jatuh dan mati pada makanan beku, buang sebahagian tetapi sekiranya jatuh dalam makanan cair maka buang kesemuanya.