Muqaddimah Bahrulmazi
jilid 11 ms72
Ibnu Majah dari
Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Umat akhir
zaman yang paling awal dihisab itu umat Muhammad.
Sahih Bukhari dari
A’isyah r ha sabda Nabi saw. Jangan salah faham tentang terjemahan Quran sebut
tentang hisab mudah sekiranya terima amal tangan kanan, hakikat tafsiran dari
terjemahannya ialah rekod amalan dibuka itu memang senang. Apabila rekod
amalannya diperincikan maka kesusahannya bermula.
Musnad Imam Ahmad dari
A’isyah r ha doa Nabi saw selepas solat ialah, hisablah aku dengan hari
perhitungan amalan dengan cara mudah dan jangan disusahkan. Sabda Nabi saw, apabila Allah tengok amalan
kemudian berfirman, Aku maafkan dia, maka hisap amalannya mudah. Tetapi apabila
dilihat secara teliti maka habislah kamu.
Sahih Bukhari dari
Sahal bin Saad ra sabda Nabi saw. Masuk umat Muhammad ke syurga 70k atau 700k dalam
keadaan saling berpegangan erat tangan tanpa lepas.
28-2-2011 Bahrulmazi jilid 11
Qada Nazak orang mati Syarah Ustaz Shamsuri
Sahih AtTirmizi dari
Ibnu Abbas sabda Nabi saw pada Saad b Ubadah ra, tunaikan nazar arwah ibu kamu
yang belum ditunaikan.
Hadis Psikologi
HR Abu Daud dari
Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw pada Abu Umamah ra, berdoa minta berlindung
dari Allah supaya hilangkan rasa negatif hutang, gundah gulana, dukacita, segan
dan malas supaya rajin dibuka pintu rezeki dengan rajin bekerja untuk bayar
hutang.
Sahih Muslim sabda
Nabi saw, nazar dan hutang harta wajib dibayar lebih-lebih lagi hutang amalan
dengan Allah iaitu puasa solat ibubapa yang telah meninggal dunia. Haji sunat
atau umrah untuk ibu yang bernazar wajib ditunaikan.
HR AtTirmizi dari
Abi Umamah ra sabda Nabi saw, Memerdekakan seorang hamba lelaki sama seperti memerdekakan
2 hamba perempuan dan ia melepaskan diri dari api neraka.
No comments:
Post a Comment