PENGAJIAN KITAB MUHIMMAH 2004/2005
PENGENALAN KITAB MUHIMMAH
27-01-04 Pengajian Muhimmah ms 1. Inilah kitab yang dinamakan muhimmah atau yang
penting-penting pada ilmu hadis Nabi saw karangan Syeikh Abdullah Abr Rahim
Ulama Fattani Selatan Thai. Mudah-mudahan Allah mengampunkan umat Islam yang
membaca kitab ini. Isi penulisan kitab diperolehi dari Wali Allah yang tiada
pertikaian ragu-ragu iaitu Maulana Syeikh Abdul Rauf Fansuri. Dicetak pada
1384H. Fokus kitab ialah tanggungjawab suami isteri dalam berumahtangga. Isteri
derhaka suami merupakan derhaka Allah.
TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH TAAT SEPENUHNYA KEPADA SUAMI
Riwayat Saidatina
A’isyah radiallahu anha “Sekiranya
isteri mengetahui tanggungjawab mereka, mereka sanggup menyapu tapak kaki suami
yang berdebu dengan muka mereka sendiri.” Hadis Riwayat
Al-Hakim sabda Nabi saw , “Jika isteri jilat nanah yang mengalir dari dua lubang hidung
suami yang berdarah, belum tentu tertunai tanggungjawab isteri. Sekiranya
manusia dibenarkan sujud sesama manusia maka aku perintahkan isteri sujud pada
suami. Hendaklah berumahtangga kerana taat suami akan beroleh syurga tanpa
perlu berdakwah, bejihad fisabilillah, rombongan jenazah, dan banyak lagi
tanggungan ke atas lelaki muslim.”
HUKUM NUSYUZ ATAU DERHAKA SUAMI
23-03-04 Pengajian Muhimmah ms 8
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Isteri menolak ajakan suami akan
dimurkai Allah dan para malaikat. Semua amalan tidak diterima sepanjang tempoh
tidak redha suami. Nusyuz atau derhaka suami seperti menyakitkan hati suami.
Nusyuz menggugurkan tanggungjawab nafkah suami. Suami hendaklah mengelak tidur
bersama. Menurut Imam Nawawi, pukul kecuali bahagian muka perut dan kemaluan.
Isteri menuntut cerai diharamkan masuk syurga kecuali suami yang menzaliminya
dengan memukul teruk.
SEKSA KEPADA ISTERI DERHAKA
Sahih Bukhari Muslim dari A’isyah ra dan Fatimah ra sabda Nabi saw.
Isteri-isteri yang derhaka suami dan perempuan yang melanggar perintah Allah di
kalangan umatku di neraka nanti diseksa dengan digantung sambil otak dan isi
perut mereka terburai setelah disumbat buah zakum. Di badannya terdapat
kala jengking dan ular yang sedang menggigitnya. Kulit mereka disiat dengan
gunting neraka. Tubuh mereka hitam kehangusan. Api neraka menembusi kemaluan
dan duburnya.
23-03-04 Pengajian Muhimmah
ms 8 Sahih
Bukhari Muslim dari Abu
Hurairah ra. Isteri menolak ajakan suami untuk bersama akan dilaknat Allah dan
para mala’ikat Al-Muqarrabun. Allah sentiasa marah pada isteri tersbut sehingga
tiba redha suami. Amal manusia setiap hari naik ke langit. 3 golongan manusia
yang tidak di angkat diamalnya naik ke langit. Hamba atau pekerja yang lari
dari tuannya sehingga kembali pada tuannya. Isteri yang menyakitkan hati suami.
Pemabuk sehingga taubat dari mabuknya.
SEDIKIT TAAT PADA SUAMI TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA
HR Abu Daud dan Ibnu
Majah sabda Nabi
saw. Tidak mencium bau syurga kerana sedikit taat atau kurang taat pada Allah
dan suaminya. Isteri yang diredhai suami akan didoakan keampunan oleh
malaikat dan segala makhluk Allah. Isteri yang tidak diredhai suami, keluar
tanpa izin suami atau masam muka pada suami akan dilaknat Allah. Ada 4 jenis
isteri yang menjadi isi neraka.
- Perempuan zina dan mengeluarkan perkataan menyakitkan suaminya.
- Perempuan yang meminta diluar kemampuan suami.
- Perempuan tidak tutup aurat.
- Perempuan yang hanya makan tidur.
BANTAH POLIGAMI MENJADI PENGHUNI NERAKA
Muhimmah ms 10. Membantah syarak seperti memarahi suami yang mampu
adil berpoligami akan dimasukkan ke neraka bersama syaitan dan iblis yang
dilaknat Allah. Nabi saw Firman Allah.
Sekiranya mampu berlaku adil, maka kahwinilah samada 2,3 atau 4 isteri.
MATI DALAM KEADAAN TIDAK REDHA SUAMI WAJIB KE ATASNYA NERAKA
Dari Ali Karamulla
huwaj ha sabda Nabi
saw. Bercakap seperti mengakibatkan suami marah dan sakit hati menyebabkan
putus segala amal dan dilaknat Allah termasuk para malaikat. Mati dalam keadaan
tidak redha suami wajib ke atasnya neraka.
SOLAT 5 WAKTU, PUASA & TAAT SUAMI CUKUP BAGINYA SYURGA
25-05-04 Muhimmah ms 11. Hadis Nabi saw. Solat, puasa, jaga
kehormatan diri dan taat suami dijanjikan Allah memilih mana-mana
pintu syurga. Masuk syurga apabila mati dalam redha suami. Di kalangan umatku.
Sebaik-baik lelaki ialah melayani baik isterinya dan sebaik-baik wanita ialah
baik dengan suaminya. Tidak dianggap tertunai hak Allah sehingga isteri
menunaikan hajat suami.
Mengutamakan suami melebihi adik
beradik dan hak dirinya. Menuntut kesukaaan suami akan segala perbuatannya.
Jangan mengkhianati suami dan harta suaminya. Sentiasa bersih dan selesa
apabila suami mendekatinya. Jangan hina suami akan kemiskinan hidup. Jangan
menunjukkan kelakuaan menyakitkan hati suami.
Dari Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq
radiallahu anha yang berkahwin dengan Zubair seorang miskin fakir. Asma’
merupakan adik ipar Rasulullah saw. Asma’ memelihara suaminya dengan menjaga
suaminya, menjaga unta suaminya, menjahit dan membasuh pakaian, memasak, menjamu
makanan, mengambil upah menjunjung kurma, mengambil upah mengerjakan kebun
orang.
LARANGAN ISTERI KELUAR TANPA IZIN KECUALI BELAJAR ISLAM
22-06-04 Sahih Muslim dari
Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Haram suami melarang isteri keluar mempelajari kelas
pengajian Islam. Membangkang sabda Nabi saw amat dimarahi baginda dan
para sahabat. Sahih Muslim dari Zainab
Assaqafiah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita berwangian keluar ke masjid.
Sahih Muslim dari Amrah bt Abr Rahman ra
dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita keluar rumah dengan menarik
perhatian lelaki melalui pakaian, perhiasan dan wangian.
BINASA PEMIMPIN KELUARGA AKIBAT KEJAHILAN AHLI KELUARGA
22-06-04 Muhimmah ms 15. HR Al-Baihaqi dari
Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan sampai satu zaman di mana sukar
mengamalkan 100% Al-Quran dan Hadis sehingga terpaksa melakukan perkara yang
dimurkai Allah akibat dipengaruhi mana-mana ahli keluarganya, kawan dan
jirannya. Kesempitan hidup juga faktor terpaksa melakukan larangan Allah
sehingga membinasakan dirinya dan ahli keluarganya. Para malaikat di
padang mahsyar akan memberitahu “malangnya orang ini walaupun amal ibadahnya
sebesar gunung tetapi semuanya ditolak oleh dosa yang tidak disedarinya.”
Akhirnya bakal penghuni syurga ini ditarik ke neraka bersama anak isterinya
yang kejahilan agama. Wajib ke atas suami sebagai pemimpin mengajar isi
rumahnya tentang tauhid, aqidah, aqidatul iman, adab akhlak dan semua
yang berkait termasuk pemeliharaan tatacara basuhan najis. Suami wajib faham
dan mengajar haid, nifas, istihadah, wiladah dan segala berkaitan dengan
kebersihan diri. Saling memahami kehendak pasangan mengikut syariat
merupakan faktor kebahagian.
BERMULA KEBINASAAN SUAMI DAN RUMAH TANGGA
27-07-04 Muhimmah ms 16 Firman Allah wahai
orang yang beriman. Jangan kerana harta dan keluarga, melalaikan dari
mengingati Allah. Sabda Nabi saw. Bermula kebinasaan
rumah tangga pada anak isteri rakan dan jiran. Sabda
Nabi saw. Binasa dan jahat suami apabila membiarkan dirinya
diperhambakan isterinya. Firman Allah. Lelaki
memimpin wanita dan wanita dimiliki lelaki bukan lelaki dimiliki wanita. Sabda Nabi saw. Salah satu dari 15 benda turun bala
Allah ialah suami taat isteri.
KEWAJIPAN CEMBURU ATAU TIDAK SUKA DAN SEDERHANA DALAM CEMBURU
28-09-04 Muhimmah ms 18 Sabda Nabi saw. Lelaki yang tiada cemburu umpama tiada perasaan.
Allah sangat cemburu pada hambaNya yang melanggar perintahNya. Cemburu
suami disuruh agama apabila terdapat tanda syak pada isteri. Cemburu berlebihan
sehingga memudaratkan dan dipengaruhi syaitan ditegah syarak. Kesederhanaan
dalam cemburu amat dititik beratkan menurut syarak. Allah akan mengazab suami
yang tiada perasaan cemburu. Merelakan mata melihat yang haram akan dibakar
mata dengan bara api neraka. Menurut imam Al-Ghazali pada zamannya, perempuan
muda tidak digalakkan ke masjid kerana semakin ramai pemuda jahat yang melepak
dan menegur di jalanan. Sabda Nabi saw lagi.
Puasa, solat 5 waktu, pegang amanah suami, jaga kehormatan faraj dan mendidik
anak akan dimasukkan ke syurga tanpa perlu berjihad fisabilillah, berdakwah,
rombongan jenazah dan pelbagai kewajipan bagi lelaki. HR
Imam Ahmad, Annasa’e dan Hakim. Allah telah mengharamkan 3 golongan
masuk syurga.
- Tidak bertaubat dari minum arak.
- Derhaka ibu bapa
- Suami Dayyus yang membenarkan isteri zina.
ANAK SOLEH, ANAK KECIL MATI SEBELUM BALIGH
DAN MENDIDIK ANAK
PEREMPUAN
22-02-05 Pengajian
kitab Muhimmah ms 22 Hadis Nabi saw.
Apabila mati seorang manusia, putus segala amal melainkan 3 iaitu i) sedekah jariah ii) Ilmu yang diajar diamalkan. iii) Anak soleh yang mendoakan
keampunan kepada ibubapanya. Allah melepaskan kanak-kanak yang mati kecil
mencari ibubapa mereka di padang mahsyar untuk dimasukkan ke syurga dengan syarat ibubapanya muslim, bersabar dan tidak marah atas
kematian kecil mereka. Ruginya ibubapa yang kematian anak kecil tidak bersabar
dan derhaka Allah. (Hassan gharib AtTirmizi dari Anaz b Malek & Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw) Mendidik dengan baik anak perempuan solehah dan adik perempuan solehah akan memudahkan
masuk syurga.
SABAR DALAM BERUMAHTANGGA DISURUH
SYARAK KERANA ANUGERAH
PAHALA BESAR
28-06-05 Pengajian
kitab Muhimmah ms28 Hadis Nabi saw. Firman Allah
SWT kepada Nabi Adam as jangan hampiri pokok tersebut. Takdir Nabi Adam as, Nabi Nuh as dan Nabi Lut as
sebagai pengajaran umatku. Nabi Yunus as berdoa pada Allah supaya diazabnya
ketika di dunia kerana baginda tidak ingin sengsara azab akhirat. Firman Allah kepada Nabi Yunus “Kamu akan diazab
apabila berkahwin nanti.” Imam Ghazali berpendapat
antara faedah kahwin ialah sabar.
Sabda Nabi saw Allah
berfirman Pahala suami sabar perangai isteri seumpama Nabi Ayub as
pahala isteri sabar perangai suami seumpama pahala Athiyah isteri kepada fir’aun laknatullah.
Sabda
Nabi saw, “Sabar yang sebenar ialah ketika permulaan kena musibah” Kata
Imam Al-Ghazali sabar dan jangan lekas marah pada mula-mula sekali ditimpa
musibah.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Hati perempuan mudah
pecah seperti kaca.
Sahih Muslim sabda
Nabi saw. Sebagai suami mukmin, jangan marah dan cari keburukan isteri mukminah.
Redha perangai buruk dengan mengenangkan perangai baiknya.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan dera dan memukul
isteri.
Tanggungjawab Suami
Isteri 2005
3 GOLONGAN SUKAR KE SYURGA
25-01-05 Pengajian
Kitab Muhimmah
- menyakiti hati ibubapa
- dayus membiarkan isterinya buat maksiat dan
- menyeru jalan maksiat
18 GOLONGAN DIMURKAI ALLAH KERANA DOSA BESAR (TAUBAT NASUHA)
- Pembunuh tanpa sebab
- Bomoh syirik
- Pengukir patung
- Pemabuk arak, daun ketum, dadah dan segala yang memabukkan
- Penzina
- Saksi tipu
- Terlibat sihir
- Ramalan ghaib
- Batu api atau melagakan orang
- Penuduh fitnah
- Pengumpat
- Pemeras ugut selain pemerintah yang memungut cukai
- Peniaga yang menipu dan makan riba
- Benci salah seorang sahabat Nabi saw.
- Bergaya bertujuan sombong
- Judi dan pertaruhan
- Pemuzik gendang
- Pemuzik biola dan serunai (Hadis 17 & 18 merupakan hadis daif tidak boleh berhujah dan kalau boleh dijauhkan kecuali mendekatkan diri kepada mengingati Allah)
Sahih Bukhari Muslim sabda
Nabi saw. Yang paling dasyat azab seksaan akhirat dikenakan kepada yang meniru
ciptaan Allah. Pengukir patung akan di suruh Allah memberi nyawa kepada patung
yang dibuat.
SALURAN SYAHWAT YANG HALAL ANUGERAH PAHALA
22-03-05 Muhimmah ms
24 faedah kahwin
Saluran halal menyalurkan syahwat. Nabi saw sebagai
kapasiti manusia biasa pernah diransang syahwat apabila terlihat wanita muda
dan kemudian bergegas pulang mendapatkan isterinya Zainab ra untuk melepaskan
hajat. Ibnu Abbas ra “Sebaik-baik orang ialah
yang ramai isteri. “ Imam Al-Ghazali.
“Sekiranya ingin syahwat maka wajib baginya berkahwin”.
RAJA SULAIMAN MENDAPAT ANAK CACAT APABILA TIDAK MENYEBUT
INSYA’ALLAH
Sahih Muslim sabda Nabi saw.
Raja Nabi Sulaiman as pernah bersetubuh sehingga 70 isterinya demi melahirkan
pejuang fisabillah. Malaikat yang menjadi sahabat Nabi Sulaiman as menasihati
baginda agar katakanlah Insya’allah sebelum menyebut ayat setiap keinginan.
Akibat tidak menyebut Insya’allah. 70 isterinya yang ditidurinya melahirkan
anak cacat.
MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA
24-05-05 Pengajian
Muhimmah ms 26 faedah kahwin Manusia sekiranya berakal akan:
- Sentiasa berdoa kebaikan dari Allah,
- Menghitung dosa pahala diri
- Beri ruang menikmati keseronokan yang tidak melanggar syarak.
- Keseronokan berkongsi hidup.
- Memerangi nafsu melainkan hak wajib isteri
- Mempelajari menangani dan mentarbiahkan anak isteri.
Dari saidina Abdullah bin Al-Ahbad
sabda Nabi saw. Bapa yang menjaga suruhan agama. Sehari sama ibadah
selama 70 tahun. Menjaga anak isteri seperti berperang fisabilillah. Berbelanja
anak isteri lebih besar dari berbelanja perang sabilillah.
“Bapa pukul ini kerana kesilapan
anak melanggari arahan bapa dan peraturan agama Islam. Bizmillah dan pukul
selain muka.” Jangan cakap sesuatu yang buruk
4 PERKARA manusia tidak dapat lari dan perlu tangani dengan:
- mensyukuri NIKMAT,
- sabar dengan UJIAN,
- TAAT perintah Allah itu anugerah Allah &
- hindari suka buat MAKSIAT.
Sabda Nabi saw Siapa yang bagus
solatnya, ramai anaknya, sedikit hartanya serta tidak mengumpat, nescaya dia di
syurga bersamaku. Sekiranya hambaNya mempunyai dosa kesilapan lampau maka akan
diuji dengan dukacita sebab keluarganya. Sabar dengan ujian tersebut, Allah batalkan
dosanya yang lampau.
CIRI-CIRI BAKAL ISTERI
26-07-05 Muhimmah ms
29 ciri-ciri sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis
- Beragama & Takut Allah.
- Cantik pada pandangan bakal suami sesuai dengan paras suami supaya suami tidak liar mata disamping beragama supaya menjaga kehormatan dirinya. Pilihlah yang beragama dan takut Allah kerana cantik dan harta tiada agama boleh merosakkan bakal suami.
Elakkan :
- Al-annanah – Banyak mengeluh dan merungut
- Al-mannanah –Suka Mengungkit
- Al-hannanah- Mencitakan lelaki lain
- Al-haddaqah – Memberatkan suami untuk membeli sesuatu yang diberkenannya.
- Al-baraqqah – Suka bersiap diri untuk tarikan pandangan umum
- Al-salaqah- Suka bercakap dan berleter
SIFAT BAKAL ISTERI SOLEHAH
27-09-05 Muhimmah
ms31 sifat-sifat sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis
Himpunan Hadis Isteri
Solehah boleh menjadi penasihat agama Islam dalam rumah tangga dan antara
sifatnya:
- Sombong pada lelaki umum selain dari suaminya
- Kecantikan disertai takut Allah
- Muka bersifat keibuan
- Mas kahwin rendah itu wanita yang baik dan lagi cepat kahwin lagi baik dengan menyegerakan dapat anak. Mas kahwin Rasulullah saw ialah satu penggiling tepung, satu tempayan dan satu bantal. Mas kahwin sahabat ialah sebutir emas sebesar biji buah kurma
- Pilih perempuan adik beradik ramai
- Sunat memilih anak dara.
- Keturunan yang baik dari segi latar belakang beragama seperti anak cucu orang soleh dan orang alim.
- Jangan kahwini jalur keluarga terdekat kerana anak menjadi lemah tubuhnya.
- Ibubapa wajib memilih suami yang tidak jahat perangai atau jahat rupa parasnya disamping tidak jahil agama. Memberi anaknya kahwin semata-mata kaya, berharta, pangkat besar walaupun tahu bakal suami anaknya jahat maka ia seperti memutuskan silaturahim. Ibubapa anak perempuan tersebut mengharamkan dirinya masuk syurga. Kata ulama, pilihlah menantu lelaki yang takutkan Allah.
POLIGAMI
Berlaku adil semua aspek dalam keadaan zahir atau batin
walaupun hati lebih berat kepada satu pihak lain seperti Rasulullah saw.
Baginda berkahwin ramai isteri atas dakwah islamiah perintah Allah walaupun
hatinya berat cinta kepada Aisyah dan Khadijah.
Tidak adil Poligami.
HR AtTirmizi dan Hakim sabda Nabi saw. Tidak
adil dalam poligami akan didatangkan hari kiamat dibangkitkan dalam keadaan
bahu tubuh badan jasadnya yang gugur.
DERHAKA SUAMI SEKALIGUS DERHAKA ALLAH WALAUPUN SEKETIKA
Gugur giliran
- Derhaka suami atau menyakitkan hati suami.
- Keluar rumah tidak minta izin
- Tutup pintu tidak memberikan suami masuk. Allah SWT perintahkan Nabi saw menceraikan salah seorang isterinya yang tidak membenarkan baginda masuk rumah.
- Tidak mahu bersetubuh walaupun dalam keadaan bukan uzur. 5)Menyibukkan diri apabila suami meminta.
HR Ahmad & Tabarani.
Sabda Nabi saw. Diharamkan tidak bertutur sesama muslim lebih dari 3 hari.
Makna Darurat
ialah sekiranya tidak buat boleh menyebabkan kematian.
No comments:
Post a Comment