Nota Cinta

Tuesday, May 18, 2010

Nabi SAW Suka Bergurau sentiasa menyukakan hati orang sekelilingnya

Silaturahim Persahabatan Rasulullah SAW
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 13 UstShamsuri 18-5-10. Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek Radiallahu Anhu. Zahir pemuda perkampungan hulu arab badwi pernah menghadiahkan buah tangan kepada Nabi SAW dan Nabi SAW amat menghargai pemberian tersebut dengan memakainya sebagai tanda penghargaan. Nabi SAW menyukakan hati dan mengambil hati Zahir dengan memberitahu para sahabat yang Zahir pemuda kampungnya dan kampungnya juga kampung kita kerana kita semua sama di sisi Allah padahal Zahir berasal dari Badwi. Ketika satu hari Zahir datang lagi ke Madinah, Nabi SAW datang dari belakang memeluk pinggang Zahir. Zahir merasa tidak selesa dan meminta dilepaskan sambil bertanya siapa yang bergurau denganku ini. Apabila di alih belakang, alangkah terkejutnya yang bergurau dengannya itu ialah manusia mulia kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Zahir bersyukur dan membiarkan belakangnya dirapatkan ke dada Rasulullah SAW kerana baginya, ia merupakan penghormatan pengalaman manis dari Allah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya. Kemudian Nabi SAW bergurau lagi di khalayak ramai para sahabat, “Siapa yang nak beli Zahir ni, Siapa yang nak beli Zahir ni? J” kata Zahir “Ya Rasulullah, demi Allah, saya ni barang tidak laku, tiada rupa dan tentu sekali tiada siapa yang nak berkawan.” Sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah wahai Zahir, kamu mahal di sisi Allah”. 

No comments:

Post a Comment