SAHIH IMAM AHMAD B. HAMBAL Imam Mazhab ke 4 paling junior yang
meriwayatkan hampir 20’000 hadis. Imam-imam Bukhari Muslim AtTirmizi Abu Daud
AnNasaie dan Ibnu Majah mengambil sebahagian hadis ini dari Imam Ahmad bin
Hambal. Awal pagi Jumaat 12 Rabiul Awal hari kewafatan Imam Ahmad b Hambal 241
hijrah 77thn. Hampir 1 juta mengiringi dan solat jenazah imam yang hebat ini.
Imam Ahmad ketika berusia 14 tahun sudah hafaz seluruh Qur’an.
Sahih Imam Ahmad Uqbah b
Amir ra
Sabda Nabi saw, tidur khailulah atau ( sunnah tidur sekejap
menanti untuk menunaikan solat waktu Zohor dengan didahulukan sunat 2 rakaat kabliah
akan diampunkan dosa-dosa kesalahannya seperti bersih dari dosa kecil sejak
bermula kelahirannya).
Sahih Imam Ahmad Omar
Al-Khattab ra
Siapa baca “Ash ha du alla ila ha ill’Allah, wa ash ha du
anna abduhu warasuluh” selepas ambil wuduk akan dibukakan 8 pintu syurga dan
boleh memilih mana saja pintu untuk dimasuki.
(Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi Muhmammad
itu pesuruhNya).
Sahih Imam Ahmad Abu Tufail
ra
Kata Abu Bakar ra pada anak kesayangan Rasululah saw iaitu
Fatimah yang meminta harta peninggalan bapanya. Aku mendengar Rasulullah saw
bersabda, setiap harta peninggalan seorang Rasul akan jadi hak milik muslim.
Oleh kerana itu pesan Nabi saw, maka aku mengembalikannya pada orang
Islam. Jawab Fatimah, oleh kerana itu
pesan Rasulullah saw, maka tuan lebih tahu perkara ini.
15-2-11 BM13 Ms164
Kedekut vs Dermawan
Gharib AtTirmizi dari Abi
Said Al-Qudri ra, sempurna iman ialah tiada kedekut dan berjaya kawal lidah.
Hasan Gharib AtTirmizi dari Abu
Bakar As Siddieq ra sabda Nabi saw. Tidak masuk syurga 3 jenis golongan iaitu orang
yang mempengaruhi orang lain buat jahat, orang yang mengungkit pemberian dan kedekut.
Fatwa Imam Sya'fi'e, sedekah Al-Fatihah atau apa saja ayat Qur'an tidak akan sampai pada jenazah atau roh si mati. Alasan ialah sekiranya Allah sampaikan maka Allah berlaku tidak adil di mana orang kaya boleh mengupah. Ulama-ulama mazhab Sya'fi'e mengatakan wallahu alam bergantung pada keikhlasan hati.
Sahih Muslim sabda Nabi saw,
perbuatan zalim itu menggelapkan diri di akhirat dan kedekut itu membinasakan
diri.
Gharib AtTirmizi dari Abu
Salamah ra sabda Nabi saw, Sekiranya dia benar mukmin, dia akan sentiasa baik
sangka, tidak menipu, pemurah dan tidak merosakkan orang lain. 3 perkara
membinasakan diri ialah kedekut, ikut hawa nafsu dan ujud(hanya dia saja yang
hebat dan betul). Sekiranya hidup di masa pemerintah yang membiarkan
penduduknya terdedah pada maksiat dan kebinasaan, maka mati itu lebih baik.
Sekiranya kita buat kebaikan maka Allah hantar pemerintah baik dan sekiranya
kita jahat maka pemerintah yang dihantar Allah juga jahat.
No comments:
Post a Comment