Nota Cinta

Tuesday, May 11, 2010

Alim Madinah IMAM MALIK mazhab maliki

Imam Madinah guru Masjid Nabawi 
Pengajian bahrulmazi jilid 19 bab Alim Madinah syarah ustaz Shamsuri 11-5-10. Sunan AtTirmizi dari Sufyan bin Uyainah seorang Alim Mekah. Yang dimaksudkan RasulullahSAW seorang alim Madinah selepas zaman sahabat dan zaman tabie'in itu merupakan Imam Malik iaitu guru di masjid Nabawi merangkap Imam kepada Mazhab Maliki kerana tiada orang yang lebih alim selepas zaman itu kecuali Imam Madinah atau Imam Malik bin Anaz. Imam Madinah pada zaman RasulullahSAW terdiri dari ramai para sahabat. Sufyan bin Uyainah merupakan perintis solat tarawih 20 rakaat diikuti Imam Malik selaku perintis 32 rakaat solat tarawih kerana menurut Imam Malik sekiranya Mekah melakukan 20 rakaat maka Madinah melakukan 32 rakaat disebabkan tiada ka'bah. Yang dimaksudkan Ibadah itu ialah beramal berdasarkan suruhan Allah bersandarkan Nas Al-Quran dan Hadis. 

No comments:

Post a Comment