HR AtTirmizi
dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Lihat bawah jangan lihat atas kerana akan
memudaratkan diri dan tidak beryukur dengan nikmat kurniaanNya. Riwayat A’isyah ra sabda Nabi saw. Sekiranya
mahu bersamaku di syurga maka musafirkan diri di dunia dan jangan lebih. Jangan
kufur nikmat, sekiranya masih boleh tampal tampung baju yang koyak maka jangan
dibuang.
Sahih Bukhari sabda
Nabi saw, kisah bani Israel suatu ketika dulu di dunia. Allah menguji pesakit
kulit miskin, pesakit botak miskin dan pesakit buta miskin dengan setiap
seorang dikunjungi mala’ikat yang menyerupai manusia. Ketiga-tiga mereka sembuh
dan dianugerahkan harta. Selang beberapa lama kemudian, mala’ikat mengunjungi
mereka dalam keadaan miskin dan berpenyakit seperti penyakit asal mereka.
Saudagar kaya bekas pesakit kulit dan bekas
pesakit botak kedekut sambil menolak permintaan bantuan bekalan makanan oleh mala’ikat
yang menyerupai manusia miskin manakala saudagar bekas si buta berkata, “ambillah
apa saja kerana Allah kerana aku pernah merasai penderitaan seperti kamu.” Saudagar
kaya bekas si buta yang lulus ujian Allah akhirnya diberitahu mala’ikat, “Allah
redha pada kamu dan yang dua lagi kembali miskin dan berpenyakit seperti asal
mereka.
Imam Syafi’e menyarankan, belajarlah ilmu
sebelum jadi kaya kerana selepas sibuk jadi kaya atau pemimpin maka selepas itu
susah untuk mempelajari sesuatu.
Syarahan Ustaz
Shamsuri 23-2-2011 Pengajian Bahrulmazi jilid 3 ms 115 Nabi saw 1 hari
100 kali beristighfar selepas solat. Sujud menghinakan diri sehina-hinanya
kerana Allah. Sekiranya Allah tidak mengampuni maka berakhirlah hidup dalam
kerugian.
Hasan AtTirmizi dari
Abi Bakar As Siddiq, sabda Nabi saw, taubatlah dengan penuh penyesalan selepas solat
pada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
Hasan lagi Sahih
AtTirmizi dari Sabrah ra sabda Nabi saw, ajar solat ketika anak berusia
7 tahun
Menurut Imam AtTirmizi untuk membiasakan diri
mengakui Islam dan bertuhankan Allah.
No comments:
Post a Comment