Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, May 26, 2010
Doa Rasulullah SAW setiap malam selepas solat sunat.
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 26-5-2010. Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, Amalan doa Rasulullah SAW selepas setiap malam solat sunat. Ya Allah bagi Engkau segala pujian. Ya Allah Engkaulah Cahaya memenuhi langit dan bumi. Engkaulah menguasai segala isi kandungan langit dan bumi. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang benar. Ya Allah segala janji Engkau dalam Al-Quran itu benar. Ya Allah segala kata-kata Engkau dalam Al-Quran itu benar. Ya Allah jumpa Engkau itu benar. Cerita syurga, neraka dan kiamat itu benar. Ya Allah ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku tunduk, aku beriman, aku bertawakal dan aku kembali bila mati dan kerana Engkau aku bermusuh dengan musuh Islam iaitu musuh Engkau. Ya Allah perintah Engkau menghakimiku. Ya Allah ampunilah segala dosa aku yang lepas dan akan datang. Ya Allah ampunilah dosaku yang terang orang nampak dan Engkau nampak. Ya Allah Engkaulah Tuhanku dan Tiada Tuhan lain selain Engkau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment