17-5-10 Tafsir Nurul Ihsan jilid 1
ms192 Tafsir surah AnNisa 116-123 syarah ustaz Shamsuri
Ayat AnNisa 116 yang paling disukai Saidina Ali Karamullah
huwaj ha kerana dosa syirik tidak akan diampuni Allah. Menduakan Allah selain
dari Tuhan Allah ada tuhan lain. Syirik ialah iktikad selain dari Allah. Kafir musyrikin
itu sembah yang betina.
117 Allah maksudkan yang suci bagi kafir mushrikin itu ialah
berhala mereka yang rata-rata nama perempuan seperti Al-Uzza, Al-manah dan banyak lagi.
118 Allah memerintahkan syaitan sujud dalam tafsiran merujuk
respect tanda hormat pada Adam.
119-120 Syaitan berjanji menyesatkan manusia agar ramai
melakukan upacara jin, khurafat, kufur dan tinggalkan Islam. Berjayakah janji
syaitan depan Allah ini? Berjaya. Halalkan haram dan haramkan halal ini kerja
syaitan. Barangsiapa ambil syaitan jadi ikutan maka Allah beri amaran, “rugilah
manusia yang termasuk perangkap syaitan kerana akan rugi dunia merana akhirat.”
121 Jayanya godaan
syaitan sehingga manusia sombong menyebabkan mereka terjerumus menjadi kafir
keluar dari Islam, maka kekafiran ini menyebabkan mereka kekal neraka jahanam
buat selamanya.
122 Beruntung bagi yang
soleh yang memerangi hasutan syaitan.
AnNisa123 Umat Islam
mahupun ahli kitab angan-angan saja tiada guna. Mengaku saja Muhammad Rasul
terakhir tapi tanpa amal juga tiada guna. Iman dan amal soleh itu yang utama
dan dikehendaki.
No comments:
Post a Comment