Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, May 26, 2010
Solat fardu wajib berdiri sekiranya mampu
Bahrulmazi jilid 3 26-5-2010 Sunan AtTirmizi dari Abi Mas'Ud ra duduk tahyat awal NabiSAW mengambil masa yang sekejap dan bacaannya pantas. Mazhab Syafie, disunatkan sujud sahwi apabila terlajak bacaan tahyat awal seperti tahyat akhir. Isyarat tangan memberitahu solat itu sunnah. Tahan menguap apabila solat dituntut syarak. Sahih Bukhari dari Imran Ibni Husain sabda NabiSAW orang yang sakit solat fardu hendaklah berdiri jika mampu, duduk apabila tidak mampu berdiri dan baring apabila tidak mampu berdiri dan duduk. Solat fardu mestilah berdiri apabila mampu kecuali solat sunat. Jatuh murtad apabila berniat dan membenarkan solat fardu duduk walaupun mampu berdiri. Murtadnya seperti membenarkan zina dan minum arak atau air daun ketum. Sah solat walaupun rakaat pertama berdiri dan sakit kemudian duduk rakaat seterusnya dan sekiranya mampu berdiri maka bangunlah berdiri kembali kerana sekiranya mampu berdiri selepas duduk rakaat sebelum maka rakaat seterusnya tidak boleh masih duduk. Apabila masih duduk walaupun mampu berdiri untuk rakaat seterusnya akan terbatal solatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment