Nota Cinta

Monday, February 28, 2011

Qada Nazar orang mati & Umat Muhammad masuk syurga

Muqaddimah Bahrulmazi jilid 11 ms72
Ibnu Majah dari Ibni Abbas ra sabda Nabi saw.  Umat akhir zaman yang paling awal dihisab itu umat Muhammad.

Sahih Bukhari dari A’isyah r ha sabda Nabi saw. Jangan salah faham tentang terjemahan Quran sebut tentang hisab mudah sekiranya terima amal tangan kanan, hakikat tafsiran dari terjemahannya ialah rekod amalan dibuka itu memang senang. Apabila rekod amalannya diperincikan maka kesusahannya bermula.

Musnad Imam Ahmad dari A’isyah r ha doa Nabi saw selepas solat ialah, hisablah aku dengan hari perhitungan amalan dengan cara mudah dan jangan disusahkan.  Sabda Nabi saw, apabila Allah tengok amalan kemudian berfirman, Aku maafkan dia, maka hisap amalannya mudah. Tetapi apabila dilihat secara teliti maka habislah kamu.

Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad ra sabda Nabi saw. Masuk umat Muhammad ke syurga 70k atau 700k dalam keadaan saling berpegangan erat tangan tanpa lepas.

28-2-2011 Bahrulmazi jilid 11 Qada Nazak orang mati Syarah Ustaz Shamsuri
Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw pada Saad b Ubadah ra, tunaikan nazar arwah ibu kamu yang belum ditunaikan.

Hadis Psikologi
HR Abu Daud dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw pada Abu Umamah ra, berdoa minta berlindung dari Allah supaya hilangkan rasa negatif hutang, gundah gulana, dukacita, segan dan malas supaya rajin dibuka pintu rezeki dengan rajin bekerja untuk bayar hutang.   

Sahih Muslim sabda Nabi saw, nazar dan hutang harta wajib dibayar lebih-lebih lagi hutang amalan dengan Allah iaitu puasa solat ibubapa yang telah meninggal dunia. Haji sunat atau umrah untuk ibu yang bernazar wajib ditunaikan.


HR AtTirmizi dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw, Memerdekakan seorang hamba lelaki sama seperti memerdekakan 2 hamba perempuan dan ia melepaskan diri dari api neraka. 

Wednesday, February 23, 2011

Lihat Bawah Jangan Kufur Nikmat & Pemimpin belajar dari susah & Ajar Anak solat 7 tahun

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Lihat bawah jangan lihat atas kerana akan memudaratkan diri dan tidak beryukur dengan nikmat kurniaanNya.  Riwayat A’isyah ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu bersamaku di syurga maka musafirkan diri di dunia dan jangan lebih. Jangan kufur nikmat, sekiranya masih boleh tampal tampung baju yang koyak maka jangan dibuang.

Sahih Bukhari sabda Nabi saw, kisah bani Israel suatu ketika dulu di dunia. Allah menguji pesakit kulit miskin, pesakit botak miskin dan pesakit buta miskin dengan setiap seorang dikunjungi mala’ikat yang menyerupai manusia. Ketiga-tiga mereka sembuh dan dianugerahkan harta. Selang beberapa lama kemudian, mala’ikat mengunjungi mereka dalam keadaan miskin dan berpenyakit seperti penyakit asal mereka.

Saudagar kaya bekas pesakit kulit dan bekas pesakit botak kedekut sambil menolak permintaan bantuan bekalan makanan oleh mala’ikat yang menyerupai manusia miskin manakala saudagar bekas si buta berkata, “ambillah apa saja kerana Allah kerana aku pernah merasai penderitaan seperti kamu.” Saudagar kaya bekas si buta yang lulus ujian Allah akhirnya diberitahu mala’ikat, “Allah redha pada kamu dan yang dua lagi kembali miskin dan berpenyakit seperti asal mereka.  

Imam Syafi’e menyarankan, belajarlah ilmu sebelum jadi kaya kerana selepas sibuk jadi kaya atau pemimpin maka selepas itu susah untuk mempelajari sesuatu.

Syarahan Ustaz Shamsuri 23-2-2011 Pengajian Bahrulmazi jilid 3 ms 115 Nabi saw 1 hari 100 kali beristighfar selepas solat. Sujud menghinakan diri sehina-hinanya kerana Allah. Sekiranya Allah tidak mengampuni maka berakhirlah hidup dalam kerugian.

Hasan AtTirmizi dari Abi Bakar As Siddiq, sabda Nabi saw, taubatlah dengan penuh penyesalan selepas solat pada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Sabrah ra sabda Nabi saw, ajar solat ketika anak berusia 7 tahun

Menurut Imam AtTirmizi untuk membiasakan diri mengakui Islam dan bertuhankan Allah. 

Monday, February 21, 2011

AnNisa 137 / Pastikan Sempurna Wuduk / Haram jadi Munafik

21-2-2011 Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 1 ms 197 syarah Ustaz Shamsuri.
PASTIKAN WUDUK SEMPURNA
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, bahagian tumit kaki yang tidak kena air wuduk itu bahagian api neraka.
HR Ahmad Omar Al-Khattab menceritakan, Nabi saw menyuruh seorang pemuda berwuduk sekali lagi kerana terdapat kawasan seluas kuku yang masih tidak kena air.  
Sahih Muslim Anaz b Malek sabda Nabi saw, melewatkan waktu solat itu sebenarnya sedikit ingat Allah atau langsung tidak ingat Allah.    
Sahih Muslim Rasulullah saw bertanya selepas solat subuh berjamaah, wahai bilal, apakah amalan kamu sehingga tapak kasut kamu kedengaran di hadapanku dalam syurga melalui mimpiku. Jawab bilal, wuduk sempurna kemudian memanfaatkan wuduk tersebut untuk ibadah khusus sunat.
An Nisa 137
4:137 Pengikut Nabi Musa kufur apabila Musa keluar dari negeri mereka kemudian beriman apabila Musa berada di kalangan mereka. Selepas kedatangan Isa, mereka menolak dan mereka terus kekal kekufuran apabila datang Muhammad saw. Allah tidak ampunkan dosa mereka selagi tidak bertaubat dan kembali pada Islam sebenar.
4:138 Allah perli manusia dengan lafaz sindiran. “Berikan berita gembira pada yang sekejap kufur sekejap beriman ini bahawa mereka akan menerima azab pedih.”
4:139 Wajib pilih mukmin jadi pemimpin sekiranya ada pilihan.
4:140 Tinggalkan majlis yang mempersendakan Quran kerana sekiranya masih bersama dalam kekufuran, Allah himpunkan kufur dan kafir di dalam satu neraka.
4:141 Munafik seperti lalang menyebelahi mana-mana pihak samada muslim atau kafir yang mendapat keuntungan.  
4:142 Tanda munafik sekejap beriman sekejap kufur ini ialah malas ketika menunaikan solat dan riak dalam beribadat.
4:143 Yang tiada pendirian iman ini akan terus menjadi munafik dan disesatkan Allah.
4:144 Wahai Munafik, inikah alasan untuk Allah humbankan kamu ke neraka?
4:145 Seksaan azab neraka itu amat perit lagi pedih menyakitkan.

4:146 Melainkan mereka yang ikhlas bertaubat dan kembali ketetapan iman, kemudian melakukan kerja kebaikan demi keikhlasan pada Allah akan dijanjikan syurga.  

Tuesday, February 15, 2011

Kedekut vs Dermawan, Imam Mazhab Hambali


SAHIH IMAM AHMAD B. HAMBAL   Imam Mazhab ke 4 paling junior yang meriwayatkan hampir 20’000 hadis. Imam-imam Bukhari Muslim AtTirmizi Abu Daud AnNasaie dan Ibnu Majah mengambil sebahagian hadis ini dari Imam Ahmad bin Hambal. Awal pagi Jumaat 12 Rabiul Awal hari kewafatan Imam Ahmad b Hambal 241 hijrah 77thn. Hampir 1 juta mengiringi dan solat jenazah imam yang hebat ini. Imam Ahmad ketika berusia 14 tahun sudah hafaz seluruh Qur’an.
Sahih Imam Ahmad Uqbah b Amir ra
Sabda Nabi saw, tidur khailulah atau ( sunnah tidur sekejap menanti untuk menunaikan solat waktu Zohor dengan didahulukan sunat 2 rakaat kabliah akan diampunkan dosa-dosa kesalahannya seperti bersih dari dosa kecil sejak bermula kelahirannya).
Sahih Imam Ahmad Omar Al-Khattab ra
Siapa baca “Ash ha du alla ila ha ill’Allah, wa ash ha du anna abduhu warasuluh” selepas ambil wuduk akan dibukakan 8 pintu syurga dan boleh memilih mana saja pintu untuk dimasuki.  (Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi Muhmammad itu pesuruhNya).
Sahih Imam Ahmad Abu Tufail ra
Kata Abu Bakar ra pada anak kesayangan Rasululah saw iaitu Fatimah yang meminta harta peninggalan bapanya. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, setiap harta peninggalan seorang Rasul akan jadi hak milik muslim. Oleh kerana itu pesan Nabi saw, maka aku mengembalikannya pada orang Islam.  Jawab Fatimah, oleh kerana itu pesan Rasulullah saw, maka tuan lebih tahu perkara ini.

15-2-11 BM13 Ms164 Kedekut vs Dermawan
Gharib AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra, sempurna iman ialah tiada kedekut dan berjaya kawal lidah.
Hasan Gharib AtTirmizi dari Abu Bakar As Siddieq ra sabda Nabi saw. Tidak masuk syurga 3 jenis golongan iaitu orang yang mempengaruhi orang lain buat jahat, orang yang mengungkit pemberian dan kedekut.

Fatwa Imam Sya'fi'e, sedekah Al-Fatihah atau apa saja ayat Qur'an tidak akan sampai pada jenazah atau roh si mati. Alasan ialah sekiranya Allah sampaikan maka Allah berlaku tidak adil di mana orang kaya boleh mengupah. Ulama-ulama mazhab Sya'fi'e mengatakan wallahu alam bergantung pada keikhlasan hati. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw, perbuatan zalim itu menggelapkan diri di akhirat dan kedekut itu membinasakan diri.

Gharib AtTirmizi dari Abu Salamah ra sabda Nabi saw, Sekiranya dia benar mukmin, dia akan sentiasa baik sangka, tidak menipu, pemurah dan tidak merosakkan orang lain. 3 perkara membinasakan diri ialah kedekut, ikut hawa nafsu dan ujud(hanya dia saja yang hebat dan betul). Sekiranya hidup di masa pemerintah yang membiarkan penduduknya terdedah pada maksiat dan kebinasaan, maka mati itu lebih baik. Sekiranya kita buat kebaikan maka Allah hantar pemerintah baik dan sekiranya kita jahat maka pemerintah yang dihantar Allah juga jahat. 

Monday, February 7, 2011

Surah Ibrahim, Ibubapa Rasulullah saw bukan muslim,

3 Jan 2011 WAJAH NABI IBRAHIM IRAS WAJAH RASULULLAH SAW
Sahih AtTirmizi Jabir ra sabda Nabi saw, Nabi Musa as mirip pemuda Yaman bani Syanu'ah, Nabi Isa as mirip Urwah bin Mas'Ud ra, Nabi Ibrahim as mirip wajahku, Malaikat Jibril dalam bentuk manusia mirip Jihyah Al-Kalbi ra pemuda Sham(sebahagian jordan palestin syria).
Sahih Muslim Sabit Al-Bunani (tabi'en) anak murid Anaz b Malek ra, Bapa kenabian Rasulullah saw ialah Nabi Ibrahim as sehingga baginda menamakan anak lelaki baginda dengan nama Ibrahim. Sabda Nabi saw, AIR MATA KESEDIHAN ITU RAHMAT ALLAH TAPI JANGAN MERINTIH TIDAK REDHA TAKDIR ALLAH.
7 Feb2011 BAPA IBRAHIM DAN BAPA RASULULLAH SAW DI NERAKA
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di hari kiamat, Nabi Ibrahim as merayu pada Allah supaya bapanya Azar dilepaskan dari neraka tetapi firman Allah, “bukankah kamu telah berjanji tidak menghinaKu, Aku telah berjanji setiap mati kafir dihumban ke neraka seperti binatang di sebelah kakimu itu” serentak dengan itu muncul anjing kotor hutan di sebelah kaki baginda Ibrahim as, lalu anjing tersebut dicampak ke neraka.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah hanya benarkan aku ziarah kubur ibuku tetapi Allah tidak mengampunkan ibuku.
Sahih Muslim Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Bapaku juga di neraka.  (pendapat) Ulama-ulama tidak berupaya dan tidak sanggup mengupas isu ini dan menyerahkan pada Allah. 
7 Mac 2011 
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, isteri Nabi Ibrahim as yang bernama Sarah telah berdoa berserah pada Allah apabila ingin dinodai raja zalim. Raja zalim tersebut menjadi lumpuh serta merta sehingga tidak mampu menyentuh Sarah lalu mengembalikan pada Ibrahim as beserta hadiah seorang hamba bernama Hajar.
2 Mei 2011 HASBIALLAH WALNIQMAL WAKIL / cukup Allah bagiku
Sahih Imam Malek Al-Muwattaq Said Al-Musayyap ra sabda Nabi saw. Nabi Ibrahim as manusia pertama memuliakan tetamu, manusia pertama berkhatan, manusia pertama potong misai, manusia pertama rambut beruban sebagai tanda kematangan, kehebatan dan berwibawa.
Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, kalimah akhir Nabi Ibrahim apabila dilemparkan ke dalam api, “hasbiAllah walniqmal waqil, cukup Allah bagiku sebagai pelindung.”
Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, patung tidak dibenarkan di dalam rumah.
4 Julai 2011 REKOD AMALAN
Sahih Imam Ahmad dari A’isyah r ha, antara amalan doa lepas solat Nabi saw ialah hisab amalan dengan mudah ialah Allah mengampunkan setelah rekod amalan diteliti ketika di padang mahsyar. Tetapi apabila rekod diteliti terperinci maka binasa kita.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Titisan darah syahid itu pengampunan Allah seluruh dosa dan mati syahid itu dijauhi azab kubur, disegerakan ke syurga, aman dari ketakutan mahsyar , dipakaikan mahkota syurga, diberikan 72 bidadari dan boleh membebaskan 70 ahli keluarga muslim dari neraka.
Ketika jenazah ditanam di kubur, doa Nabi saw “Bizmillah wafisabilillah wa’ala millati rasulillah.”

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 tafsir surah Ibrahim Ms277, 279, 281, 283 syarah ustaz Shamsuri

Ibrahim 14:1 Quran diturunkan pada Nabi Muhammad saw sebagai cahaya petunjuk umat manusia agar kembali pada jalan Allah.
2 Ingkar Quran bermakna derhaka Allah.
3 Kesesatan ialah mengutamakan dunia melebihi akhirat, menghalang kerja dakwah dan terpesong dari jalan Allah dalam Quran dan Hadis kekasihNya.
4 Diutus Rasul bagi yang mereka yang berusaha mencari hidayah.
5 Musa itu pesuruh Allah@Rasul pembawa 9 mukjizat diutus melepaskan kaumnya Bani Israel dari cengkaman Fir'Aun.
6 Musa mengingatkan kembali nikmat pelepasan dari kezaliman Fir'Aun yang menyembelih anak lelaki mereka.
7 Sekiranya bersyukur maka Allah tambahkan nikmat dan sekiranya kufur, maka azab Allah amat pedih. 
8 Sekiranya manusia satu dunia kufur nikmat denganKu sikitpun tidak jejaskanKu malah yang jejas ialah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
Yang boleh mengungkit kebaikan ini hanya Allah, para Rasul dan ibubapa.
10 Masih ingatkah peristiwa kaum Nabi Nuh as, Ad as dan kaum Samud itu?
11-12 Seruan para Nabi, "Adakah kamu tidak yakin dengan ajal kematian kamu itu ditentukan Allah? Mereka jawab "kamu pun macam kami juga manusia biasa, tiada siapa boleh halang kami buat apa yang kami suka."
13-15. Nabi Muhammad saw diberi kata dua samada dihalau atau kembali sembah tokong.  Firman Allah, “Setiap para nabi sememangnya dihalau tetapi kembali menakluki tempat dimana mereka dihalau kerana tempat minta tolong para nabi ialah Allah.”
16-17) Yang ingkar akan diseksa keras tetapi tidak akan mati dan sekiranya cuba melarikan diri, mereka tidak akan terlepas malah dihumban kembali dengan dasyatnya.  
18) Kafir sekiranya beramal baik sepenuh gunung sekalipun tetap langsung tiada pahala.  
19-20) Setiap diciptakan ada kegunaan. Gunung-ganang memaku bumi, sekiranya ditarah maka runtuh dan berlaku bencana. Sekiranya Allah mahu, dengan mudah semua kehidupan dimusnahkan dan diganti dengan yang baru.
21-22) Bakal penghuni neraka saling menyalahkan antara satu sama lain kerana disebabkan kesesatan sendiri. Syaitan berkata , jangan salahkan aku, aku ajak kenapa kamu ikut. Sekiranya nak marah, marahkan diri sendiri.
23) Penghuni syurga kekal saling mengucapkan sesama mereka dengan sebutan “salam”.
24) Kalimah “La ila ha ill Allah” tetap dalam hati mukmin dengan amalan naik ke langit. Segala amalan mukmin zikir, tasbih, taubat dan kebaikan naik ke langit.
25-27) Kerana kalimah itu, beza muslim dan kafir umpama beza syurga dan neraka. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Malaikat alam kubur mendatangi jenazah dengan pakaian hitam kebiru-biruan yang dipanggil Munkar dan Nakir, kemudian dijelmakan wajah Rasulullah saw. Malaikat akan berkata, “kami telah tahu jawapan kamu bergantung kehidupan kamu di dunia sementara.” Tujuan kedatangan adalah sebagai turutan prosedur. Kubur samada diterangi cahaya dengan dilebarkan 72 hasta atau dihimpit bumi berselisih tulang rusuk sehingga kiamat besar. Akhir seru malaikat pada yang beriman,”tidur sepertimana pengantin tidur, masa untuk memberitahu ahli keluarga saudara mara itu telah tamat.”
28-30) Yang kafir atau kufur nikmat dengan percaya selain Allah disimpangkan dari jalan Allah dengan keseronokan sementara dan tempat kekal mereka di neraka.
31) Yang beriman jangan tinggal solat, sentiasa derma dan berzakat dari rezeki yang Kami beri untuk pelaburan akhirat kerana di akhirat tiada ruang untuk beramal.
32) Allah adalah Tuhan pencipta seluruh makhluk  termasuk 7 lapis langit dan bumi anugerahkan rezeki tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan segala tanaman disamping dibolehkan manusia berfikir membuat kenderaan lalu Allah menundukkan kenderaan supaya mengikut kehendak manusia dan tidak membantah ketika dipandu.
33) Allah adalah Tuhan pencipta matahari dan bulan supaya kedua-dua makhluk tersebut patuh dan tunduk arahan Allah untuk dinikmati manusia.
34) Manusia tidak mampu bilang kuantiti nikmat tidak terbatas yang Allah berikan tersebut.
35-36) Nabi Ibrahim as berdoa meminta keamanan pada Mekah dan dijauhkan keturunannya dari kesesatan penyembahan selain Allah.
37) Allah menjadikkannya tanah haram yang baraqah sebagai negeri yang aman makmur seperti yang diminta Ibrahim as.  
38) Demi menjaga hati isteri pertama, Allah memerintahkan Ibrahim bawa Hajar dan Ismail ke Mekah.
39) Nabi Ibrahim as berulangkali doa supaya dirinya termasuk keturunannya kekal jaga solat 5 waktu sehingga habis umur. Baginda juga berdoa agar sesama muslim saling menyayangi.
40) Nabi Ibrahim bersyukur akhirnya ketika usia baginda 99, dikurniakan anak, “Allah dengar doaku.”
41) Ya Allah, ampunkan dosaku, kedua ibubapaku dan orang-orang beriman terutama di hari pembalasan. 
42) Jangan sesekali mengatakan Allah lalai dari mengambil tindakan pada orang jahat kerana tindakan Allah bermula apabila maut menjemput mereka di hari kematian yang pasti.
43-44) Bukankah dahulu kamu tidak percaya kebangkitan mahsyar dan azab neraka. Bukankah dahulu kamu bersama mereka yang tidak percaya pada agama.
45) Sedangkan kamu tahu apa yang telah berlaku pada yang mati sebelum ini.Demikianlah kami beri perumpamaan, ambil pengajaran dan baiki mana-mana kesilapan.
46) Sekiranya Allah masuk campur, apa saja pakatan jahat tidak akan jejaskan NabiNya, siapa tentang akan makan diri kerana jaminan kemenangan dari Allah itu tiada siapa boleh halang.
47) Jangan sangka Allah lupa janjiNya, sesungguhnya balasan Allah itu pasti.
48) Sahih Bukhari Muslim Mahsyar adalah bumi kosong lapang tiada pokok, gunung dan laut.
Sabda Nabi saw, cariku di titian sirat dan telagaku.   
49-51) Bangkit di mahsyar untuk dikira amalan. Orang kafir bangun dalam keadaan rantaian besi bersama syaitan dengan lumuran penuh minyak di tubuh bersedia untuk dibakar.  
52) Quran ini penjelasan lengkap dan huraiannya perlu kepada hadis kekasihKu agar diambil pengajaran bagi yang berakal -Allah

Tuesday, February 1, 2011

Sesungguhnya Allah bersama kita & Kelajuan dajal

1-2-2011 Musnad Imam Ahmad, Abu Bakar As Siddieq ra menyarankan seperti sabda Nabi saw, jenazah para nabi dikebumikan dimana tempat mereka wafat.

Tawakkal Rasulullah saw. Sabda Nabi saw pada Abu Bakar yang sedih cemas apabila Suraqah hampir bunuh mereka, “sesungguhnya Allah bersama kita.” jawab Abu Bakar, “saya mati tidak apa, tapi tuan..?”, Nabi saw berdoa, “ya Allah, kami serahkan padaMu,” Tiba-tiba tanah menelan kaki kuda musuh sehingga musuh merayu minta dilepaskan. Ringkasan hadis Tafsiran AtTaubah ayat 40

Bahrulmazi jilid 15 ms 192, syarah Ustaz Shamsuri.

Sahih AtTirmizi, Dajal merantau setiap pelusuk daerah negeri dengan berkelajuan angin sambil menyeru manusia mengakui dirinya Tuhan. Segala harta benda, tanaman, ternakan dan wang ringgit turut dibawa pergi dajal sehingga masyarakat yang menolaknya menderita kemiskinan serta kelaparan. Yang mengikut dajal akan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Dajal tidak dapat masuk ke Madinah kerana dikawal rapi oleh mala'ikat. Seorang pemuda soleh menampilkan diri menidakkan dajal sebagai Tuhan akhirnya dibunuh dengan tubuhnya dibelah dua. Setelah dibunuh, dajal menghidupkan kembali pemuda tersebut. Pemuda yang dihidupkan kembali itu ketawa sambil memperingati mereka yang melihat, siapa yang terpedaya dengan dajal ini maka tempatnya neraka.