Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari –daripada OmarAl-KhattabRA kuliah Ust Shamsuri Ahmad BahrulMazi Muqaddimah
Bab 15
Sabda RasulullahSAW menjelaskan tidak ada salahnya perbezaan
bacaan surah Al-Furqan oleh Hisyam bin HakimRA dan OmarAl-KhattabRA kerana yang
penting mudah bagi kamu dan tidak terkeluar dari isi kandungan Al-Quran. Kesimpulan Hadis - Jangan bertengkar mengenai isu
kecil hukum seperti rakaat sunat tarawih, jamak, qasar, hari solat jamak sepanjang
musafir, doa qunut, rukun sah solat dan jenis mazhab sehingga menyebabkan
perpecahan umat Islam contohnya di kalangan pengikut ahli sunnah dan syiah.
Hadis Riwayat Abi HurairahRA
Sabda NabiSAW mengulangi 3 kali iaitu Membantah isi
kandungan ayat Al-Quran termasuk hukum yang tertulis di dalamnya menyebabkan
kamu menjadi kufur. Baginda juga bersabda seberapa banyak ayat Al-Quran yang difahami maka
amalkanlah. Yang tidak difahami tanyalah orang alim.
Hadis Sahih Abu Daud Riwayat Jabir AbdillahRA
Sabda NabiSAW kepada sekumpulan musafir tentang salah seorang sahabat mereka yang memohon keringanan mandi wajib tetapi mati akibat keputusan kumpulan tersebut yang menidakkan keringanan ketika cedera parah.
Baginda NabiSAW murka dan bersabda “Mudah-mudahan AllahSWT membunuh kamu
semua” Baginda menerangkan sepatutnya cukup sekadar tayamum
atau sapu air tempat berbalut dan jangan basuh tempat yang luka kecederaan.
No comments:
Post a Comment