Sahih Bukhari dari Umi
Salamah ra sabda Nabi saw, ramai manusia yang hidup mewah di dunia tetapi tidak
bersyukur akan fakir tiada pakaian di akhirat.
Sahih AtTirmizi dari Anaz b
Malek ra sabda Nabi saw, manusia akhir zaman ada setengah pagi beriman petang
kufur dan ada setengah petang beriman pagi kufur sehingga ada yang jual
agamanya demi dunia.
14-6-11 Bahrulmazi jilid 19 ms175
Sunnah memotong janggut.
Ghrib AtTirmizi dari Amru b
Syuaib dari bapa dan neneknya. Nabi saw menyimpan janggut baginda tetapi memotong
bersih kemas dari melintang dan bujurnya.
Hasan Sahih AtTirmizi
Abdillah ibn Zaid Al-Ansari ra, Nabi saw tidur telentang dengan mengangkat kaki
dan peha baginda di atas kaki sebelah lagi atau sila panggung dengan syarat
menutup aurat. Abdillah bin Jabir ra, jangan berselimut dalam keadaan tiada
pakaian bagi mengelakkan tidak sedar aurat terdedah apabila tidur lena. Seboleh-bolehnya
jaga aurat walaupun sesama jantina. Lelaki dengan lelaki dari pusat ke lutut, wanita dengan wanita dari pusat ke lutut.
No comments:
Post a Comment