Nota Cinta

Wednesday, August 29, 2012

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS seterunya dajjal

Nabi Allah Isa bin Mariam AlaihisSalam - Kesimpulan rujukan Hadis-Hadis Sahih Mutawattir At-Tirmizi, Abu Daud, Musnab Imam Ahmad, Imam Muslim, Bukhari, Ibnu Majah dan Sunan Addarimi.

Sabda Baginda Junjungan Besar kita Rasulullah Nabi Muhammmad SAW yang diberi petunjuk terperinci oleh Allah SWT tentang akhir zaman.
Akan datang Turunnya Nabi Allah Isa AS di menara sebuah masjid di Ibu benua Syam,  Damsyik,  Siria tepat waktu Subuh lalu menolak tawaran menjadi imam solat subuh sambil berkata kepada Imam Mahdi sebagai tanda penghargaan dan penghormatan Allah SWT kepada umat Nabi MuhammadSAW. Baginda IsaAS akan menjadi makmum solat Subuh berjemaah tersebut dan akan mengamalkan syariat Islam berpandukan Al-Quran yang dibawa Nabi MuhammadSAW sebagai misi perjuangannya.

Fizikalnya amat tampan, kacak, cantik tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah, kulit kemerah-merahan berambut kerinting sentiasa kelihatan basah mencecah paras bahu dan berdada bidang. Bersamanya ialah 2 helai kain yang dicelup wangian dengan kedua belah tangannya memegang dua sayap malaikat disamping tersangat seri rupa wajahnya sambil menunduk kepala lalu menitik setiap peluhnya seperti cantiknya butiran mutiara.
Keistimewaan Nabi Allah Isa AS anugerah Allah SWT ialah wangi nafasnya sejauh mata memandang lantas membunuh setiap kafir dan manusia yang kufur di dalam hatinya. Kafir Yahudi mengatakan sudah membunuh dan menyalib Isa AS. Kafir Nasrani pula percaya akan berita tersebut dan menganggap salib itu tanda kesucian mereka. Tetapi Allah SWT Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana berfirman melalui ayatNya surah AnNisa’ 157 & 158. Yg dibunuh itu telah digantikan diserupakan dengan Nabi Isa AS dan Baginda sebenarnya telah diangkat ke langit bersama ruh dan jasadnya 



https://www.youtube.com/watch?v=LdehwxGWPYg&list=RDCMUC_34hWOj8QFzzhXXDgoYg8g&start_radio=1&rv=LdehwxGWPYg&t=3327

Sahih Muslim, hadis 156 syarah Imam Muslim riwayat Jabir ra. menurut Nabi Muhammad s.a.w. tentang Nabi Isa 'AS/Alaihi Assalam'

Tuesday, August 28, 2012

Islam itu Mudah

Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari –daripada OmarAl-KhattabRA  kuliah Ust Shamsuri Ahmad BahrulMazi Muqaddimah Bab 15

Sabda RasulullahSAW menjelaskan tidak ada salahnya perbezaan bacaan surah Al-Furqan oleh Hisyam bin HakimRA dan OmarAl-KhattabRA kerana yang penting mudah bagi kamu dan tidak terkeluar dari isi kandungan Al-Quran.  Kesimpulan Hadis - Jangan bertengkar mengenai isu kecil hukum seperti rakaat sunat tarawih, jamak, qasar, hari solat jamak sepanjang musafir, doa qunut, rukun sah solat dan jenis mazhab sehingga menyebabkan perpecahan umat Islam contohnya di kalangan pengikut ahli sunnah dan syiah.

Hadis Riwayat Abi HurairahRA
Sabda NabiSAW mengulangi 3 kali iaitu Membantah isi kandungan ayat Al-Quran termasuk hukum yang tertulis di dalamnya menyebabkan kamu menjadi kufur. Baginda juga bersabda seberapa banyak ayat Al-Quran yang difahami maka amalkanlah. Yang tidak difahami tanyalah orang alim.
Hadis Sahih Abu Daud Riwayat Jabir AbdillahRA
Sabda NabiSAW kepada sekumpulan musafir  tentang salah seorang sahabat mereka yang memohon keringanan mandi wajib tetapi mati akibat keputusan kumpulan tersebut yang menidakkan keringanan ketika cedera parah.  Baginda NabiSAW murka dan bersabda “Mudah-mudahan AllahSWT membunuh kamu semua”  Baginda menerangkan sepatutnya cukup sekadar tayamum atau sapu air tempat berbalut dan jangan basuh tempat yang luka kecederaan.

Thursday, August 16, 2012

Apabila mati Menyesal manusia


Kuliah Ust Shamsuri BahrulMadzi 15 Hadis Sahih Riwayat AtTirmizi AbiHurairahRA Sabda NabiSAW 

Tidak ada sorangpun manusia melainkan menyesal manusia bila mati. Orang baik menyesal disebabkan semasa di dunia tidak mengejar amalan kebaikan kerana ada lagi nikmat syurga yang lebih baik dari itu. Dan ada yang jahat pula menyesal kerana tidak menghentikan perbuatan jahatnya.


DOSA PERIBADI

Kuliah Ust Shamsuri Ahmad- BahrulMadzi15 Abu HurairahRA, Sabda NabiSAW Ketika Padang masyhar untuk ditimbang amalan, datang seorg lelaki berbadan besar gemuk yg amalannya sebesar sayap nyamuk. Orang yang kecil amalannya akan berbadan besar gemuk di akhirat kelak.
Hadis Sahih Imam Muslim - Hadis Qudsi – Allah berfirman “Bila hamba di dunia meminta ampun akan dosanya padaKu kerana mengakui Aku Tuhannya. Maka Aku mengampunkannya”
Bermuka masam dengan isteri -Dosa, Apabila emak telefon tetapi tidak angkat-Dosa. Bila berjanji dgn anak tak tunaikan janji –Dosa, Di pejabat bercakap bohong-Dosa, Pinjaman riba-Dosa, naik kenderaan setiap hari dari pinjaman riba -Dosa.
Kita tidak lari dari kesilapan dosa setiap hari. Mohonlah kepada Allah Maha Besar lagi Maha Pengampun.
Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim dari Abi UmmamahRA
Ketika bersama RasulullahSAW di dalam masjid hendak menunaikan solat berjemaah. Datang seorang lelaki ya Rasulullah, aku telah membuat dosa, hukumlah aku. Tetapi tidak dilayan RasulullahSAW dan kemudian mereka solat berjemaah. Selepas berjemaah dia sekali lagi meminta NabiSAW menghukumnya supaya di akhirat sana dia tidak mendapat azab berat. Sabda RasulullahSAW, bukankah tadi kita sama-sama solat berjemaah dan berwuduk dengan sempurna. Maka Allah telah mengampunkan dosa tersebut.

Tuesday, August 14, 2012

Mujahadah demi mendapatkan IKHLAS


KEDEKUT ITU JAHAT & Nilai Sedekah itu gandaan BESAR di sisi AllahSWT. Bahrul Mazi Bab13 Bakhil vs Dermawan
Diriwayatkan hadis daif Imam AtTirmizi Ibnu Said AlQudri dari NabiSAW bersabda Kedekut itu jahat dan bala ujian bagi manusia. Di hari akhirat, segala benda yang dikedekutkan semasa di dunia sementara seperti ilmu, tanah, ternakan atau duit, menumpang naik kenderaan dsbnya benda-benda tersebut menjadi azab beban ditanggung di leher orang yang kedekutkan benda-benda tersebut.
Orang yang SEMPURNA IMANNYA ialah berjaya mujahadah sifat kedekut dan perangai tidak baik dalam mendapatkan ikhlas.

RUMAH SELESA antara BAHAGIA Manusia


Salah satu dari 20’000 Hadis Imam Ahmad bin Hambal yang wafat pada awal pagi Jumaat 12 Rabiulawal 241 Hijrah ketika usia 77thn  dimana hampir 1 juta mengiringi & solat jenazahnya. Beliau juga merupakan guru kepada Imam Syafie.
Sabda RasulullahSAW Di antara kebahagiaan anak cucu Adam/manusia ialah isteri yang solehah, kediaman yang selesa dan kenderaan yang baik.
Saranan had tema warna aspek psikologi mata 2-3. warna Khat/Deko/Aksesori 3-5%, warna Tumpu 10-30%, warna Keseluruhan 50-70%

Monday, August 13, 2012

BIODATA Dato' Ust Shamsuri Hj Ahmad "sinopsis biodata"

Assalamualaikum, ceramah Ustaz Shamsuri melalui kaset dan radio pada awal era 90an merupakan kegemaran arwah nenek saya ketika kami berdua menetap di Parit Buntar Perak sewaktu saya di bangku sekolah. Ustaz pernah mengadakan ceramahnya di surau kawasan perumahan kami (saya tinggal bersama nenek saya 1993-1995) di Taman Kerian. Ceramah yang cukup santai, ringkas tetapi padat dalam loghat Utara yang menghiburkan merupakan trademark bagi Dato’ Shamsuri Ahmad. 
Ustaz Shamsuri Ahmad menamatkan pengajian di Universiti Malaya sebelum menyambung pengajian ke Mesir. Beliau pernah menjadi guru disiplin di Sekolah Agama Irsyad, Tasek Gelugor, Penang dan sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sekarang beliau merupakan pendakwah bebas disamping sebagai pengerusi pelita samudera utama sdn bhd untuk 24 restoran nasi kandar pelita. Beliau kini menetap di Bertam Perdana Lakehomes, Kepala Batas, Pulau Pinang dan masih aktif memberi kuliah di masjid-masjid. Ulama tersohor ini dikenali ramai bukan sahaja di Utara Semenanjung malah sehingga ke Selatan tanah air. Yang bukan Islam dari pelbagai agama mula mendekati Islam hasil ceramah kuliahnya. Beliau tidak cendorong kepada mana-mana parti politik. Tujuan dakwah beliau adalah semata-mata kerana keikhlasan amal pada Allah selagi mampu. Bahrulmazi jilid 19 bertarikh 12-5-09, Ustaz Shamsuri memulakan syarahan pengajian kitab bahrulmazi pada 1991. 

Senibina "Rumah Allah" Kristal Terengganu Darul Iman Malaysia


Senibina Istana Nurul Iman Kediaman Sultan Brunei


Konsep warna alam dalam kehidupan mengikut waktu solat

Apabila kita tinggal solat waktu Subuh pada hari tersebut, maka hilanglah keberkatan rezeki dan tenaga badan tidak berada pada tahap optimum, tertinggal solat waktu Zohor maka hilanglah kecerian, tertinggal solat waktu Asar maka hilanglah kreativiti, tertinggal solat waktu Maghrib, maka hilanglah keyakinan dan pada waktu ini tidak digalakkan berkeliaran di luar rumah kerana waktu aktif Jin & Iblis dan akhir sekali waktu Isyak dimana kedamaian sesudah menunaikan solat waktu Isyak.  

CAKAP LUCAH, MENCARUT & SUMPAH LAKNAT


Hadis Hassan lagi Sahih  Sabda NabiSAW cakap lucah dan mencarut itu merupakan bukan ISLAM 


Sumpah laknat menurut hadisNabiSAW pernah menyuruh orang yang melaknat unta yang berjalan perlahan itu turun dari unta dan bebaskan unta tersebut kerana dia telah dilaknat AllahSWT. 

BOHONG jalan ke NERAKA


Hadis riwayat Ibn Omar NabiSAW bersabda kafir/syirik (bohong diri sendiri) yg menyembah berhala atau selain Allah sebagai tuhan yang satu akan dibalas lidahnya ditarik dipanjangkan keluar sehingga dipijak-pijak ratusan ribuan juta manusia di padang Masyhar.

Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud  Sabda NabiSAW JANGAN sesekali berbohong kepada orang yang memberi kepercayaan atau amanah kepada kita kerana ia merupakan BERMULA KEJAHATAN dan menuju untuk dicampak ke neraka kerana bohong itu Menghitamkan hati.
Hadis At-Tirmizi dari riwayat Ibn Omar bohong dibenci para malaikat dan disifatkan NabiSAW sebagai "Pengkhianat Besar"
Hadis riwayat Abu HurairahRA Sabda NabiSAW bohong itu mengurangkan rezeki, bohong menghancurkan kepercayaan kanak-kanak walaupun sekadar gurauan amat ditegah NabiSAW. 

Antara tanda baik jahat manusia Keras Hati vs Muka Manis




Di antara Tanda jahat manusia ialah "Keras hati" atau Susahnya keluar air mata. Kasihanilah anak yatim sambil memegang mengusap ubun-ubun kepala anak yatim dan berbelanjalah mereka makanan supaya hati kamu menjadi lembut dan tidak keras.

Di antara Tanda manusia baik- Muka manis dan berseri-seri. 

Syahid Pertama perang Uhud





Pesan bapa Jabir ibn Abdillah kepadanya “Sekiranya bapa syahid dalam perang nanti. Jaga lah kakak2 kamu dan langsaikanlah hutang bapa”. Selepas perang, Jabir tidak tergamak melihat wajah bapanya sehinggalah NabiSAW datang membuka kain yang menutupi wajah bapa Jabir.  Fahamlah NabiSAW rupa-rupanya wajah bapa Jabir itu telah dicincang musuh Islam.

AZAB KUBUR "setelah mati dari kehidupan fana sementara"

Hadis Sahih Riwayat Imam Abu Daud Sabda NabiSAW. Apabila yang mati itu kafir atau Islam. Jawapan mereka yg tidak beriman pada AllahSWT kepada malaikat Mungkar Nangkir ialah “hah’hah’ aa’ aa’” Tiada terjawab mereka apabila ditanya “APA AGAMA KAMU?SIAPA TUHAN KAMU” “aku tak tahu agamaku, aku tak tahu siapa tuhanku”. Lalu serentak bunyi suara dari langit “ Bengtangkan permaidani dan pakaian seksa Neraka” sampailah ke kuburnya bau tersangat busuk dari pintu Neraka. Dibuta, dipekak dan dibisukan penghuni kubur tersebut kemudian diazab siksa sehingga hari Kiamat!
Panduan pegangan ketika pengkebumian perkuburan muslim. “ Bizmillahi Wafisabilillah Wa’Allaminatti Rasulillah”. Dengan nama Allah, di atas agama RasulullahSAW dia dikebumikan. Selamatkan dari gangguan Syaitan, Azab Kubur dan Bolehkan peluang rohnya ke langit.

Saturday, August 11, 2012

Penjagaan LIDAH!


RasulullahSAW pernah berpesan pada Muaz bin Jabal melalui penjagaan lidah.

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah baik, jika tiada perkataan baik maka DIAMLAH!! Baginda juga meletakkan amal yang afdal iaitu perangai yang elok disamping PENJAGAAN LIDAH DARI MENYAKITI Islam yg lain sebagai kriteria seorang Muslim sejati.
Kerana lidah banyak mengheret ke neraka disebabkan bercakap tentang Allah tanpa ilmu, syirik dengan kesaksian palsu, mencarut, maki, tuduhan palsu, penipuan, mengumpat dan mengata yang semuanya hasil lidah manusia.

Di zaman teknologi ini, Tangan mengambil fungsi lidah melalui apa yang ditaip di ruang facebook, twitter, sms, chatting dan sebagainya termasuk dalam benih yang disemai untuk dituai hasilnya di akhirat sana. Orang yang sudah beramal juga tidak terlepas dari peluang tergelincir jika tidak berhati-hati menjaga lidah. Dalam usaha menuntut, menyebarkan dan menganjurkan majlis ilmu, lidah juga tidak terlepas bertutur di alam realiti dan tangan pula menuturkan perkataan di alam maya.
Jangan sampai "dakwah, nasihat dan teguran" itu menjadi " tuduhan, umpatan, dan cacian" yang menyakiti insan lain. Semoga Allah melindungi dan hidayahkan kita.
Jami al-ulum wa al-hikam,ibn Rajab alhanbali-  hadis ke 29.
Al-wafi syarh li al-arbaeen an-nawawiyyah- Mustofa Bugha dan Muhyiddin Mistaw ms.222-223.
Hadis 40- Mustafa Abd Rahman ms392-394.


Kuliah tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms151 Membawa cerita fitnah yang  tidak sahih asal usulnya membawa korban orang yang difitnah.
Kuliah Cinta Sejati Ust Shamsuri minit 28:30-Alhamdulillah Sumbangan Tenaga Sukarelawan di dunia ini menyebarkan ilmu menerusi penulisan internet. Amat malang bagi masyarakat kita pada hari ini yang tiada sumbangan tetapi hanya mengkritik penulisan menaikkan Islam tersebut.

Haram berTabarruj / Menarik perhatian Lelaki bukan suami

Abu Hurairah terserempak perempuan yang harum baunya melintas ke Masjid lalu ditegurnya.  Jawab perempuan itu salahkah berbau wangi ke Masjid/rumah Allah/mengadap Allah. Abu Hurairah mengingatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda tidak diterima Allah solat perempuan yang keluar dari rumah berbau wangi di Masjid melainkan bersihkan bau tersebut  sebelum keluar dari rumah.

Solat Jenazah afdal pewaris Ahli Keluarga


Solat Jenazah Ringkas dimulai dengan niat mengimamkan ahli keluarga yang telah meninggal dunia.


  1. Takbir 1 Al-fatihah 
  2. Takbir 2 Tahyat Akhir
  3. Takbir 3  Allahummaghfir lahu Warhamhu, Wa’aafihi Wa’fu ‘anhu.
  4. Takbir 4  Allahumma laa tahrimna ajrahu, Wa laa taftinnaa ba’dahu, Waghfirlana wa lahu.
  5. Salam

Kiamat Kecil


Kiamat kecil/mati- AzabKubur –TafsirKitab minit 58 BahrulMazi Bab HatiBatu- Allah brfirman pada kubur menghimpit sehingga berselisih tulang rusuk. Mungkar Nangkir memukul sehingga terbenam ke perut bumi kemudian di angkat kembali dan berturutan sehingga zaman padang mashyar.

"Mujahadah kunci Keikhlasan"


Kelebihan Ilmu Atas Ibadah minit47 Mujahadah (anak kunci Petunjuk) UstShamsuri

Ada org berjaya lawan malas menuntut ilmu dengan rajin tuntut ilmu tetapi tidak beramal. Ada yang belajar dan berilmu tetapi kalah nafsu dengan sifatnya yang riak, takabur, sombong, dan merasa dirinya hebat.
1.       Peringkat pertama nafsu, Nafsu Amarah yakni sifat mazmumah iaitu bakhil kedekut tamak suka kemegahan suka dipuji lalai iri hati hasad dengki.
2.       Peringkat kedua Nafsu Lawammah Tanda utk mengenali orang yang jenis ni ialah dia kelihatan sentiasa berusaha menuntut ilmu. Dalam mempelajari ilmu agama masih melakukan kesilapan tetapi  segera menyesal dan mengakui kesalahannya. Sudah ada sedikit mujahadah tetapi masih lagi terasa dirinya super dan merasa hebat.
3.       Peingkat ketiga Nafsu Mulhamah dimana sifat tawadduq, sabar , sentiasa beryukur setakat yang ada, pemurah serta kurang sayang pada wang ringgit dan harta. 
4.       Peringkat keempat Mutmain’nah (jiwa tenang) merupakan peringkat terakhir yang diiktiraf oleh Allah dimana mendapat keredhaan Allah dimana peringkat ini ketika meninggal dunia dalam keadaan ini Allah mengalu-alukan roh ke syurga.  Ramai kawan-kawan yang pernah sampai peringkat ini tetapi berpatah balik ke peringkat pertama, kedua dan ketiga. Mintak dijauhkan dari turun balik dari peringkat ini.
5.       Peringkat kelima Nafsu Radhiyah ialah zuhud tidak mempedulikan duniawi dimana warak perjalannya hanya menuju akhirat, ikhlas semata-mata kerana AllahSWT dan peringkat ini AllahSWT telah redha padanya.
6.       Peringkat terakhir Nafsu Mardiyah yang boleh dicapai oleh manusia biasa bukan Nabi dimana hidupnya semata-mata kerana AllahSWT.
7.       Peringkat makam tertinggi dimiliki para Nabi dan Rasul iaitu bermujahadah Nafsu Kamil/Kamilah.
Petua bermujahadah tundukkan nafsu ialah banyak tafakkur tanda-tanda kebesaran Allah perbanyakkan solat sunat.

Menarik Umar mendekati ISLAM


Said ibn ZaidRA merupakan adik ipar Saidina Umar Al-KhattabRA dan antara 10 sahabat dijamin Syurga seperti disebutkan RasulullahSAW. Beliau dan isterinya merupakan pendakwah yang berjaya menarik Umar Al-Khattab mendekati Islam.
Ketika menyertai Perang Yarmuk yang dipimpin oleh Abu Ubaidah Al-JarrahRA, pasukannya berjumlah 24’000 tentera sedangkan Rom mempunyai 120’000. Musuh bergerak bagaikan sebuah bukit dengan barisan hadapan terdiri dari para pendeta, paderi, perwira dan panglima yang membawa kayu salib sambil membaca doa dengan kuat sehingga timbul rasa takut di hati tentera muslimin. Tetapi Said tidak gentar akan musuh dan banyak membantu Abu Ubaidah sehingga diizin Allah, tentera muslimin beroleh kemenangan.

Said ibn Zaid turut berperang menakluki Damsyiq dan kemudian diangkat oleh Abu Ubaidah menjadi Wali muslimin pertama di kota tersebut. Ketika dianiaya difitnah merampas tanah, Said telah berdoa kepada AllahSWT agar membuktikan kebenaran. Akhirnya terjadilah banjir yang mewujudkan batas sempadan tanah antara Said dengan orang yang memfitnahnya. Selepas peristiwa tersebut orang yang memfitnahnya menjadi buta.

Thursday, August 9, 2012

Thalut vs Jalut Al-Baqarah 246-252


Medan Peperangan Thalut & Jalut dari Surah Al Baqarah 246-252

Katakalanlah, Mereka yang tetap itu adalah orang-orang yang meyakini akan bertemu Allah, mengharap syurga dan segala kenikmatannya
.Sesetengah hadis meriwayatkan tentera Talut 313 manakala Jalut puluhan ribu ketika berperang.

Kata-kata peransang Talut pada tenteranya yang sedikit tersebut berbunyi “Allah bersama orang-orang yang sabar." kemudian berdoa pada Allah dengan kusyuk: "Wahai Tuhanku kurniakan kami kesabaran, tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami dari orang-orang kafir." Allah pun berkenan memberikan pertolonganNya, Talut dan pasukannya mendapat kemenangan.

Diantara "orang-orang sabar" yang bersama Talut ialah Nabi DaudAS. Ketika itu baginda belum diangkat menjadi Nabi dan belum menjadi raja. DaudAS diangkat menjadi Nabi dan menjadi raja Bani Israel setelah peperangan ini. Sekembalinya ke Palestin, kemenangan tersebut tidak membanggakan kerana lebih 99% tentera Israel melanggar perintah Talut dengan melarikan diri dan kebanyakannya pula kecundang dengan ujian Allah ketika di Sungai Jordan.

Wednesday, August 8, 2012




KURANGKAN JUADAH LEBIHKAN IBADAH BANYAKKAN SEDEKAH


I L M U   A G A M A

"TAMBAHLAH ILMU KERANA APABILA ILMU BERTAMBAH MAKA BERTAMBAHLAH AMALAN, MUDAH-MUDAHAN BANYAK KESILAPAN DAPAT DIPERBAIKI"


Dato' Shamsuri Ahmad